Zaman sekarang ni, ramai yang suka guna perkhidmatan cash out kat media sosial. Yelah, siapa tak nak dapat duit tunai dari PayLaterkan, contohnya macam SpayLater, TikTok PayLater, dan lain-lain. Tapi, jangan cepat terpedaya sebab ada banyak risiko yang korang mungkin tak tahu.

1. Pelanggaran terma dan syarat

Bayangkan korang nak guna perkhidmatan cash out untuk keluarkan duit, tiba-tiba je akaun PayLater korang kena sekat. Agak agak sebab apa benda ni jadi? Sebab ramai tak tahu, buat cash out ni sebenarnya melanggar terma dan syarat yang dah ditetapkan oleh perkhidmatan PayLater. Majoriti yang buat PayLater ni sebenarnya tak boleh pun nak buat cash out melainkan diorang ada sediakan feature cash out macam Sloan. Kalau akaun korang dah kena banned, memang susah la nak guna semula.

2. Risiko masalah kewangan

Duit tunai cepat memang best, tapi pernah tak korang fikir hutang boleh jadi makin bertambah? Dengan kadar faedah yang tinggi dan caj tersembunyi, hutang korang boleh melambung. Ingat, hutang ni bukan penyelesaian untuk jangka panjang tau!

Bayangkan korang dapat duit tunai dalam sekelip mata, lepas tu kena bayar balik setiap bulan dengan faedah yang tak masuk akal. Korang mungkin akan rasa okay pada mulanya, tapi bila hutang dah semakin menimbun, korang akan rasa sesak nafas.

Perkhidmatan cash out - Sila baca artikel ini

3. Potensi kena scam tinggi

Sebenarnya ramai orang dah kena tipu dengan perkhidmatan cash out ni. Penipu akan menjanjikan macam-macam, tapi akhirnya duit korang lesap. Paling pedih duit dah keluar dari PayLater tapi tak pernah sampai kat tangan dan korang kena bayar paylater setiap bulan. Pergh.

Scammer ni bijak, dorang tahu cara nak manipulasi emosi korang. Diorang akan buat janji manis yang cukup menyakinkan, dorang buatkan korang percaya yang semuanya akan selamat. Tapi sebenarnya, dorang cuma tunggu masa untuk ambil duit korang dan hilang macam tu je. Bila korang dah kena tipu, memang susah nak dapat balik duit tu. Korang akan rasa marah, kecewa, dan tak berdaya. Lepas tu mula la minta tolong dengan hacker untuk dapatkan balik duit.

4. Tak ada perlindungan undang undang

Bila korang guna perkhidmatan yang tak sah atau tak berlesen, korang takde perlindungan undang-undang kalau ada apa-apa masalah. Kalau kena tipu atau alami kerugian, memang susah untuk korang dapatkan balik duit tu sebab takde peraturan yang akan lindungi korang.

Korang kena faham yang menggunakan perkhidmatan tak sah ni macam main api. Kalau ada apa-apa yang tak kena, korang tak boleh nak lapor kat pihak berkuasa sebab perkhidmatan tu sendiri dah melanggar undang-undang. Tanpa perlindungan undang-undang, korang memang takde tempat untuk mengadu dan mendapatkan keadilan. Report polis pun tak guna sebab polis memang takkan bantu dapatkan balik duit korang.

5. Kesan terhadap skor kredit

Kalau tak bayar balik kredit yang korang dapat melalui perkhidmatan cash out, skor kredit korang boleh terjejas. Skor kredit yang rendah buatkan korang akan susah nak dapat pinjaman pada masa depan, termasuk pinjaman rumah atau kereta.

Skor kredit adalah cerminan kemampuan korang untuk menguruskan kewangan. Bila skor kredit korang rendah, ini menunjukkan korang tak pandai nak uruskan hutang. Ini boleh menyebabkan bank dan institusi kewangan lain enggan luluskan pinjaman korang. Malah, kalau korang berjaya dapat pinjaman pun, korang mungkin kena bayar dengan faedah yang lebih tinggi dari kebiasaan. Jadi, memang penting untuk korang jaga skor kredit korang dengan baik untuk masa depan korang sendiri.

7. Potensi untuk jadi ketagih buat cash out

Duit tunai cepat dan mudah boleh buatkan sesetengah orang ketagih dengan perkhidmatan cash out. Ni boleh galakkan tabiat kewangan yang tak sihat dan sebabkan masalah kewangan yang lebih besar.

Ketagihan kewangan ni sama je macam ketagihan lain. Bila korang rasa seronok dapat duit tunai cepat, korang mungkin nak guna lagi dan lagi. Lama-lama, korang tak boleh berhenti. Perkhidmatan cash out yang pada mulanya nampak macam penyelesaian jangka pendek boleh jadi masalah jangka panjang. Ketagihan ni boleh merosakkan kehidupan korang, hubungan dengan keluarga dan rakan, serta kesihatan mental korang.

8. Bebanan psikologi

Hutang yang bertambah dan masalah kewangan boleh menyebabkan tekanan psikologi yang besar. Korang mungkin rasa tertekan, risau, dan tidur malam pun terganggu. Ini boleh menjejaskan kesihatan mental dan emosi korang. Penting untuk jaga kesejahteraan diri sendiri juga, kan?

Bila korang terperangkap dalam lingkaran hutang, tekanan psikologi boleh menjadi sangat berat. Korang mungkin rasa terbeban dengan tanggungjawab kewangan yang tak terkawal. Tekanan ni boleh membawa kepada masalah kesihatan mental seperti kemurungan dan kebimbangan. Selain itu, ia juga boleh menjejaskan hubungan dengan orang tersayang. Jadi, penting untuk cari bantuan jika korang rasa tertekan. Ada banyak sumber sokongan yang boleh membantu korang menguruskan tekanan ni.

Kesimpulan

Walaupun perkhidmatan cash out nampak menarik dan mudah, risiko dia besar. Better jangan buat cash out lagi lagi yang offer dekat media sosial. Majoriti adalah scammer. Ingat, takde jalan pintas dalam pengurusan kewangan yang selamat dan beretika. Jaga keselamatan diri dan akaun kewangan korang, dan elakkan dari jadi mangsa penipuan.

Tinggalkan Pendapat Anda