Apa akan jadi kalau tak bayar Sloan?

Pernah tak korang terfikir apa akan jadi kalau tak bayar Sloan tu? Jangan main-main, sebab akibatnya boleh jadi serius. Sebab tu kot korang jumpa artikel ni. Jom baca.

Shopee akan hire Debt Collector

Siapa debt collector tu?

Debt collector ni adalah pihak ketiga yang akan diupah oleh Shopee untuk kejar korang bagi mendapatkan duit Sloan yang belum dibayar. 

Diorang ni professional dalam hal ni, jadi jangan harap boleh lari. Diorang akan psiko korang dengan macam macam cara sampai korang bayar. 

Termasuk la masuk mahkamah, datang rumah, akan sita barangan & lain lain. Pergh. Teruk benar tu. 

Macam mana mereka akan kejar korang?

Biasanya, diorang akan start dengan call & bagi surat. Kalau korang still tak bayar juga, diorang mungkin akan datang rumah atau tempat kerja korang. Malu wei orang tahu!

Akaun Sloan & SPayLater kena suspend

Tak boleh gunakan Sloan

SPayLater pun terjejas

Bukan setakat Sloan je, SPayLater korang pun mungkin kena suspend. Jadi, kalau korang rasa korang masih ada SPayLater untuk beli barang, boleh lupakan je lah.

Akaun Shopee korang pun tak selamat

Kalau korang ingat akaun Shopee korang selamat, silap besar! Shopee boleh je suspend akaun korang. 

Maksudnya, korang tak boleh buat apa-apa aktiviti di Shopee. Shopping pun tak boleh, guys!

Masuk CTOS, hidup korang susah!

Apa Itu CTOS?

CTOS ni adalah satu sistem yang track rekod kredit korang. Kalau nama korang masuk CTOS, maknanya rekod kredit korang terjejas.

Akibatnya?

Bila rekod kredit korang dah terjejas, apa-apa servis yang korang nak langgan lepas ni akan jadi susah. Nak buat loan ke, nak apply credit card ke, semua akan jadi lebih complicated. Nak langgan astro pun mungkin dah susah. 

Last Words: Jangan ambil mudah!

So, moralnya, jangan ambil mudah bila dah guna Sloan. Bayar on time dan jangan buat masalah. Kalau tak, hidup korang akan jadi susah. Takkan suka kot nak susahkan diri sendiri. 

Harap-harap korang dapat manfaat dari artikel ni. Kalau ada kawan-kawan yang guna Sloan, jangan lupa share artikel ni dengan diorang. 

Selamat ber Shopee dan bayar Sloan on time, ya!

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Portal Hackers

Financial

Support