Perlu ke pakai antivirus kalau dah ada Microsoft Defender

Microsoft Defender ni adalah salah satu feature security yang disediakan oleh Microsoft untuk protect komputer korang dari virus dan malware. 

Biasanya Microsoft Defender datang secara percuma dengan Windows, jadi tak perlu bayar apa apa. Cuma untuk masa sekarang, Microsoft tak buat percuma lagi. Tapi perlu subscribe Microsoft 365. Sekali pakej dengan Microsoft Word semua tu la.

Sekali pun korang dah pakai Windows Defender, perlu ke korang install antivirus yang lain? Jom baca lebih lanjut. 

Kelebihan Microsoft Defender

  1. Percuma dan mudah digunakan: Tak perlu pening kepala. Microsoft Defender ni mudah digunakan dan semuanya berjalan secara automatik. All in one. 
  2. Update secara automatik: Ia akan update secara automatik, jadi korang tak perlu risau tentang versi terkini. Semuanya dah dibuat secara automated sekarang. 

Kekurangan Microsoft Defender

  1. Tak complete: Walaupun bagus, ada masa Microsoft Defender ni tak dapat detect semua virus. 
  2. Tak banyak feature ditawarkan: Kalau korang nak lebih banyak feature, mungkin Defender ni tak cukup untuk oc korang.

Antivirus: Perlu ke nak install lagi?

Antivirus lain bukan je offer protection daripada virus, tapi juga ada macam macam feature tambahan yang boleh tambahkan lagi security pada PC korang. 

Maksudnya lagi susah lah hacker nak tembus masuk dalam PC korang ni.

Apa saja ciri-ciri menarik ini? Jom kita kaji.

  1. Protection Camera: Ada antivirus yang boleh protect korang daripada malware yang cuba untuk mengakses kamera korang. Tak nak orang lain tengok korang, kan? So benda ni penting untuk pc korang. 

  2. VPN (Virtual Private Network): Kalau korang nak layari internet dengan lebih selamat, ada antivirus yang sertakan VPN. Dengan VPN, korang boleh hide alamat IP dan layari web dengan lebih selamat. Hacker tak boleh trace browsing korang. 

  3. Firewall tambahan: Ada antivirus yang dilengkap dengan firewall yang boleh mengawal trafik masuk dan keluar. Lebih secure, lebih susah hacker nak tembus!

  4. Protect password: Nak simpan kata laluan dengan selamat? Ada antivirus yang sediakan feature password manager. Kita boleh manage semua password dalam 1 center. Senang dan selamat!

  5. Track Identiti: Tak nak orang lain guna identiti korang? Ada antivirus yang boleh pantau darkweb dan info korang kalau ada aktiviti mencurigakan.

  6. Check link dan email: Ada antivirus yang boleh periksa link dan email yang korang terima. Kalau ada yang mencurigakan, akan trigger & inform korang.

  7. Optimize PC: Ada juga antivirus yang boleh tolong korang pastikan PC korang berfungsi dengan lancar. Tak nak PC korang lembap, kan?

  8. Support: Kalau korang ada masalah, korang boleh dapatkan support dari syarikat antivirus yang korang beli tu. Senang kalau ada apa-apa masalah.

Kesimpulan: Perlu ke pakai antivirus kalau dah ada Microsoft Defender?

Jawapannya bergantung pada keperluan korang. Kalau korang rasa cukup dengan apa yang ditawarkan oleh Microsoft Defender, mungkin tak perlu antivirus lain. 

Tapi kalau korang nak lebih protection & lebih menjaga privacy korang, mungkin boleh pertimbangkan untuk tambah antivirus. 

Benda ni rasanya perlu, kalau korang menjalankan aktiviti yang sensitive macam melibatkan kewangan, trace, penyiasatan & macam macam lagi. 

Tapi kalau sekadar guna PC untuk main game, benda ni semua tak perlu. Cukup dengan Windows Defender. So tu je la nak share. 

Artikel berkaitan

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Related Article..

Portal Hackers

Financial

Support