Apa itu Windows Security?

Windows Security atau dulu dikenali sebagai Windows Defender adalah salah satu feature security yang didatangkan sekali dalam Windows secara built in untuk protect komputer korang dari terkena virus dan malware. Jadi bila dah ada Windows Security ni perlu ke untuk korang install lagi anti virus yang lain?

Kelebihan Windows Security

  1. Percuma dan mudah digunakan: Tak perlu pening kepala. Microsoft Defender ni mudah digunakan dan semuanya berjalan secara automatik. All in one. 
  2. Update secara automatik: Ia akan update secara automatik, jadi korang tak perlu risau tentang versi terkini. Semuanya dah dibuat secara automated sekarang. 

Kekurangan Windows Security

  1. Tak complete: Walaupun bagus, Windows Security bukan penyelesaian kepada semua masalah. Windows Security tak boleh halang SEMUA serangan dari hackers. Sebab tu korang perlukan Microsoft Defender untuk dapatkan protection yang lebih advanced. Microsoft Defender ni disekalikan dalam pakej Microsoft 365.
  2. Tak banyak feature ditawarkan: Feature yang ada pada Windows Security tak cukup berkesan jika korang seorang pengguna yang sangat advanced.
Perlu ke pakai antivirus kalau dah ada Windows Security
Credit to WIRED

Jadi perlu ke antivirus selain Windows Security?

Jawapannya yes. Korang masih perlu antivirus selain Windows Security jika korang mahukan FULL PROTECTION. Ini akan buatkan korang lebih yakin untuk simpan data kerja korang didalam PC. Sama ada korang beli antivirus dari third party atau korang boleh subscribe Microsoft 365 untuk dapatkan Microsoft Defender.

Kelebihan install antivirus dari syarikat lain

  1. Protection camera: Ada antivirus yang boleh protect korang daripada malware yang cuba untuk dapatkan akses kamera. Feature ni sangat penting kalau kat PC korang ada camera.

  2. VPN (Virtual Private Network): Kalau korang tak nak kena track dengan kerajaan, install antivirus yang didatangkan sekali dengan feature VPN.

  3. Protect password: Nak simpan kata laluan dengan selamat? Ada antivirus yang sediakan feature password manager. Kita boleh manage semua password dalam 1 center. Senang dan selamat!

  4. Track Identiti: Ada sesetengah antivirus ada offer servis untuk track identiti korang dalam darkweb atau kebocoran data. Benda ni penting kalau korang seorang yang pentingkan data.

  5. Check link dan email: Ada antivirus yang boleh periksa link dan email yang korang terima. Kalau ada yang mencurigakan, akan trigger & inform korang.

  6. Optimize PC: Ada juga antivirus yang boleh tolong korang untuk pastikan PC korang berfungsi dengan lancar.

  7. Support: Kalau korang ada masalah, korang boleh dapatkan support dari syarikat antivirus yang korang beli tu.

Kesimpulan

Jawapannya korang memang perlu install antivirus tambahan kalau korang buat kerja kerja yang sangat penting. Kalau korang guna PC sekadar untuk main games, maka korang memang tak perlukan antivirus tambahan ni. Cukup dengan Windows Security. Everything is clear. Sharekan artikel ni kalau korang rasa bermanfaat untuk orang lain.

Tinggalkan Pendapat Anda