Yang biasa orang tanya adalah “RinggitPlus tu selamat ke nak guna?”
Soalan ni memang ramai yang tanya, sebab ramai yang takut kena scam. Sebab sekarang ni ramai yang kena scam bila nak buat pinjaman secara online. Lagi lagi bila pinjaman tu melibatkan duit yang besar.
Untuk pengetahuan korang, RinggitPlus adalah salah satu platform online di Malaysia yang menyediakan info dan pelbagai produk berkaitan kewangan macam kad kredit dan pinjaman peribadi. Platform ini tidak memberikan pinjaman secara direct tapi sebaliknya hanya membandingkan produk kewangan yang ditawarkan pemberi pinjaman yang mana lebih baik.
So korang tinggal nak pilih je mana pinjaman yang sesuai dengan korang. Simple kan. Nak mudah faham, platform ni macam app Traveloka tu la. Dia banding bandingkan semua hotel terbaik dalam satu platform. So korang tinggal nak pilih dan booking je. Simple kan. Jom kami terangkan sikit pasal RinggitPlus ni.

Apa itu RinggitPlus?
RinggitPlus adalah platform perbandingan produk kewangan.
Di RinggitPlus, korang boleh compare macam macam produk kewangan. Contohnya macam RHB, CIMB, Al Rajhi & macam macam lagi. RinggitPlus ni ada senaraikan info dari berbagai bank dan institusi kewangan. Juga korang boleh apply credit card.
Platform ni mudah, cepat dan mesra pengguna. Sebab platform ni direka untuk mudahkan korang mencari info dan bandingkan pilihan produk yang ada. So tak perlu korang susah susah nak pergi tanya bank or mesej orang yang berkaitan dalam media sosial.
Keselamatan data peribadi
Bila korang menggunakan servis macam RinggitPlus, korang kena bagi sedikit sebanyak info peribadi korang bila diminta. Persoalan kat sini, selamat ke untuk korang bagi info korang pada RinggitPlus ni? Jawapannya adalah selamat. Sebab belum ada yang complaint pasal ni. Platform RinggitPlus ni memang terjamin selamat kerana platform ni patuh dengan regulasi yang ketat khususnya bab data pengguna. Tapi, tak salah pun kalau korang nak check dan confirmkan sendiri di laman web mereka.
Transaksi yang selamat?
Bila korang nak apply produk kewangan melalui RinggitPlus, prosesnya biasanya cuma sekejap dan semua data korang dijamin selamat. Diorang menggunakan sistem yang secure untuk menghantar permohonan korang ke bank atau pun institusi berkenaan. Walaupun platform ni secure, korang perlu sentiasa berjaga jaga dalam keselamatan data korang.
Review dan feedback pengguna
Cari review dari user. Salah satu cara terbaik untuk tau tentang keselamatan dan boleh percaya atau pun tidak pada sebuah platform tu adalah melalui review dari pengguna sendiri. Cari dan baca apa yang orang lain kata tentang pengalaman diorang dengan RinggitPlus. Secara umum, feedback tentang RinggitPlus ni adalah positif, tapi elok juga kalau korang buat research sendiri untuk lebih menyakinkan diri korang sendiri.

Security sistem dan website
Website RinggitPlus adalah selamat digunakan. Tiada tanda mencurigakan. Semua info yang diberikan adalah jelas. Biasanya, platform macam RinggitPlus akan menggunakan sistem security yang canggih untuk melindungi data pengguna. So korang memang tak perlu risau apa apa kat sini.
Kerjasama dengan institusi kewangan
Partnership yang sah: RinggitPlus bekerjasama dengan pelbagai bank dan institusi kewangan yang sah dan hanya yang berlesen dengan KPKT sahaja. Ini yang buatkan RinggitPlus bertambah trusted lagi dari platform yang lain. Transaksi yang dijalankan dalam RinggitPlus sentiasa diawasi untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar dan selamat.
Cara apply RinggitPlus dengan selamat
Bila korang nak masuk kedalam website, pastikan ianya bermula dengan https://ringgitplus.com. Pastikan korang berada di website RinggitPlus yang sah dan bukannya yang tiruan. Check URL address betul-betul. Kalau nampak lain sikit, tinggalkan. Zaman sekarang, scammer pun boleh buat website clone. Untuk apply personal loan dari RinggitPlus korang boleh click disini! (Official). Kalau ada yang menghubungi korang mengaku mereka dari RinggitPlus dan minta info sensitif, jangan terus percaya. Korang kena contact RinggitPlus Official untuk pengesahan.

Pentingnya kesedaran pengguna
Walaupun platform macam RinggitPlus nampak selamat, penting untuk korang sentiasa aware tentang risiko online. Lagi lagi yang clone website yang hampir sama dengan RinggitPlus. Nampak serupa kadang kadang, tapi tak sama. Sentiasa update dengan info keselamatan online dan cara terbaik untuk melindungi diri sendiri di internet. Trend scam berubah rubah pada setiap masa.
RinggitPlus ada kes menipu pelanggan?
Jawapannya masih belum ada kes lagi yang RinggitPlus menipu pelanggan.
RinggitPlus adalah platform yang membandingkan produk kewangan. Jadi segala kewangan yang korang nak pinjam, bukan direct kepada RinggitPlus. Diorang cuma sediakan platform untuk mudahkan antara korang dengan syarikat pinjaman. Simple. So memang tak ada unsur penipuan dekat situ. Memang confirm bukan scammer & paling penting RinggitPlus adalah trusted.
Kesimpulan
Dari apa yang kami huraikan, RinggitPlus memang confirm satu platform yang selamat untuk korang apply personal loan. Lagi sekali kami ingatkan, kalau korang perlukan pinjaman yang selamat boleh pergi ke website rasmi RinggitPlus. Dekat situ semua ada. Tinggal nak pilih je. Pastikan korang selalu alert, bijak dalam memberi info, dan jangan mudah terpedaya dengan scam. Ingat, better safe than sorry! Jadi, gunakan dengan bijak ya, guys!
Adakah artikel ini membantu?