Kalau korang usahawan, confirm korang dah tahu banyak platform macam Shopee, Lazada, atau TikTok Shop. Semua platform ni memang senang gila nak guna, tapi bila korang tengok betul betul, sebenarnya ada banyak kos yang tersembunyi dan ada banyak syarat ketat yang boleh makan untung korang kalau korang seorang seller.
Kalau korang seorang pembeli pun, korang akan perasan yang seller akan naikkan harga barang. Lagi lagi sekarang ni orang dah start complain, platform macam Shopee ni caj seller terlalu banyak sangat. Semua seller terkesan kot. Sebab tu, Buat website sendiri adalah pilihan yang lebih bijak untuk bisnes korang. Jom kami explain kenapa korang patut berniaga guna eCommerce.

1. Korang ada full control
Bila korang guna platform korang sendiri, semua benda korang yang kawal sepenuhnya – dari design website, harga produk, sampai cara korang nak handle shipping. Takde siapa boleh paksa korang ikut peraturan. Kalau korang guna Shopee, contoh paling biasa ialah mereka control diskaun yang ditawarkan. Kadang-kadang, korang kena ikut campaign mereka sampai margin untung korang makin nipis.
2. Elak caj seller yang melampau
Shopee dan platform seangkatan dengannya biasanya akan ambil komisen dari setiap jualan yang korang berjaya jual. Caj ni kadang boleh cecah 10% – 15% atau lebih dari yang sepatutnya. Bila campur caj iklan dalam platform, memang kaw kaw makan untung korang. Tapi kalau kalau korang guna eCommerce sendiri, korang cuma bayar untuk hosting, domain, dan payment gateway dengan kadar yang lebih berpatutan.
3. Tak terikat dengan syarat ketat
Platform macam Shopee ada rules yang strict gila. Contohnya, kalau korang gagal hantar barang dalam masa tertentu, akaun korang boleh kena banned. Silap sikit dalam listing pun boleh kena penalti. Kalau guna eCommerce sendiri, korang bebas nak buat cara korang, asalkan ikut undang-undang yang standard je.
4. Lebih mudah bina jenama sendiri
Shopee dan Lazada fokus pada jenama mereka, bukan jenama korang. Bila customer beli dari platform tu, mereka ingat Shopee yang best, bukan bisnes korang. Tapi kalau guna eCommerce sendiri, korang boleh design website ikut identiti jenama korang. Logo, warna, dan vibe – semua tu buat orang ingat bisnes korang, bukan platform lain.
5. Senang buat upsell dan cross-sell
Dalam eCommerce, korang boleh customize strategi jualan macam upsell (cadangkan produk lebih mahal) atau cross-sell (cadangkan produk tambahan). Contohnya, kalau korang jual kasut, korang boleh promote stokin atau kasut penjagaan dalam checkout page. Dalam Shopee, benda ni sangat terhad dan tak semudah di eCommerce.

6. Database pelanggan milik korang
Satu lagi kelebihan besar eCommerce ialah korang boleh kumpul database pelanggan seperti nama, email, dan nombor telefon. Data ni penting untuk follow up guna email marketing atau WhatsApp blast. Dalam platform macam Shopee, data pelanggan tak boleh diakses langsung sebab ia dikawal oleh mereka.
7. Kos iklan lebih efisien
Shopee Ads memang senang setup, tapi kos dia makin mahal sebab persaingan tinggi. Kadang, korang bayar lebih tapi sales tak seberapa. Dengan eCommerce sendiri, korang boleh fokus pada iklan di Facebook, Google, atau Instagram yang lebih targeted. Lagi bagus, korang boleh track performance iklan dengan tools seperti Google Analytics.
8. Pilihan payment gateway yang fleksibel
Dalam Shopee, payment options semua ditentukan oleh mereka. Tapi kalau guna eCommerce sendiri, korang boleh pilih payment gateway yang sesuai untuk bisnes korang. Contohnya, korang boleh tambah pilihan untuk bayar guna eWallet, FPX, atau COD, bergantung pada apa yang pelanggan korang suka.
9. Margin keuntungan lebih besar
Tanpa komisen platform, kos caj yang melampau, atau kos tambahan lain, keuntungan korang akan jadi lebih besar dengan eCommerce sendiri. Korang hanya perlu labur sikit untuk setup website dan uruskan hosting – lepas tu, semua keuntungan masuk poket korang.
10. Sesuai untuk bisnes jangka panjang
Platform macam Shopee ada risiko tak stabil. Kalau mereka ubah polisi atau tiba-tiba tutup bisnes (walaupun jarang berlaku), korang boleh hilang semua pelanggan. Dengan eCommerce sendiri, korang ada aset jangka panjang yang korang kawal sepenuhnya. Ia lebih sustainable untuk bisnes yang nak bertahan lama.
11. Bebas tetapkan strategi harga
Dalam eCommerce sendiri, korang boleh tetapkan harga ikut strategi korang tanpa risau kena “price war” dengan seller lain. Dalam Shopee, seller selalu kena tekan harga untuk tarik pembeli sebab semua produk bersaing dalam satu tempat yang sama. Benda ni akhirnya buat margin keuntungan makin nipis. Tapi dalam eCommerce korang, korang boleh jual pada harga premium kalau korang pandai tonjolkan kelebihan produk korang.
12. Mudah integrate dengan sistem lain
ECommerce boleh diintegrasikan dengan pelbagai tools untuk mudahkan pengurusan bisnes. Contohnya, korang boleh sambungkan website korang dengan sistem inventory, email marketing, atau platform penghantaran seperti EasyParcel. Semua benda ni automatik dan lebih efisien. Dalam Shopee, integrasi sebegini sangat terhad atau tak wujud langsung.

13. Tiada potensi produk kena tiru
Salah satu isu besar di platform macam Shopee ialah seller lain boleh tiru listing produk korang, lengkap dengan gambar dan description. Lebih teruk lagi, mereka boleh jual lebih murah untuk tarik pelanggan korang. Tapi dalam eCommerce sendiri, risiko ni jauh lebih rendah sebab korang yang pegang kendali penuh ke atas jenama dan platform korang.
14. Lebih personal dengan pelanggan
ECommerce bagi peluang untuk korang buat pengalaman pembeli dengan lebih personal. Contohnya, korang boleh tambah fungsi chatbot untuk jawab soalan pelanggan secara automatik atau beri cadangan produk berdasarkan minat mereka. Dalam Shopee, pengalaman pelanggan terlalu general sebab semua benda dah ditetapkan oleh Shopee. Korang tak boleh buat apa sangat pun.
15. Memudahkan pembeli setia
Kalau korang ada pelanggan yang setia, mereka akan lebih suka beli direct dari website korang. Ini sebab mereka tak perlu lagi pening dengan caj tersembunyi atau interface yang serabut dalam platform besar macam Shopee. Tambahan pulak platform korang yang guna ECommerce juga boleh sediakan loyalty program atau diskaun khas untuk pelanggan setia, yang mana korang tak boleh control banyak dalam Shopee.
Kesimpulan
Bila korang tengok dari semua sudut, eCommerce korang sendiri jelas ada banyak kelebihan berbanding platform marketplace yang lain. Korang bukan saja dapat jimat kos, tapi korang juga dapat bina bisnes yang lebih kukuh dan fleksibel. Shopee mungkin nampak senang dimata korang, tapi korang sebenarnya sedang “sewa” tempat diorang. Dengan eCommerce, korang adalah “pemilik” sepenuhnya dalam platform korang sendiri. So, tunggu apa lagi? Jom bangunkan eCommerce korang sekarang!
Adakah artikel ini membantu?