Selamat ke app TEMU ni ? - Ini yang korang perlu tahu

App TEMU ni masih baru kat Malaysia, sebab tu korang mungkin tak pernah dengar pasal app ni lagi.

App TEMU ni bukan lah app dating untuk korang bertemu dengan orang lain atau untuk korang mencari jodoh, tapi ni adalah app E Commerce yang dibuat hampir sama macam Shopee iaitu tempat untuk korang membeli belah secara online.

Tapi persoalannya adakah app TEMU ni selamat? Sebab ramai yang cakap app ni tak selamat. Banyak dah orang sebarkan info keselamatan berkaitan TEMU ni di media sosial. Persoalannya betul ke?

1. Tentang app TEMU yang korang perlu tahu

App TEMU dibangunkan pada tahun 2022, jadi app ni masih baru dan korang mungkin tak pernah dengar lagi pasal app TEMU. App TEMU ni dimiliki oleh syarikat besar dari China iaitu PDD Holdings dan TEMU ni dah pun beroperasi di Malaysia ni sebagai online marketplace.

TEMU merupakan alternatif kepada Shopee dan Lazada yang mana diorang menjual barang jauh lagi murah dari harga pasaran. Ini yang sebabkan ramai orang download dan buat pembelian di app TEMU.

TEMU ni mula mula dilancarkan dekat United Stated je, kemudian diorang lancarkan pulak dekat Australia and New Zealand. Kemudian baru lah diorang kembangkan sikit sikit kat negara yang lain sampailah TEMU ni masuk ke Malaysia. Kiranya TEMU ni dah pun beroperasi kat luar negara sebelum masuk ke Malaysia lagi.

Credit to Wikipedia.com

2. Selamat ke app TEMU?

So far so good.

App TEMU ni boleh dikatakan selamat sebab app TEMU ni korang boleh download hanya dari Google Play Store dan Apps Store. Ini bermaksud app TEMU ni dah melalui REVIEW yang sangat ketat dari Google dan Apple sebelum di release kan kepada user.

App TEMU memang pernah kena suspend disebabkan app Pinduoduo mereka mula dikesan dengan malware, kemudian app TEMU juga dikesan dengan benda yang sama. Ini yang sebabkan pihak Google suspend app TEMU. Tapi app TEMU ni dah di reinstated semula oleh pihak Google dan Apple selepas app ni di updated dengan mengikut standard yang ditetapkan. Hanya App Pinduoduo saja yang masih belum mendapat approval dari pihak Google.

App Pinduoduo dengan app TEMU ni memang berkait rapat sebab keduanya datang dari syarikat yang sama. Bila dah ada kes malware dalam app, ini yang menyebabkan ramai orang mula ragu dengan syarikat PDD Holdings.

App TEMU memang ada kontroversi sikit disebabkan kes malware & app Pinduoduo, walau macam mana pun app TEMU ni boleh dikira selamat untuk korang download kerana pihak Google sendiri sudah semak dan bagi approval untuk app TEMU ni masuk dalam senarai Google Play Store.

3. Design dan performance

Performance TEMU ni sangat terbaik.

Cuma design dia tu nampak serabut sikit sebab macam complex kalau nak compare dengan Shopee. Tapi okey je sebab app ni pun akan improve dari masa kesemasa. So memang tak perlu risau sangat.

App ni pun boleh dikatakan hampir sama dengan app Shopee dan ada banyak barang barang yang best.

Dalam app TEMU ni ada macam macam feature yang diorang dah letak. Contohnya korang boleh search, korang boleh add to cart , korang boleh tengok rating dan korang boleh buat pembayaran dengan mudah dan selamat. Pembayaran pun sama je macam korang buat pembayaran kat Shopee. Semua bank dia support. So dalam bab ni memang korang tak perlu risau apa apa lagi dah. Semua memang selamat.

App TEMU selamat digunakan

Tak ada apa yang perlu dirisaukan.

4. Apa yang best pasal app TEMU ni?

Yang paling best pasal app TEMU ni adalah barang barang yang ada kat dalam TEMU tu sendiri.

Semua barang barang yang ada kat dalam tu di jual dengan harga yang SANGAT MURAH DAN TAK MASUK AKAL.

Tapi serius, ini bukan SCAM. Rate harga dia pun lebih kurang macam korang beli kat Tiktok Shop. Harga memang murah sebab kebanyakan barang dalam TEMU ni adalah pembelian secara direct dari CHINA. So dengan adanya app TEMU ni, korang memang tak perlu lagi susah susah untuk pergi ke CHINA.

Beli je barang China dengan platform TEMU ni.

5. Support?

Sama macam Shopee, TEMU ni pun ada customer services diorang sendiri. So kalau korang ada masalah nak buat pembelian kat dalam app TEMU ni korang boleh je dapatkan support dari customer services ni. So far tengok pada rating nampak semua okey dan belum ada masalah besar lagi pasal app TEMU ni. Dan app TEMU ni pun dah di download sebanyak 41 juta kali dari seluruh dunia.

Sharekan artikel ni kalau korang rasa bermanfaat untuk orang lain.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Portal Hackers

Financial

Support