Ramai yang keliru dan tertanya-tanya “Tambadana ni selamat ke?” Bukan ke Tambadana ni memang SCAMMER? Memang Betul!
Tambadana bukan SCAMMER! Ramai yang risau sebab takut kena scam, lagi lagi bila melibatkan jumlah duit yang besar. Lagi takut kalau korang terjebak dengan ahlong yang memang jelas main langgar je undang undang sana sini. Dalam artikel ni kami akan jelaskan kenapa korang tak perlu risau bila berurusan dengan Tambadana ni. Ini yang korang perlu tahu.
Apa itu Tambahdana?
Tambadana adalah platform pemberi pinjaman wang secara berlesen. Diorang bagi pinjaman pada korang yang memerlukan pinjaman. Kalau korang nak buat pinjaman peribadi atau pinjaman untuk bisnes yang korang jalankan, korang boleh buat pinjaman di website rasmi Tambahdana atau download app Tambadana di Google Play Store. Atau korang boleh hubungi pengawai diorang secara direct melalui no telefon yang dah disediakan.
Website yang jelas
Hasil dari semakan, website yang disediakan oleh Tambadana adalah jelas dan lengkap dengan segala info yang diperlukan. Tambadana ada website yang sangat user-friendly dan lengkap dengan segala maklumat yang korang perlukan.
Kat dalam website tu pun ada dijelaskan tentang cara nak buat pinjaman, cara bayar balik, berapa interest yang dikenakan dan sebagainya. Kalau korang rajin sikit, boleh baca semua info tu dan buat research sendiri. Jangan malas!
Berdaftar dengan KPKT
Ini adalah point paling penting tentang Tambadana. Tambadana adalah pemberi pinjaman yang berdaftar dan mendapat license dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Nama syarikat yang operate tambadana ni adalah Wawasan Cojaya Sdn Bhd dengan nombor pendaftaran 201401047621 (1123810-P).
Hasil dari semakan yang kami buat di KPKT sendiri, memang syarikat ni legit dan berdaftar. Jadi, dari segi undang undang, tambadana ni memang selamat dan bukan ahlong. Jadi korang memang tak perlu risau kalau takut kena tipu sebab syarikat ni di bawah kawalan KPKT.
Dikawal sepenuhnya oleh KPKT
Korang kena tahu, KPKT ni bukan calang-calang badan. Dia orang memang strict dalam kawal selia syarikat yang berdaftar dengan dia orang. Jadi, kalau tambadana ni tak ikut peraturan atau ada buat hal, confirm akan dikenakan tindakan. Ini satu jaminan besar yang korang boleh pegang. Bila sebuah platform pemberi pinjaman dikawal oleh badan berautoriti macam KPKT, keselamatan korang lebih terjamin.
Tambadana Di RinggitPlus
Tambadana ni juga ada di RinggitPlus iaitu atu website yang dah lama famous di Malaysia untuk compare pelbagai produk kewangan. Bukan senang pemberi pinjaman yang berlesen nak masuk dalam platform RinggitPlus, apatahlah lagi yang tiada lesen. Tapi kalau dah masuk tu, company diorang memang dah disahkan dan semua document adalah lengkap.
Kalau sebuah platform tu tak selamat atau ada masalah, RinggitPlus memang takkan letak dalam website diorang. Kehadiran tambadana kat situ menunjukkan yang platform ni dipercayai dan diiktiraf. Korang boleh semak sendiri di platform RinggitPlus untuk info dan perbandingan.
Ada app official
Tambadana ada sediakan app yang mudah digunakan untuk pengguna membuat pinjaman peribadi. Bukan sekadar mudah tapi juga selamat digunakan kerana app official Tambadana berada dalam Google Play Store dan Apps Store. Pihak Google dan Apple hanya senaraikan app yang sah dan selamat digunakan oleh pengguna.

Apa akan jadi kalau tak bayar Tambadana?
Kalau korang buat pinjaman dengan ahlong, korang mungkin akan diugut, diviralkan, dan sebagainya. Tapi Tambadana bukan ahlong. Diorang adalah pemberi pinjaman yang berada di bawah kawalan KPKT, dan diorang tak boleh buat ugutan pun pada korang, diorang juga tak boleh collect hutang dengan cara diorang tersendiri.
Diorang mesti collect hutang mengikut apa yang dah ditetapkan oleh KPKT. Pihak Tambadana mesti mengikut undang undang. Paling kuat pun, diorang hanya boleh tuntut bayaran dari korang melalui mahkamah jika kes ni memang sampai melibatkan mahkamah. Tapi kalau korang diugut, itu bermaksud korang boleh buat report dengan pihak KPKT.
Kesimpulan
Jadi, jawapan kepada persoalan “tambadana ni selamat ke?”, jawapannya adalah YA, selamat.
Dengan website yang jelas, berdaftar dengan KPKT, dikawal sepenuhnya oleh KPKT, dan diiktiraf oleh RinggitPlus, korang boleh buat pinjaman dengan yakin. Jika korang ada masalah dalam proses pinjaman, korang tak dapat duit seperti yang dijanjikan dan sebagainya. Korang boleh laporkan perkara ni di KPKT. Walau macam mana pun, kami nasihatkan korang untuk buat research sendiri untuk lebih menyakinkan. Kalau korang rasa artikel ni bermanfaat untuk semua orang, boleh sharekan.
Adakah artikel ini membantu?