11 tanda penipuan dalam pinjaman peribadi

Tahun 2024 ni ramai sangat kena scam. Ada macam macam jenis scam dan salah satunya adalah scam pinjaman peribadi. Ini yang korang tahu kalau korang tak nak kena tipu bila korang nak apply pinjaman peribadi.

1. Bayaran pendahuluan

Korang tak ada duit dan korang nak apply pinjaman. Tapi bila pinjaman korang dilulus kan korang kena bayar duit pendahuluan macam stamp duty, processing free, insurance fee dan macam macam lagi.

Satu benda yang korang kena tahu adalah, Institusi kewangan yang sah macam bank, biasanya akan tolak sebarang caj dari jumlah pinjaman yang berjaya diluluskan, bukan minta korang bayar dulu.

Kalau diorang minta korang untuk bayar duit pendahuluan ini merupakan tanda scam paling jelas.

2. Kelulusan pantas tanpa semak kredit

Siapa tak suka kalau pinjaman diluluskan dalam masa beberapa minit je kan?

Tapi realitinya, proses kelulusan pinjaman memerlukan masa untuk sebab diorang nak buat pemeriksaan kredit. Bank atau institusi kewangan memang perlu tahu sejarah kewangan korang untuk pastikan korang mampu bayar balik pinjaman tu.

Kalau ada yang janji kelulusan segera tanpa semak kredit korang, hati-hati. Ini bukan pemberi pinjaman yang sah. Ini adalah ahlong atau pun scammer yang cuba untuk menipu duit korang.

3. Tak ada lesen dan pendaftaran yang sah

Pemberi pinjaman yang sah mesti ada lesen dari KPKT. Sebelum korang nak buat apa apa pinjaman korang kena semak dulu dekat website official peminjam, ada tak no lesen or info berkaitan dengan pendaftaran. Kalau tak ada korang try check pulak dengan website rasmi KPKT.

Pemberi pinjaman yang tak berdaftar biasanya tak ikut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan dan diorang boleh dikira sebagai ahlong.

Nak pinjam dengan ahlong ni biasa sangat berisiko tinggi terutama dalam bab keselamatan. So berhati hati lah.

Photo by Zanyar Ibrahim on Unsplash

4. Tawaran yang tak masuk akal

Kalau korang ditawarkan dengan pinjaman dengan kadar faedah yang sangat rendah, syarat yang sangat mudah, atau kelulusan tanpa dokumen yang lengkap, itu tanda-tanda penipuan.

Penipu biasanya akan guna taktik ni untuk menarik perhatian korang.

Contohnya, kalau kadar faedah yang ditawarkan jauh lebih rendah dari pasaran, itu memang sangat mencurigakan. Ingatlah, kalau nampak terlalu bagus untuk jadi nyata, besar kemungkinan benda ni memang penipuan.

5. Selalu ditekan untuk sign contract

Pernah tak korang rasa dipaksa untuk buat keputusan cepat-cepat?

Pemberi pinjaman tu asyik tekan korang untuk buat pinjaman dengan segera. Diorang suruh korang untuk cepatkan pembayaran fee.

Kalau rasa seperti ditekan dan nak cepat, korang kena sedar yang ni sebenarnya scam. Pemberi pinjaman yang sah takkan paksa korang untuk buat pinjaman dalam masa yang singkat.

Kalau diorang tak bagi korang masa atau kata ‘tawaran ni untuk masa terhad je’, itu tanda-tanda mereka nak korang buat keputusan tanpa berfikir panjang.

6. Komunikasi yang meragukan

Komunikasi adalah satu lagi aspek penting. Kalau korang terima e-mel, mesej atau panggilan telefon yang guna bahasa kurang formal atau nampak tak profesional, hati-hati.

Penipu sering guna ayat-ayat manis dan janji yang tak masuk akal untuk pancing mangsa.

Email yang datang dari domain yang mencurigakan atau ada banyak kesalahan tatabahasa pun patut dijadikan red flag. Pemberi pinjaman yang sah akan guna komunikasi yang profesional dan beretika.

7. Tiada maklumat yang jelas

Pemberi pinjaman yang sah biasanya akan ada alamat pejabat yang jelas, nombor telefon yang boleh dihubungi, dan mungkin juga diorang ada cawangan fizikal.

Kalau korang susah nak dapatkan maklumat contact atau alamat diorang, itu mungkin satu petanda yang diorang ni scam. Pemberi pinjaman yang sah takkan sorok apa apa document dari korang. Semak dan pastikan semua maklumat dalam contract tu adalah sah.

8. Website yang meragukan

Website kalau nampak macam baru buat, tak cukup info, tak ada FAQ, tak ada alamat yang jelas, tak ada no lesen dan pendaftaran dan tak ada gambar team yang bertugas, benda ini boleh jadi satu petanda penipuan dan diorang ni sebenarnya nak scam korang je.

9. Menggunakan nama brand yang famous

Scammer selalu guna nama bank atau institusi kewangan terkemuka untuk nampak legit.

Diorang biasanya akan gunakan logo, alamat email yang hampir sama dengan syarikat sebenar, atau nama domain pun mirip dengan syarikat sebenar untuk kelirukan korang.

So sebelum korang buat apa-apa transaksi, pastikan korang semak dulu dengan institusi kewangan yang official. Korang boleh direct contact dengan diorang melalui website official sebelum korang berurusan dengan orang lain yang nampak sama dengan website official.

Photo by Zanyar Ibrahim on Unsplash

10. Testimoni palsu

Scammer biasanya akan gunakan testimoni palsu dalam website diorang. Testimoni tu kalau korang tengok dan baca betul betul macam bukan orang sebenar yang tulis.

Tapi lebih kepada bahasa baku dan macam robot yang bercakap. Kalau korang detect benda macam ni, ini maksudnya testimoni ni adalah testimoni palsu dan korang kena segera angkat kaki sebelum korang kena scam.

11. Download app dari website rasmi

Ahlong atau scammer biasanya akan suruh korang download satu app yang diorang sendiri buat melalui website official. Kalau benda ni terjadi kepada korang, maka korang kena tahu yang benda ni adalah scam.

Kalau diorang ni betul official, diorang akan suruh korang download hanya dari Google Play Store atau Apps Store dan bukannya melalui website official. Ini tanda scam paling jelas dalam dunia pinjaman peribadi.

Kesimpulan

Kalau nak buat pinjaman peribadi pastikan semua benda kat atas ni korang check dulu. Kalau semua okey dan tak ada masalah maksudnya korang memang selamat dan buat pinjaman peribadi.

Tapi kalau ada satu dua tanda yang meragukan itu pun tak bermaksud yang pinjaman peribadi tu akan scam korang. Tapi kalau ada banyak tanda penipuan macam diatas, maksudnya korang dah kena berhati hati. Jangan sampai korang kena scam.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Portal Hackers

Financial