Kalau korang tengah ada masalah sebab terjerat dengan Ahlong atau dengan pinjaman peribadi berlesen, jangan risau sangat. Sebab kat Malaysia ni ada ramai yang boleh bantu korang. Asalkan kesalahan tu bukan datang dari diri korang sendiri. Masih ada organisasi yang boleh tolong korang settlekan benda ni contohnya PHMM & PPIM.
Jangan panik, banyak cara boleh diambil
Bila korang terlibat dengan Ahlong, korang mesti ada perasaan takut bila korang kena ugut macam macam. Dan benda ni biasanya akan terjadi sampai melibatkan keluarga. Yang sebenarnya dalam bab ahlong ni korang tak perlu risau sangat. Sebab benda macam ni boleh disettlekan dengan mudah.
Ahlong atau pemberi pinjaman berlesen yang melanggar undang-undang sebenarnya tak ada hak untuk ugut atau buat korang rasa terancam. Lagi lagi kat Malaysia ni ha. Dekat Malaysia ni ada undang undang yang diorang pun kena takut.
So bukan korang yang patut takut dalam kes macam ni, sebab ramai orang yang akan backup korang kalau apa apa yang akan terjadi. Mahkamah pun takkan menangkan kes ahlong. So takut apa bosku? Lagi pun ahlong zaman sekarang tak berani sangat sebab diorang masih tahu undang undang dalam negara kita ni macam mana.
Silap langkah memang diorang akan kedalam. Korang juga ada hak untuk buat laporan dan dapatkan bantuan. Jom tengok macam mana nak dapatkan bantu dari PHMM dan PPIM.
PHMM (Persatuan Hak Masyarakat Malaysia) – Menjaga hak korang sebagai peminjam
PHMM adalah satu organisasi yang fokus dalam menjaga hak rakyat. Antara orang kuat yang bertugas dalam PHMM ni adalah Mustafa Khan, dia ni pengasas dan president dalam PHMM. Korang boleh tengok dekat Youtube macam mana dia buat kerja. Ini level tinggi punya sebab dia akan berdepan dengan ahlong secara berdepan. Ini antara yang PHMM boleh bantu korang:
- Nasihat perundangan secara menyeluruh: PHMM boleh bagi korang penerangan terperinci tentang undang-undang dan hak korang sebagai peminjam. Diorang juga boleh guide korang untuk ambil tindakan seterusnya kalau korang rasa hak korang dilanggar.
- Bimbingan untuk runding dengan Ahlong: Kalau korang ada masalah dengan Ahlong yang susah nak dirunding atau asyik ugut korang, PHMM boleh bantu sebagai orang tengah untuk selesaikan masalah. Diorang ada pengalaman dalam negosiasi dengan Ahlong untuk dapatkan penyelesaian yang lebih adil, seperti struktur semula bayaran yang lebih fleksibel dan tidak membebankan korang. PHMM juga boleh hadap Ahlong yang melanggar batas undang-undang, memastikan tiada lagi ugutan atau gangguan yang melampau.
- Bayaran yang mungkin dikenakan: Tapi korang kena tahu, ada beberapa perkhidmatan yang mungkin ada caj. Ini biasanya untuk cover kos pentadbiran dan perkhidmatan diorang. Pastikan korang tanya dulu sebelum proceed.

PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) – Tegas dalam menegakkan keadilan
Sapa je yang tak kenal dengan PPIM? Diorang ni lagi lama dalam Malaysia. Macam macam kes diorang dah handle dalam Malaysia ni. PPIM dengan Semboyan adalah dua organisasi yang berbeza. So korang kena tahu bezakan dan tak sama. PPIM memang memang terkenal untuk settlekan kes-kes pinjaman yang melibatkan Ahlong dan sebagainya. Diorang memang ada rekod track yang bagus dan boleh bertindak cepat bila ada kes macam ni.
- Tindakan pantas dan berkesan: PPIM biasanya tak tunggu lama. Kalau korang ada bukti cukup, diorang akan terus bertindak. Sama ada nak deal dengan Ahlong atau buat laporan, diorang ada pengalaman yang sangat luas.
- Membantu dalam penyelesaian hutang: Kalau korang ada masalah nak selesaikan hutang, PPIM boleh bantu korang dapatkan penyelesaian yang adil antara korang dengan ahlong. Kadang-kadang, korang hanya perlu struktur pembayaran semula supaya korang mampu bayar setiap bulan.
- Bayaran mungkin dikenakan: Macam PHMM, PPIM juga ada caj untuk perkhidmatan yang diorang offer. Tanya awal awal untuk lebih jelas. Apa pun jangan takut berurusan dengan PPIM. Diorang adalah organisasi yang akan bantu settlekan masalah korang.

Report di Portal Hackers Malaysia – Untuk korang buat report
Portal Hackers Malaysia juga ada sediakan form untuk korang laporkan kes yang korang alami. Kat sini, korang boleh guna form automatik yang disediakan untuk luahkan segala masalah korang, sama ada kes ahlong, ugutan, atau masalah dengan pinjaman berlesen yang melanggar undang-undang.
Semua laporan akan disemak dan jika perlu kami akan sharekan kepada public atau kepada badan yang bertanggungjawab. Portal ini tidak offer apa apa bantuan melainkan untuk memberi info kepada korang yang memerlukan. Jadi jangan segan segan isi form dan hantar kepada pihak kami.
Boleh juga buat laporan polis – Jangan teragak-agak
Kalau rasa dah tak selamat dan keadaan dah tak terkawal, jangan teragak-agak untuk buat laporan polis. Polis akan investigate dan ambil tindakan yang sewajarnya untuk protect korang.
Ini Malaysia bos. Semua peminjam yang tak bertauliah sepatutnya takut dengan undang undang dalam Malaysia. Sekali silap, diorang yang kena pancung. Diorang sekadar ugut supaya korang bayar duit. Itu sahaja tujuan ahlong. Kadang-kadang, keberanian buat laporan ni lah yang boleh selamatkan korang dan keluarga.
Kalau korang yang buat silap, ambil tanggungjawab
Kadang-kadang bila korang terjebak dengan Ahlong atau pinjaman berlesen sebab korang sendiri yang buat keputusan yang kurang bijak. Mungkin korang terdesak atau mungkin korang tak cukup faham dengan syarat pinjaman, atau mungkin korang terpengaruh dengan tawaran cepat kaya.
Takpe, benda dah lepas tak boleh diubah, tapi korang boleh ambil tanggungjawab. Cari bantuan, bincang elok-elok dengan pihak yang terlibat, dan cuba selesaikan dengan cara yang baik. Yang penting, jangan ulang kesilapan yang sama. Ada duit terus bayar dan jangan lambat lambatkan.
Kesimpulan – Ada harapan, jalan keluar sentiasa ada
Jangan biarkan diri korang rasa tersepit dan takde jalan keluar. PHMM, PPIM, Portal Hackers Malaysia, dan pihak berkuasa semuanya sedia untuk membantu korang. Yang penting, berani untuk bertindak dan cari jalan penyelesaian. Masalah ni mungkin berat, tapi dengan bantuan yang betul, korang boleh keluar dari jerat ni dengan selamat. Jadi, kalau korang tengah stress sebab terjerat dengan ahlong, kasi rileks dulu. Ada banyak organisasi yang boleh bantu korang. Sharekan artikel ni kalau korang rasa bermanfaat.
Adakah artikel ini membantu?