Transfer duit dari Grab E Wallet ke Bank menggunakan QR Duit Now

Boleh ke transfer? Kalau secara direct nak transfer macam bank tu tak boleh lah. Tapi ada cara untuk korang transfer menggunakan QR Duit Now.

Grab E Wallet

Korang boleh je transfer duit korang dari Grab E Wallet dengan menggunakan QR Duit Now. Korang tak boleh transfer menggunakan QR Touch N Go melainkan korang menggunakan Business QR Code. Korang perlukan QR Duit Now baru korang boleh transfer ke Touch N Go.

Kalau korang rasa susah dan tak nak transfer ke Touch N Go, korang boleh gunakan QR Duit Now dari bank korang sendiri.

Credit to Grab.com

Kalau korang nak transfer duit dari Grab EWallet ke dalam bank, ikut je langkah-langkah ni.

  1. Buka App Grab: Mula-mula, bukak app Grab kat phone korang.
  2. Pilih Scan and Pay: Automatic dia akan buka camera. So korang kena scan QR Code dari bank korang. Untuk buat ni korang perlukan dua smartphone yang berbeza.
  3. Scan QR Code: Scan je QR code yang korang tunjuk melalui smartphone lain.
  4. Masukkan jumlah: Lepas scan, masukkan jumlah duit yang korang nak transfer. Jangan over, jangan kurang. Kira betul-betul!
  5. Confirm & Go!: Last sekali, confirm je. Kalau semua betul, duit akan terus masuk dalam akaun bank korang. Memang mudah.

Jadi, kalau korang ter transfer duit lebih ke Grab E Wallet kemudian nak masukkan balik ke bank korang, korang boleh je transfer duit tu balik.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Related Article..

Portal Hackers

Financial