Ramai je yang nak buat pinjaman peribadi tapi takut kena tipu dengan scammer. Lagi takut kalau salah berurusan dengan ahlong. Ramai yang bertanya, adakah platform Adacash selamat?. Dalam artikel ni kami akan jelaskan semua perkara yang korang perlu tahu tentang platform Adacash ni.
Apa Itu AdaCash?
AdaCash adalah website yang menawarkan perkhidmatan pemberi pinjaman yang diuruskan dibawah syarikat ROCK WING CAPITAL SDN. BHD. Kalau korang perlukan duit cepat tapi tak tahu nak pinjam dengan siapa, korang boleh meminjam dengan AdaCash kerana Adacash boleh jadi salah satu pilihan yang selamat untuk korang.
Sejauh mana Adacash ni selamat?
Adacash memang selamat kerana Adacash bukan ahlong. Adacash adalah pemberi pinjaman berlesen yang sah dibawah KPKT. Mana mana syarikat yang sudah berdaftar dengan KPKT, biasanya syarikat perlu mematuhi undang undang yang dah ditetapkan oleh pihak KPKT. Kalau diorang langgar peratutan yang dah ditetapkan, lesen diorang boleh ditarik.
Berdaftar dengan KPKT ni memang benda yang sangat penting sebab benda ni menunjukkan yang syarikat tersebut mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh KPKT.
ROCK WING CAPITAL SDN. BHD. adalah syarikat yang menguruskan website rasmi AdaCash, dan diorang memang ada lesen dari pihak KPKT untuk menjalankan perniagaan pemberi pinjaman. Jadi kalau korang nak buat pinjaman dengan syarikat ni korang tak perlu risau lagi tentang keselamatan korang dikemudian hari. Syarikat pemberi pinjaman yang sah hanya dibenarkan collect hutang dari korang melalui jalan undang undang & paling maximum pun hanya melalui mahkamah.

No pendaftaran Rock Wing Capital SDN BHD
Ini adalah maklumat penting yang kami dapatkan dari website Adacash dan juga semakan di website KPKT i-KrediKom.
- Nombor Lesen: WL7787/14/01-2/210325
- Tarikh Tamat Lesen: 21 Mac 2025
- Nombor Permit Pengiklanan: WP7787/14/01-2/210325
- Tarikh Tamat Permit Pengiklanan: 21 Mac 2025
Website Official Adacash
Website official Adacash setakat ini tak menunjukkan apa apa tanda yang meragukan kepada pengguna. So far semua info yang disampaikan memang jelas dan mudah untuk korang faham.
Dalam website tu juga diorang memang ada terangkan macam mana korang nak buat pinjaman, jenis pinjaman yang korang perlukan, berapa interest yang korang perlu bayar dan paling best diorang ada sediakan feature calculator untuk korang calculate interest pembayaran korang sendiri. So korang boleh tahu berapa yang korang kena bayar secara bulanan sebelum korang nak buat pinjaman dengan diorang.
Adacash disenaraikan dalam website rasmi RinggitPlus
RinggitPlus adalah satu platform yang famous untuk comparekan senarai pemberi pinjaman yang sah kepada pengguna. Dan Adacash adalah salah satu pemberi pinjaman yang sah dan disenaraikan dalam website rasmi RinggitPlus.
Apa kaitan dengan RinggitPlus? Korang boleh baca disini.
RinggitPlus adalah platform untuk comparekan produk kewangan yang terbaik untuk korang. Dan yang pastinya RinggitPlus tidak akan berurusan dengan pemberi pinjaman yang tidak dilesenkan oleh KPKT. Dengan adanya Adacash dalam senarai RinggitPlus, menjadikan Adacash ni trusted.
Sebab kenapa ramai nak pinjam dengan Adacash
Proses mudah dan cepat
Salah satu kelebihan AdaCash adalah proses permohonan yang mudah dan cepat. Korang boleh buat permohonan secara online, dan kalau semua dokumen lengkap, pinjaman boleh diluluskan dengan cepat. Ini memang membantu kalau korang perlukan duit segera.
Kadar faedah yang berpatutan
Kadar faedah yang ditawarkan oleh AdaCash juga berpatutan dan bersaing dengan platform pinjaman lain. Pastikan korang baca dan faham terma dan syarat sebelum buat keputusan. Setiap pemberi pinjaman tu ada term & syarat yang berbeza.
Khidmat pelanggan
Sebarang masalah atau pertanyaan berkaitan dengan Adacash korang boleh tanya direct dengan pengawai diorang. Diorang memang akan bantu sampai korang berjaya dapat pinjaman.
Adakah artikel ini membantu?