Akaun TikTok kena hacked

Try contact support TikTok

Artikel ini untuk akaun tiktok yang kena hacked. Kalau kena suspend boleh baca disini.

Langkah pertama: Contact TikTok support

  • Buka website rasmi TikTok dan cari ‘Help Center’ atau ‘Support’.
  • Kalau tak boleh access, gunakan email. Google untuk cari alamat email support TikTok.
  • Hantar email yang detail, sertakan nama pengguna dan sebarang bukti yang korang ada. Tunggu pihak Tiktok reply & ikut langkah seterusnya.

Upgrade security akaun Tiktok

Langkah kedua: Secure email dan device korang

Pastikan segala keselamatan pada email dan hp korang adalah terbaik:

  • Tukar password email yang berkaitan dengan akaun TikTok.
  • Scan hp korang untuk virus atau malware. Boleh download anti virus.
  • Update setting keselamatan pada email dan hp korang.

Maklumat penting untuk TikTok

Langkah ketiga: Sediakan info untuk TikTok

Bila korang contact TikTok, pastikan korang sertakan:

  • Username TikTok.
  • Email yang digunakan untuk mendaftar.
  • Bukti seperti screenshot conversation atau posts lama yang menunjukkan korang pemilik sebenar.

Tunggu dan monitor

Langkah keempat: Sabar dan monitor

Proses pemulihan mungkin akan ambil masa:

  • Semak email korang secara berkala untuk respons dari TikTok.
  • Jangan klik pada link yang mencurigakan atau berikan info penting kepada sesiapa yang mengaku dari TikTok tanpa pengesahan.

Langkah pencegahan masa depan

Langkah kelima: Pencegahan untuk masa depan

Setelah semuanya selesai, ambil langkah pencegahan:

  • Aktifkan ‘Two-Factor Authentication’ pada akaun TikTok.
  • Jangan kongsi password dengan orang lain.
  • Update password secara berkala dengan kombinasi yang kompleks.

Kesimpulan

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Portal Hackers

Financial