DragonForce tak offer servis hacking - Jauhkan diri dari scammer

Dalam Malaysia ni ada satu group hacktivist yang selalu masuk news, dan group ni dipanggil sebagai DragonForce.

Tapi, jangan salah sangka, DragonForce bukan group hacking yang offer bantuan hacking kepada sesiapa. Kalau ada yang mengaku dari DragonForce dan kata boleh tolong hack media sosial korang, tu semua adalah scammer.

DragonForce tak buka servis hacking

Dragonforce ni sebenarnya satu group hacktivist yang menggunakan skill hacking diorang untuk menunjukkan solidatiri terhadap Palestin. Hanya itu sahaja.

Skill yang diorang ada bukan digunakan untuk bantu orang yang ada dalam Malaysia. Diorang fight untuk tunjukkan keadilan. Diorang hanya mampu jalankan aktiviti hacktiviti sebagai gerak langkah mereka terhadap Israel. 

Credit to DragonForce Malaysia

Statement rasmi dari DragonForce

DragonForce dah lama bagi tau dalam statement rasmi diorang yang Dragon tak offer sebarang servis hacking kepada sesiapa pun. Benda ni sebenarnya dah berulang ulang jadi. Kalau ada yang cakap dia boleh hack dan dia adalah sebahagian dari ahli DragonForce, itu adalah scam.

Telegram Rasmi DragonForce

Banyak kes scam atas nama DragonForce

Terlalu ramai orang yang buat report pada portal Hackers Malaysia, ramai yang buat report tentang kena scam dengan DragonForce. Benda ni mula mula tak serius, tapi lama lama, benda ni dah jadi serius sebab yang kena scam habis sampai beribu ribu, dan yang buat report ni bukan 1-2 orang saja tapi terlalu ramai.

Jauhkan diri dari scammer

Jangan mudah terpengaruh dengan tawaran yang tak masuk akal. Ingat, DragonForce tu hacktivist, bukan hacker yang boleh korang upah untuk bantu hal peribadi korang.

Jaga diri korang elok elok. Sentiasa update dengan perkembangan terkini. Dan ingat sampai bila bila, bila sebut hacker je, bukan semua benda dia boleh buat.

Elakkan mencari hacker, terutamanya kat luar negara

Jangan sesekali mencari hacker dari luar negara.

Serius, terlalu ramai yang mengaku hacker, lagi lagi dari luar negara. Risiko untuk korang kena scam tu sangat tinggi, itu pun kalau korang melayan lah. Apa sahaja yang hacker tu tunjuk dan korang tak faham, maknanya korang kena scam lah tu.

Dia akan tunjuk macam macam benda termasuk lah coding, hacking system dan sebagainya. Sebenarnya benda tu semua game je. Jangan samakan hacker realiti dengan hacker dalam movie.

Hacking bukan kerja main-main

Hacking ni kerja yang susah dan kompleks. Jadi memang tak ada hacker yang betul-betul skilled yang akan offer servis di bawah RM100. Harga untuk hire hacker tu boleh range dari beratus sampai ke ribu, bergantung pada apa yang korang nak buat.

Photo by Max Bender on Unsplash

Kesimpulan

Jangan terpedaya dengan orang yang mengaku diri mereka sebagai hacker. Jangan terpedaya bila nampak ada hacker yang offer servis hacking kepada orang ramai. Jangan terpedaya bila ada orang yang PM korang dan ingin berikan khidmat hacking. Ingat, semua benda ni MAJORITI adalah scam.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Portal Hackers

Financial

Support