Group hacker yang digelar sebagai RipperSec buat serangan Cyber secara berterusan pada semua web Israel

4 min read

Siapa RipperSec ni?

RipperSec ni satu group hackers yang berasal dari Malaysia. Team RipperSec ni terdiri daripada hackers, programmer dan script kiddies yang sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin dalam melawan negara Israel.

Hampir setiap hari, team dari RipperSec ni selalu buat serangan keatas web Israel dengan menggunakan teknik DDoS (Distributed Denial of Service) bagi semua website yang berkaitan, benda ni ni termasuklah kerajaan, media, dan digital bisnes.

Kiranya serangan diorang ni bukan langgar kecik kecik punya site. Majoriti semua site yang besar.

DDoS ni adalah teknik serangan siber yang boleh menyebabkan performance website jadi drop dan error sepenuhnya.

Benda ni boleh berlaku disebabkan terdapat request palsu yang dihantar secara bertubi tubi pada server dan menyebabkan CPU dan RAM server menjadi MAX & user tak dapat lagi access pada website yang diserang.

RipperSec Malaysia - Logo
Credit to RipperSec

Apa motif RipperSec ni?

Tujuan dan motif utama RipperSec ni simple, iaitu untuk menunjukkan solidariti kepada rakyat Palestin yang telah diserang secara bertubi tubi dari negara Israel.

Majoriti Hackers dari Malaysia tidak bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh negara Israel dan dianggap telah melanggar hak asasi manusia dan hukum antarabangsa.

Hari hari, RipperSec akan buat serangan pada semua web yang berkaitan dengan negara Israel termasuklah negara negara luar yang memberikan sokongan kepada negara Israel.

Seluruh team RipperSec menganggap negara-negara ni sebagai musuh utama Rakyat Palestin dan musuh Rakyat Malaysia.

RipperSec Malaysia
DDoS by RipperSec
RipperSec Malaysia
Deface oleh RipperSec

Apa kesan serangan RipperSec ni?

RipperSec dah mulakan serangan DDoS ni lebih daripada 100 website yang berkaitan dengan Israel sejak konflik yang mula berlaku di Gaza pada Oktober 2023.

Hampir kesemua web media dari Israel terkena serangan DDoS dan juga dihack dengan memberikan amaran keras.

Kesan dari Serangan RipperSec ni boleh menyebabkan gangguan teknikal dan menyebabkan kerja kerja yang dijalankan sesebuah organisasi tu menjadi terganggu.

Majoriti website Israel ni ada yang tak boleh buka, ada yang jadi slow dan ada yang terus K.0.

RipperSec kerap melakukan provokasi dan ancaman pada website yang diorang dah hack. Serangan RipperSec menimbulkan kebimbangan dan kemarahan pada ramai pihak.

Hasil dari research yang dibuat, pengasas RipperSec Malaysia dipanggil dengan nama TrashDono, seorang developer yang menghasilkan tools yang diberi nama MegaMedusa.

Semua info yang ditulis 100% berdasarkan dari apa yang dikongsi dalam channel Telegram Rasmi RipperSec.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Portal Hackers

Financial