Boleh ke hacker hack whatsapp orang lain hanya melalui no telefon

Security WhatsApp

WhatsApp menggunakan ‘end-to-end encryption’.

Maksudnya, hanya korang dan orang yang korang sembang dengan dia sahaja yang boleh baca mesej tu. Takkan ada orang lain yang boleh tengok, termasuk WhatsApp sendiri. Ini apa yang telah disampaikan oleh pihak WhatsApp sendiri.

Free Stock photos by Vecteezy

Hack whatsApp melalui nombor telefon

Betul ke hacker boleh hack whatsapp korang hanya menggunakan nombor telefon? Siyes ah?

Short answer: Boleh. Tapi tak semudah yang disangka. Ramai scammer mengaku boleh tapi sebenarnya tak boleh pun.

Memang ramai scammer yang akan mengaku boleh hack WhatsApp orang lain. Lagi lagi yang ugut korang dengan hacking. Majoriti yang buat ugutan ni cuma cakap kosong je nak hack whatsapp korang, tapi sebenarnya tak boleh pun.

Apa yang hacker perlukan untuk hack WhatsApp

Nak hack whatsapp melalui no telefon ni memang boleh tapi tak semudah yang disangka sebab hacker mungkin perlukan lebih dari sekadar nombor telefon. Ada beberapa elemen yang mungkin diperlukan hacker untuk melakukan hacking.

IP Address

IP Address adalah alamat unik yang diberikan kepada setiap peranti yang terhubung ke Internet. Hacker mungkin akan mencuba menggunakan IP Address ini untuk mengakses maklumat korang.

WiFi yang korang guna

Hacker yang berpengalaman mungkin akan menyerang melalui WiFi yang korang guna. Dia akan connect pada Wifi yang sama dengan korang. Kalau korang connect pada public Wifi lagi lah tak selamat.

Telefon korang sendiri

Ya, korang, hacker akan perlukan akses ke telefon korang untuk menjalankan aktiviti hacking. Benda ni bukan sesuatu yang boleh dilakukan hanya dengan menggunakan nombor telefon korang je.

Code pengesahan

Hacker juga perlukan code pengesahan yang dihantar oleh WhatsApp so kalau takde code ni, dia akan jadi susah sikit.

Malware & Spyware

Ini adalah cara yang lebih realistik bagi seorang hacker ingin masuk kedalam devices korang. Dengan menghantar malware atau spyware ke alamat e-mel korang, hacker boleh copy “backup file” yang ada dalam whatsapp korang. Termasuk mesej mesej di WhatsApp in realtime.  Biasanya yang buat kerja ni, hacker level advanced je.

Email Address

Alamat e-mel korang mungkin menjadi salah satu cara bagi hacker untuk menghantar malware. Jadi, jangan buka atau muat turun apa-apa daripada e-mel yang nampak mencurigakan!

Free Stock photos by Vecteezy

Kesimpulan

Tiada sistem yang 100% selamat. Harap korang clear pasal ni.

Hacker boleh hack whatsapp hanya menggunakan no telefon tapi TAK MUDAH. Majoriti scammer je yang mengaku boleh. Lagi lagi yang offer servis hacking dengan harga yang murah. Sharekan artikel ni kalau korang rasa bermanfaat.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Related Article..

Portal Hackers

Financial