Shopee Affiliate: Media patut elakkan clickbait atau akaun korang di ban

Dalam dunia Affiliate yang banyak persaingan ni, program affiliate macam Shopee memang satu peluang emas untuk korang yang nak mencari side income dalam bisnes yang korang jalankan.

Side income yang korang boleh dapat dari Shopee Affiliate ni pula bukan biasa biasa, sebab income yang korang boleh cecah sehingga puluh ribu kalau korang tahu buat dengan betul.

Tapi, bila ada yang main cara kotor dengan menggunakan clickbait, benda ni bukan saja menipu user, tapi juga menghancurkan peluang orang lain yang jujur dalam bidang Shopee Affiliate.

Apa itu Clickbait?

Clickbait ni adalah satu info yang membuatkan user tertarik dan ingin click pada link yang korang bagi. Tapi malangnya, link yang korang bagi tu tak sama dengan info yang korang sampaikan.

Info yang korang sampaikan adalah tentang isu semasa, contohnya macam kes curang, kes penipuan dan banyak lagi. Tapi link yang korang bagi pulak adalah link affiliate dari Shopee. Bila user click, user akan dibawa kepada platform Shopee dan menyebabkan user jadi kecewa kerana tiada info yang dicari dalam tu.

Ini akan membuatkan ramai user membenci kepada affiliate Shopee sekali gus memberi kesan kepada mereka yang menjalankan bisnes secara jujur.

Kenapa clickbait ni jadi masalah besar?

Clickbait ni ibarat racun dalam bidang Affiliate ni. Bukan saja menyesatkan user, tapi juga membuatkan orang lain hilang respect pada brand yang korang bawa.

Benda macam ni sebenarnya bukan buat korang kecewa je, tapi membuatkan korang rasa macam dah tak nak lagi click link dari media ni lagi. Benda ni sebenarnya akan menjejaskan reputasi or brand korang sendiri.

Shopee serius bab clickbait ni

Ini yang ramai tak tahu.

Shopee ni adalah company besar dan bukannya company tepi jalan dan pihak Shopee tak main-main dengan benda ni. Shopee nak pastikan pengalaman shopping online tu best untuk semua orang.

Jadi, kalau ada diantara korang yang suka gunakan clickbait, Shopee akan ban akaun korang.

Dah ramai owner bisnes kena kena ban. Bila akaun dah kena ban, tempat yang diorang akan lepak adalah di group community Shopee Affiliate di Facebook. Korang boleh rujuk di Portal Shopee sendiri.

Masa tu la baru nak tanya macam macam, kenapa kena ban lah, kenapa macam ni lah dan itu ini lah. Nak restore macam mana pulak, masa ni dah terlambat dah kawan.

Shopee pun nak jaga nama baik diorang juga. Shopee nak pastikan yang affiliate marketer dia tu represent brand dengan cara yang betul dan jujur. Bukan guna clickbait. Buat orang menyambah.

Macam mana nak stay safe dan tak kena ban?

Cara paling mudah, jujur je dengan apa yang korang share.

Kalau buat sharing kat page, pastikan sharing tu related dengan link yang korang nak share. Kalau link tu pasal produk Shopee, cakap je straight.

Orang sekarang ni dah pandai, diorang tau bezakan mana satu ikhlas, mana satu nak tipu. Plus, kalau korang jujur, user akan lebih hargai dan peluang untuk user click tu tinggi.

User dah mula bosan, clickbait merata-rata

Sekarang ni, user dah makin bosan lagi lagi kat dalam Facebook. Ramai dah mula bosan dengan clickbait yang ada di merata-rata tempat. Bila click asyik kena tipu, user jadi malas nak click dan benda ni akan hancurkan peluang orang lain untuk dapatkan income.

Kesudahannya benda ni bagi kesan pada semua affiliate marketer.

Semua ni jadi sebab terlalu banyak kes clickbait yang dah berlaku sampai user sendiri dah mula jadi was-was dengan media news.

Jangan biar clickbait hancurkan peluang yang ada

So lepas ni korang kena ingat, setiap kali korang guna clickbait, korang sebenarnya tengah hancurkan peluang korang sendiri untuk jangka masa yang panjang.

Maybe sekarang korang masyuk, tapi benda tu tak lama. Shopee sedang memerhati. Jadi, tolong buang jauh-jauh tabiat clickbait ni dan tunjuk yang korang ni media yang boleh dipercayai.

Harap dengan artikel ni, korang dapat banyak info berkaitan Shopee Affiliate dan jadi affiliate marketer yang lebih bertanggungjawab. Korang boleh ubah persepsi orang tentang affiliate marketing.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Portal Hackers

Financial

Support