Apa akan jadi kalau tak bayar Spaylater?

Apa itu Spaylater Shopee?

Spaylater Shopee adalah satu kemudahan pembayaran yang membolehkan korang beli sekarang dan bayar kemudian. Tapi, apa yang akan jadi kalau korang tak bayar? Jom kita baca sama-sama!

Akaun Shopee korang kena suspend

Kalau korang tak bayar, yang pertama akan berlaku adalah akaun Shopee korang akan dilocked. Korang tak boleh beli apa-apa lagi melalui akaun tu. Betul-betul kena jaga ni! Kalau dah kena memang susah nak open melainkan korang settlekan pembayaran.

Shopee akan call untuk ingatkan pembayaran

Shopee tak main-main! Kalau korang lupa atau sengaja tak bayar, Shopee akan call untuk ingatkan korang tentang pembayaran yang tertunggak. Jadi, jangan abaikan panggilan dari Shopee.

Shopee akan hire Debt Collector

Tak nak angkat call dari Shopee? Tak nak bayar juga?

Nama korang masuk CTOS, kena blacklist

Ini bahagian yang paling korang tak nak alami. Kalau korang masih tak bayar juga, nama korang akan masuk dalam senarai CTOS dan korang akan kena blacklist. 

Ini bermakna korang akan menghadapi masalah untuk buat pinjaman atau apa-apa transaksi kewangan di masa depan. Benda ni termasuk lah nak apply apa sahaja servis macam wifi, telco bahkan nak sewa rumah baru. Baca disini untuk lebih jelas!

Tak boleh lagi guna Shopee

Last but not least, korang tak boleh lagi guna Shopee. Ini bermakna korang akan terlepas peluang untuk dapatkan promosi dan diskaun menarik yang selalu ada di Shopee. Buat akaun baru pun mungkin tak guna, sebab korang akan gunakan alamat yang sama, dah confirm confirm Shopee boleh detect. Haha.

Kesimpulan

Kalau tak, korang akan hadapi semua masalah yang kita dah bincangkan tadi. Ingat, tanggungjawab kewangan adalah penting dalam kehidupan kita. Shopee dah bagi peluang, bagi pinjaman, tolong hargai. Jaga elok elok. Jangan main-main dengan hutang.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Portal Hackers

Financial

Support