Apa itu Digital ID?

Ia menggunakan data biometrik macam cap jari, pengecaman wajah, iris dan maklumat demografik macam nama dan lain-lain. Cuma kat Malaysia ni katanya lebih kepada app & cap jari je. Cuma wajah & iris tu tak ada lah.

Benda ni merujuk kepada sumber yang sahih, iaitu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Ia bukan nombor MyKad, tapi kombinasi nombor secara random yang di linkkan dengan nombor MyKad. Ia hanya ada satu untuk setiap individu dan akan kekal seumur hidup.

Apa kelebihan Digital ID?

Digital ID ada banyak kelebihan, antaranya:

  • Memudahkan korang berurusan secara online dengan penyedia perkhidmatan yang terlibat, macam kerajaan, bank, telco, e-commerce dan lain-lain. Korang tak perlu lagi bawa MyKad atau dokumen lain untuk buat transaksi. Cukup guna app Digital ID je.
  • Meningkatkan tahap keselamatan dan kebolehpercayaan identiti korang. Digital ID guna teknologi blockchain yang secure dan transparent. Tak ada pihak ketiga yang boleh ubah atau akses data korang tanpa kebenaran korang.
  • Memberi korang lebih banyak kawalan dan pilihan atas data korang. Korang boleh pilih nak share data apa dengan siapa, bila dan untuk apa. Korang juga boleh tukar atau batalkan kebenaran korang bila-bila masa.

Tahap security selamat ke tak?

Setiap transaksi ni akan disahkan oleh semua komputer yang terlibat dalam rangkaian tu, dan tak boleh diubah atau dipadam oleh sesiapa pun. Jadi, data korang akan selamat dari serangan siber atau penipuan.

Kalau korang tak berhati-hati dengan siapa korang share data korang, korang mungkin akan terdedah kepada penggodaman, pencurian identiti, atau penyalahgunaan data. 

Kalau korang tak faham betul-betul apa yang korang setuju bila korang guna Digital ID, korang mungkin akan terlepas pandang hak dan tanggungjawab korang sebagai pengguna.

Privacy macam mana?

Korang juga boleh tukar atau batalkan kebenaran korang bila-bila masa. Data korang akan dienkripsi dan hanya dikongsi dengan penyedia perkhidmatan yang terlibat, dengan kebenaran korang. 

Tapi, privacy korang juga bergantung pada polisi dan amalan penyedia perkhidmatan yang korang guna. Korang kena pastikan korang baca dan faham syarat dan terma, dasar privasi, dan notis kebenaran yang korang terima bila korang guna Digital ID. 

Korang kena tahu apa yang korang setuju, apa yang korang boleh tolak, dan apa yang korang boleh buat kalau korang tak puas hati dengan cara data korang dikendalikan.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Portal Hackers

Financial

Support