Apa itu ASNB?

ASNB, atau Amanah Saham Nasional Berhad, adalah satu syarikat yang manage unit amanah di bawah Permodalan Nasional Berhad (PNB). Tujuan ASNB adalah untuk bagi rakyat Malaysia peluang untuk invest duit dengan cara yang lebih mudah dan selamat. Diorang ada banyak fund yang korang boleh pilih based on keperluan pelaburan korang. ASNB ni macam satu platform yang jaga duit pelaburan korang supaya korang tak perlu risau nak urus sendiri. Semua pelaburan dikendalikan oleh pakar yang memang tahu selok-belok pasaran saham.

ASNB selamat ke? - Ini yang korang perlu tahu
Credit to ASNB

Kenapa korang perlu tahu ASNB?

Korang perlu tahu pasal ASNB sebab ia boleh jadi satu cara yang smart untuk korang growkan duit korang secara over time. Dengan ASNB, korang boleh diversify pelaburan korang, yang mana bagus untuk kurangkan risiko.

Kalau korang simpan duit kat satu tempat je, risiko dia tinggi kalau tempat tu rugi. Tapi dengan ASNB, korang boleh invest kat pelbagai fund. Lagi satu, ASNB ada pilihan fund yang sesuai untuk semua tahap risiko. Kalau korang jenis yang tak nak ambil risiko, boleh pilih fixed price funds yang lebih stabil. Kalau korang jenis yang okay dengan risiko tinggi untuk potential pulangan yang lebih besar, boleh pilih variable price funds.

Macam mana nak melabur dalam ASNB?

Melabur dengan ASNB sangatlah mudah, especially dengan adanya platform myASNB. Korang cuma perlu daftar akaun dekat website rasmi atau apps myASNB. Masa nak daftar tu, korang kena masukkan maklumat asas macam nama, nombor IC dan butiran bank. Dah settle daftar, korang boleh pilih fund yang korang nak invest. Platform myASNB ni user-friendly gila, so korang tak payah risau kalau tak biasa guna apps. Semua info dan langkah-langkah untuk melabur ada kat situ. Korang cuma perlu pilih fund, masukkan jumlah duit yang nak invest, dan sahkan transaksi. Mudah kan?

Jenis fund ASNB

ASNB tawarkan banyak jenis fund, antaranya:

  • Fixed price funds: Fund ni harga unit tetap, so lebih stabil dan sesuai untuk pelabur yang tak nak ambil risiko tinggi. Contoh paling famous, Amanah Saham Bumiputera (ASB).
  • Variable price funds: Harga unit berubah ikut prestasi pasaran. Fund ni untuk pelabur yang sanggup ambil risiko untuk potential pulangan yang lebih tinggi. Contohnya ASN Equity 3.

Setiap fund ni ada objektif pelaburan yang berbeza. Ada yang fokus pada pertumbuhan modal jangka panjang, dan ada yang bagi keutamaan pada pendapatan tetap. So, korang boleh pilih mana yang sesuai dengan objektif pelaburan korang.

Kelebihan bila melabur dalam ASNB

  • Kemudahan: Korang boleh melabur secara online je melalui app myASNB, tak payah keluar rumah pun.
  • Diversifikasi: Dengan pelbagai pilihan fund, korang boleh diversify pelaburan untuk kurangkan risiko.
  • Pengurusan profesional: Fund ASNB diurus oleh pakar pelaburan yang berpengalaman, so korang memang tak payah risau.
  • Kadar dividen stabil: Banyak fund ASNB ada rekod bagi dividen yang stabil, so korang boleh dapat pulangan konsisten setiap tahun.

Cara daftar myASNB

Untuk mula melabur dengan ASNB, korang perlu daftar akaun myASNB. Proses ni senang je:

  1. Pergi ke website ASNB atau download apps myASNB.
  2. Klik ‘Daftar Akaun’ dan masukkan maklumat peribadi macam nama, nombor IC dan butiran bank.
  3. Buat username dan password.
  4. Sahkan akaun melalui e-mel atau SMS.
  5. Bila akaun aktif, korang boleh explore pilihan fund dan buat pelaburan pertama.
  6. Ikut je arahan seterusnya dalam App

Cara nak keluarkan duit

Korang mungkin nak keluarkan duit dari pelaburan yang korang nak buat. ASNB buat proses ni mudah:

  1. Log in ke akaun myASNB korang.
  2. Pilih fund yang korang nak keluarkan duit.
  3. Masukkan jumlah yang korang nak keluarkan.
  4. Sahkan transaksi dan duit akan dipindahkan ke akaun bank korang dalam beberapa hari bekerja. Simple

Sistem keselamatan ASNB

Keselamatan dan data pengguna adalah priority ASNB. Diorang guna macam macam teknologi keselamatan macam:

  • Pengesahan multi-faktor (MFA): Setiap kali korang log in atau buat transaksi, perlu sahkan identiti melalui kod TAC yang dihantar ke telefon korang.
  • Encryption: Semua data yang dihantar antara korang dan server ASNB dienkripsi untuk protect maklumat peribadi korang.
  • Pemantauan berterusan: Aktiviti akaun dipantau secara berterusan untuk detect sebarang aktiviti mencurigakan.

Support dari ASNB

Kalau korang ada soalan atau perlukan bantuan, ASNB ada customer service yang boleh dihubungi melalui:

  • Telefon: Korang boleh call DIRECT melalui hotline ASNB untuk pertanyaan segera.
  • E-mel: Korang boleh hantar email ke khidmat pelanggan ASNB dan diorang akan respond dalam masa beberapa hari bekerja.
  • Live chat: Gunakan live chat kat website atau apps myASNB untuk pertolongan segera.

Namun, berjaga jaga dengan scammer (Penting)

ASNB memang dijamin trusted, tapi korang kena hati hati sebab scammer pun gunakan nama ASNB ni untuk korang melabur dengan diorang. So jangan korang keliru pulak dekat situ.

Diorang akan cuba pelbagai cara dan akan menampakkan diri seperti wakil ASNB yang sah. Jadi, sangat penting untuk korang sentiasa berwaspada dan peka dengan taktik yang digunakan oleh scammer ni. Jom tengok macam mana korang boleh elak daripada terkena scam ASNB ni.

ASNB selamat ke? - Ini yang korang perlu tahu
Credit to ASNB

Modus operandi scammer

Scammer ni biasanya akan menyamar jadi wakil rasmi ASNB dan akan gunakan platform media sosial macam Telegram, WhatsApp, dan pelbagai media sosial lain untuk pancing korang untuk melabur. Diorang akan guna pelbagai cara untuk nampak legit, termasuk guna gambar profil yang kelihatan profesional dan ayat-ayat yang meyakinkan. Korang mungkin akan terima mesej yang nampak macam betul dari “wakil ASNB” yang kononnya nak bantu korang dengan pelaburan.

Taktik dan teknik yang biasa digunakan

Personal Message: Scammer akan hantar mesej peribadi melalui Telegram, WhatsApp, atau media sosial lain, memperkenalkan diri sebagai wakil ASNB. Mesej tu mungkin berbunyi sangat meyakinkan dan penuh dengan jargon pelaburan untuk nampak professional.

Offer peluang pelaburan: Scammer akan tawarkan “peluang pelaburan” yang nampak sangat menarik dengan janji pulangan yang tinggi dalam masa yang singkat. Diorang akan cuba buat korang rasa teruja untuk melabur dengan segera sebelum “tawaran” tu tamat.

Minta maklumat peribadi: Scammer akan minta maklumat peribadi seperti nombor akaun bank, nombor kad pengenalan, dan kata laluan. Jangan sekali-kali kongsi maklumat peribadi atau maklumat akaun dengan sesiapa melalui platform-platform ni.

Guna website palsu: Kadang-kadang scammer akan buat website yang nampak serupa macam website rasmi ASNB. Website ni mungkin nampak sangat meyakinkan, so korang kena selalu check URL dan pastikan website tu adalah website rasmi ASNB.

Tips untuk elak kena scam

Jangan percaya dengan mudah: Kalau korang terima mesej dari “wakil ASNB” yang korang tak kenal, abaikan je. Jangan mudah percaya dengan tawaran pelaburan yang nampak terlalu bagus untuk jadi kenyataan.

Gunakan hanya platform rasmi: ASNB tak guna agent untuk urusan pelaburan. Semua urusan pelaburan hanya melalui apps rasmi myASNB atau website ASNB. Jangan pernah melabur melalui Telegram, WhatsApp, atau melalui agent yang tak sah. Semua tu tipu!

Semak dan sahkan: Kalau korang ragu-ragu, hubungi ASNB secara terus untuk pengesahan. Jangan bagi maklumat peribadi atau buat transaksi tanpa pastikan kesahihan pihak yang berurusan dengan korang.

Report aktiviti mencurigakan: Kalau korang jumpa atau rasa korang jadi mangsa scam, segera laporkan kepada pihak berkuasa dan ASNB. Mereka boleh bantu untuk lindungi pelabur lain dari jatuh dalam perangkap yang sama.

ASNB sediakan security yang terbaik

ASNB sentiasa mengambil langkah-langkah untuk melindungi pelabur dari scammer. Ini termasuklah pengesahan multi-faktor (MFA) setiap kali korang log in atau buat transaksi. Data korang juga dienkripsi untuk protect maklumat peribadi korang.

Segala aktiviti akaun korang akan dipantau secara berterusan untuk detect sebarang aktiviti yang mencurigakan. Macam mana pun sebagai pelabur, korang pun kena mainkan peranan untuk sentiasa berwaspada dan elakkan terjerat dengan tipu muslihat scammer.

Jadi, penting sangat untuk korang sentiasa berhati-hati dan gunakan platform rasmi ASNB untuk urusan pelaburan. Jangan terpedaya dengan tawaran-tawaran menarik yang datang dari sumber yang tak sah. Kalau korang rasa artikel ni bermanfaat, sharekan pada orang lain. Simple.