Bahaya AI yang ramai tak tahu

AI atau artificial intelligence ni satu teknologi yang boleh tiru kecerdasan manusia untuk buat bermacam-macam kerja yang manusia biasa buat.

AI ni memang best dan berguna untuk semua orang, tapi AI ni ada bahayanya jugak yang maybe korang tak sedar.

Apa bahayanya? Meh sini aku cerita.

Scammer boleh create gambar AI yang hampir sama dengan diri korang

Bahaya AI yang paling scary ni adalah scammer boleh create gambar AI yang hampir sama dengan diri korang. How?

Dengan menggunakan teknologi AI dan gambar korang yang sedia ada dalam media sosial, scammer boleh generate gambar muka korang yang sangat realistic dan unique.

Majoriti takkan dapat bezakan. Hanya segelintir saja yang perasan itu gambar AI.

Gambar ni bukan di edit dalam photoshop atau copy dari google semata mata, tapi scammer gunakan gambar korang yang sedia ada untuk Ai copy muka korang dan create 1 gambar yang realistic dari zero.

Scammer boleh pilih features muka yang diorang nak, macam colour mata, rambut, kulit, shape hidung, dan macam-macam lagi. Semua benda scammer boleh ubah.

Gambar ni yang digenerate ni confirm nampak sama dengan diri korang, sampai korang sendiri pun susah nak bezakan.

Scammer boleh gunakan gambar korang untuk tipu orang lain. For example, scammer boleh create fake profile di media sosial dengan gambar AI yang mirip dengan muka korang. Lepas tu, scammer boleh add friends korang dan semua orang orang yang kenal dengan korang.

Scammer boleh pretend jadi diri korang dan minta money, personal info, atau apa-apa yang boleh dijadikan untung.

Friends korang maybe tak perasan yang gambar tu bukan korang sebenarnya, sebab gambar tu sangat real dan mirip dengan muka korang.

Gambar yang ada pun gambar baru, belum post lagi sebelum ni. So memang akan nampak menyakinkan. Kalau korang tak alert, korang boleh menjadi mangsa kepada scammer yang menggunakan gambar AI ni.

Photo by Mojahid Mottakin on Unsplash

AI boleh buat video yang sangat real hanya dengan prompt je

Kalau gambar AI dah boleh buat korang terkejut, apatah lagi video AI kan. Yes, now memang dah ada teknologi AI yang boleh createkan video yang sangat sangat real dengan hanya menggunakan prompt.

Prompt tu macam instruction atau keyword yang korang bagi kat AI.

For example, korang boleh bagi prompt macam “buatkan video orang bermain guitar sambil nyanyi lagu raya”. AI akan buat video tu dengan generate orang, guitar, background, dan macam-macam lagi.

Video tu akan nampak macam video betul, korang sendiri susah nak cakap yang video tu sebenarnya generated by AI.

Teknologi terbaru adalah Sora AI. AI ni dibuat oleh OpenAI.

OpenAI ni satu organisation yang dah lama buat research pasal AI. SORA AI yang dikeluarkan ni pulak sangat advanced dan powerful, sebab boleh buat video realistic dengan hanya menggunakan prompt sahaja.

Memang best, dan memang mudah untuk semua orang buat video, tapi, SORA AI ni sangatlah bahaya, sebab ianya boleh disalahgunakan oleh scammer.

Scammer pulak boleh gunakan SORA AI ni untuk buatkan video fake yang melibatkan diri korang atau orang lain.

For example, scammer boleh buatkan video korang bercakap atau buat something yang korang tak pernah pun buat. Untuk masa sekarang, Sora AI memang tak boleh generate suara, tapi coming soon feature ni akan ada juga.

Scammer boleh gunakan video ni untuk blackmail, fitnah, atau tipu orang lain tapi menggunakan identiti korang. Video ni boleh rosakkan reputation, maruah, atau relationship korang dengan orang lain.

Walaupun Sora AI ni ada rules tersendiri dari OpenAi, company lain akan buat platform yang sama dengan rules yang lebih longgar.

Video ni juga boleh menjadi fake evidence yang akan menyebabkan korang dituduh atau didakwa dengan something yang korang tak pernah buat.

Ingat, sekarang ni AI semakin advanced. Kita bukan hidup dalam movie tapi realiti.

AI boleh tiru suara korang yang scammer boleh gunakan untuk tipu korang

Bahaya AI yang seterusnya ni adalah AI boleh tiru suara korang yang mana scammer boleh gunakan untuk tipu korang. How?

Dengan menggunakan AI, scammer boleh generate suara yang sama dengan suara korang. Yes, platform AI yang tiru suara ni dah memang ada.

Suara ni bukan di record atau editing dari suara korang, tapi di create kan dari zero.

Scammer boleh pilih tone, pitch, accent, atau emotion suara yang diorang nak. Suara ni boleh jadi sama dengan suara korang, sampai korang sendiri pun susah nak bezakan bila korang dengar suara AI tu.

Scammer boleh gunakan suara AI ni untuk tipu orang lain. For example, scammer boleh call orang lain dengan suara korang sendiri. Diorang boleh minta pinjam, minta gambar bogel pada pasangan or minta duit tebusan dari keluarga korang sendiri.

Bahaya ke tak bahaya?

Of course orang akan percaya sebab ramai ingat itu memang diri korang sebab diorang kenal dengan suara korang walaupun pada hakikatnya bukan korang.

Scammer juga boleh guna suara AI ni untuk tipu korang dengan cara yang lebih jahat. For example, scammer boleh call korang dengan suara anak.

Scammer boleh pretend untuk jadi anak korang dan minta tolong, cakap yang dia kena culik, atau apa-apa yang boleh buat korang panik.

Bila korang dah panik, masa tu korang sanggup buat apa apa sahaja untuk anak korang. Then korang akan keluarkan duit sampai berpuluh ribu hanya kerana suara anak korang yang sebenarnya tak wujud.

Korang maybe takkan perasan yang suara tu bukan suara anak korang yang sebenarnya, sebab suara tu sangat real dan sama sangat dengan suara anak korang.

Kalau korang tak alert, korang boleh jadi mangsa scammer yang guna suara AI ni.

Photo by Andrea De Santis on Unsplash

AI boleh buat korang kehilangan kerja sikit demi sikit

Bahaya AI yang last ni adalah AI boleh buat korang kehilangan kerja sikit demi sikit. How?

Dengan menggunakan AI, banyak kerja yang boleh di automate atau di simplify kan. AI boleh buatkan kerja yang repetitive, routine, atau boring dengan lebih cepat, tepat, dan murah.

AI boleh buat kerja yang complex macam coding, creative macam design logo, dan bermacam macam lagi. AI juga boleh buat kerja yang korang biasa buat, dan maybe AI ni boleh buat lagi baik dari korang sendiri.

Then banyak company akan lebih prefer menggunakan AI dari diri korang sendiri. So bila benda ni berlaku, demand untuk pekerja manusia akan semakin berkurangan.

Korang akan jadi unemployed, Korang akan jadi poor, desperate, dan hopeless. Semuanya AI dan khidmat manusia tak diperlukan lagi pada akhirnya.

Conclusion

AI memang satu teknologi yang awesome dan useful, tapi AI juga ada bahayanya yang ramai tak tahu.

Tapi ingat, Ai boleh disalah gunakan. Bila benda ni berlaku, ramai yang akan alami kerugian yang besar. Tambahan pula, banyak syarikat yang akan gunakan Ai melebihi dari manusia tu sendiri.

Demand akan semakin kurang dan kurang sampai pada akhirnya, everything is AI. Sharekan artikel ni kalau korang rasa artikel ni bermanfaat.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Related Article..

Portal Hackers

Financial

Support