Bahaya simpan personal information dalam Telegram

Korang mesti dah biasa guna Telegram untuk bermacam macam benda kan, dari sembang dengan member sampai lah ke hal kerja.

App ni memang power sebab cepat dan senang nak guna, lagi pun Telegram ni lagi banyak feature dari WhatsApp, sebab tu la ramai orang Malaysia gunakan Telegram. Lagi lagi untuk bisnes.

Cuma bab Telegram ni ada satu je isu besar yang korang semua kena ambil tahu iaitu risiko jika korang simpan maklumat peribadi dalam Telegram.

Apa jadi bila Telegram korang kena hack?

First thing first, Telegram ni guna teknologi cloud untuk simpan mesej.

Ini bermakna, bila korang hantar apa-apa je, dari text sampai gambar, semua tu akan disimpan secara online. Bayangkan kalau satu hari, account Telegram korang kena hack.

Hacker tu bukan setakat boleh baca mesej korang je, tapi gambar-gambar private dan info sensitif pun boleh diorang baca. Benda ni dah banyak kali jadi.

Terlalu ramai yang report dan minta bantuan dari Hackers Malaysia. Ada kes tu, orang kena ugut sebab gambar private dia jadi mangsa. Seram ke tak seram?

Photo by Oberon Copeland @veryinformed.com on Unsplash

Risiko simpan password dan info sensitif

Ramai yang guna Telegram untuk simpan ber macam-macam benda, termasuklah password bank dan benda-benda yang sensitif.

Benda ni memang bahaya sebab kalau hacker dapat access, bukan setakat privacy korang je terancam, tapi duit dalam bank korang pun boleh lesap.

Telegram ada end-to-end encryption, tapi…

Okey, mungkin korang akan cakap yang Telegram ni ada end to end encryption sebab memang betul Telegram sendiri ada ciri keselamatan end-to-end encryption tu, tapi ni bukan setting default dia.

Secara default, mesej korang akan disimpan dalam cloud dan boleh diakses dari devices lain. Kalau korang nak mesej menggunakan end to end encryption, korang kena aktifkan ‘secret chat’.

Baru la mesej korang tu jadi encrypted, maksudnya hanya sender dan receiver je yang boleh baca mesej tu. Mesej tu takkan disimpan dalam cloud.

Tapi, ingat, benda ni kena buat secara manual, bukan automatik macam WhatsApp.

Cara bijak gunakan Telegram

Bila korang dah tahu risiko yang ada pada Telegram ni, next step adalah pastikan korang guna Telegram dengan cara yang lebih bijak dan selamat.

Jangan masukkan lagi personal information dalam Telegram. Apatah lagi benda benda yang sensitif macam gambar. Gunakan platform lain untuk lebih selamat.

Gunakan secret chat untuk mesej sensitif

Telegram memang ada feature yang namanya secret chat.

Secret chat ni special sebab dia guna end-to-end encryption, yang bermaksud hanya korang dengan penerima je yang boleh baca apa yang korang hantar.

Kalau korang nak hantar benda sensitif, better guna secret chat. Lagipun, mesej dalam secret chat ni akan automatically hilang lepas korang setkan certain time, so akan jadi lebih secure.

Atau, korang guna WhatsApp

Kalau rasa nak lagi selamat, guna WhatsApp untuk mesej private atau sensitif. WhatsApp ni memang dah automatik guna end-to-end encryption untuk semua chat, secara default.

Jadi, dari segi privacy, WhatsApp mungkin lebih menjamin berbanding Telegram yang perlukan korang untuk manually pilih secret chat.

Photo by Lana Codes on Unsplash

Pastikan korang check dan delete mesej sensitif

Selalu semak balik chat korang, dan kalau ada apa-apa info sensitif yang korang rasa tak sepatutnya kekal dalam chat history, baik delete je terus.

Ingat, lebih baik korang clean awal awal dari menyesal dikemudian hari. Ramai dah kena. Kalau Telegram korang jatuh ke tangan orang lain, jadi tak tenang terus hidup korang.

Aktifkan two-step verification

Satu lagi langkah penting untuk korang tingkatkan security account Telegram korang adalah dengan mengaktifkan two-step verification.

Benda ni akan tambah satu layer security dengan memerlukan code tambahan bila korang nak log in dari device baru.

Langkah ni membantu mengelakkan orang lain untuk mudah masuk ke dalam account Telegram korang tanpa kebenaran. Ingat, dalam dunia yang semakin digital ni, security dan data tu dah jadi benda yang sangat penting.

Jadi, tolong ambil langkah precaution, untuk pastikan data dan privacy korang selamat.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Portal Hackers

Financial

Support