Cara protect akaun Telegram - Penting!

Mesti korang terfikir macam mana agaknya hacker boleh hack akaun Telegram korang kan? Sebab tu korang ada kat sini!

Dalam dunia digital yang serba canggih ni, penting betul untuk korang jaga keselamatan maklumat peribadi. Jom tengok macam mana korang boleh protect akaun Telegram dengan lebih mendalam.

Gunakan kata laluan yang kuat

Aktifkan pengesahan dua langkah (2FA)

Telegram menawarkan ciri pengesahan dua langkah, yang menambah tahap keselamatan tambahan.

Dengan 2FA, walaupun seseorang tahu kata laluan korang, mereka masih perlukan kod yang dihantar ke telefon korang untuk masuk. Ini mengurangkan risiko akses tidak sah.

Berhati-hati dengan mesej yang ada link mencurigakan

Bahaya!

Gunakan aplikasi Telegram sahaja

Pastikan korang hanya muat turun dan gunakan aplikasi Telegram yang sah dari apps store yang trusted seperti Google Play Store atau Apple App Store.

Elakkan menggunakan versi ‘modded’ yang tidak rasmi. Risiko kena malware beb. Kalau dah kena baru nak menangis.

Jaga privasi dalam settings group dan chat

Telegram membolehkan korang untuk control siapa yang boleh melihat nombor telefon korang dan siapa yang boleh menambah korang ke dalam group.

Pastikan korang check settings privasi ini untuk mengelakkan orang yang tak diingini menambah korang ke dalam group atau melihat maklumat peribadi korang.

Berhati-hati dengan akses devices

Kalau korang log masuk Telegram pada devices yang lain, pastikan korang log keluar selepas selesai menggunakannya.

Jangan biarkan akaun Telegram korang terbuka pada devices yang boleh diakses oleh orang lain. Contoh korang bukak kat cc ke, bukak kat hp orang lain ke.

Update Telegram

Gunakan ‘Secret Chat’ untuk end to end mesej

Tetapkan time untuk gambar

Aktifkan auto-delete untuk mesej

Ciri auto-delete membolehkan korang tetapkan timer bila mesej dalam akaun Telegram korang patut dipadam​​. Bila dah padam, tak ada sesiapa pun boleh trace!

Sembunyikan alamat IP korang

Untuk elakkan data lokasi korang jatuh ke tangan yang salah, gunakan ciri ‘sembunyikan alamat IP saya’ dalam Telegram​​.

Dengan mengikuti langkah-langkah tambahan ini, korang boleh tambah baik keselamatan akaun Telegram korang. Ingat, keselamatan dalam talian adalah tanggungjawab kita semua.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Subscribe Web Hackers

Isi form, confirmkan email korang & korang confirm jadi subscriber kami. 

Related Article..

Hacking

Apa perlu buat kalau gmail kena hack

Gmail kena hack? Mesti mengelabahkan? Sebab benda penting kot, mungkin banyak data korang dalam email tu. So baca artikel ni sampai habis.