Beza download app Telegram dari Playstore dan direct dengan website Official

7 min read

Telegram ialah app communication yang best di Malaysia sebab ada macam macam feature yang ditawarkan, dan ramai yang gunakan Telegram ni untuk business dan mendapatkan info.

Bab Telegram ni tak perlu diterangkan lagi sebab semua orang dah tahu. Persoalan kat sini ada dua jenis app Telegram yang ramai tak tahu. Satu download secara direct dari website Telegram. Kedua download dari Google PlayStore.

Macam mana nak download Telegram?

Ada dua cara utama untuk download Telegram: dari Playstore atau pun direct dari website official Telegram.

Playstore ialah adalah store aplikasi rasmi untuk pengguna Android, manakala website official Telegram ialah https://telegram.org/.

Kedua-dua cara ni korang boleh dapatkan versi latest dari Telegram, tapi ada beberapa perbezaan yang korang kena tahu pasal app ni.

Perbezaan Playstore dan Website official Telegram

Fewer restrictions

Salah satu perbezaan yang paling obvious ialah fewer restrictions. Ini adalah apa yang disampaikan oleh pihak Telegram sendiri.

Apa maksudnya?

Maksudnya, Telegram yang korang download dari website official tak terikat dengan polisi dan syarat yang ditetapkan dari Google, yang mana Google ni ada block beberapa ciri atau content yang ada dalam app Telegram tu sendiri.

Dalam bab fewer restrictions, Telegram tak menjelaskan secara details.

Tapi ada sebahagian user yang percaya content yang disekat oleh Google adalah content yang berkaitan dengan peperangan, macam apa yang berlaku di (Israaaaael).

Manakala Telegram yang korang download secara direct dari website akan ada lebih banyak content dari Telegram yang korang download dari Google Play Store.

Credit to Android Authority Official – Antara channel yang tiada dalam Telegram yang korang download dari Google PlayStore.

Pembelian Telegram Premium

Perbezaan lain yang korang mungkin akan perasan ialah harga Telegram Premium.

Telegram Premium ialah pakej langganan yang bagi korang akses kepada ciri-ciri tambahan Telegram, macam theme, stiker, dan emoji eksklusif, cloud storage yang lebih besar, dan support yang lebih cepat.

Telegram Premium boleh dibeli melalui aplikasi Telegram sendiri, tapi harga dan cara pembayaran mungkin berbeza mengikut sumber app yang korang download.

Jika korang download Telegram dari Playstore, korang kena bayar melalui Google Play Billing, yang mungkin kenakan akan kenakan caj tambahan.

Jika korang download Telegram dari website official, korang boleh bayar melalui kad kredit dan Paypal, yang mungkin harganya lebih murah.

Hasil tinjauan, harga Telegram premium adalah RM13 sebulan dan RM99.99 setahun untuk khusus untuk Telegram yang korang download secara direct dari website. Ini bermaksud harga dari Telegram sebenarnya lebih murah dari Google Play Store.

Adakah Telegram APK selamat

Jawapannya adalah selamat selama korang hanya download app Telegram ni dari website rasmi. Bukan dari website selain dari Telegram.

Telegram yang korang download dari Playstore ialah APK yang telah disahkan oleh Google, yang bermaksud ia telah diperiksa dan diluluskan oleh Google.

Telegram yang korang download dari website official ialah APK yang tidak disahkan oleh Google, yang bermaksud ia tidak melalui proses pemeriksaan Google.

Tapi ini bukan bermaksud Telegram dari website official tak selamat, sebab Telegram ini adalah company yang besar dan memang trust untuk semua orang.

Tetapi, korang kena lebih berhati-hati bila download APK dari sumber luar, sebab ada risiko APK tu ada virus atau malware yang boleh rosakkan devices korang.

Jadi, pastikan korang download APK hanya dari website yang trusted, dan scan APK tu dengan antivirus sebelum korang nak install.

Tapi kalau Telegram, korang download je terus dari website rasmi. Cara install pun mudah.

Photo by William Hook on Unsplash

Kesimpulan

Telegram ni satu app yang famous di Malaysia dan negara luar. So tak perlu ragu pun kalau nak download direct dari website rasmi Telegram.

Kalau korang download dari Playstore, korang mungkin ada beberapa sekatan atau caj tambahan bila korang nak beli Telegram Premium. Kalau korang download dari website official pulak, korang mungkin akan dapat lebih banyak kebebasan dan pilihan korang sendiri.

Sharekan artikel ni kalau korang rasa berguna untuk orang lain.

Jangan lupa tinggalkan review di page rasmi Hackers Malaysia (Facebook). Kalau tak tahu nak review apa, just recommend 5 star. So simple.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Portal Hackers

Financial