Gemini ni dari Google. ChatGPT ni dari OpenAI. Masing masing merupakan saingan. Dalam artikel ni, kami akan terangkan sedikit sebagai tentang Gemini AI ni. Jom baca sampai habis untuk tahu best ke tak. Ini adalah antara perkara yang korang boleh manfaatkan dengan Gemini.
Boleh buat research yang mendalam
Dengan Gemini AI korang boleh buat research yang mendalam sebab dia bukan sahaja cari info kat web, tapi juga akan susun laporan yang padat dan beri korang maklumat yang paling terkini. Paling penting maklumat yang korang tu adalah relevant dengan apa yang korang cari.
Contohnya, kalau korang tengah buat assignment atau kerja pejabat, Gemini boleh jadi penyelamat korang dengan info yang paling tepat dan latest. Tak payah risau pasal outdated info, sebab Gemini ni boleh cari info terbaru.

Boleh masukkan Input pelbagai
Satu lagi kelebihan Gemini ni ialah kebolehan dia terima input macam teks, gambar, suara, dan video. Jadi, korang boleh berinteraksi dengan dia macam cakap dengan kawan. Nak upload gambar ke, nak bercakap terus ke, semua dia boleh handle. Ini buatkan interaksi jadi lebih natural dan best. Korang boleh tunjuk gambar produk, video projek, atau suara korang untuk dapatkan jawapan yang tepat.
Kemampuan untuk berbual
Paling best, korang boleh berbual dengan Gemini AI guna suara korang sendiri. Macam korang call member, korang boleh berborak dengan Gemini AI. Feature ni memang padu gila untuk brainstorming, nak jelaskan topik yang susah, atau persiapan untuk presentation.
Rasa macam korang ada personal assistant yang sentiasa ada untuk tolong. Bayangkan korang tengah drive, tak perlu berhenti untuk taip, cuma cakap je terus dengan Gemini.
Boleh generate image yang realistic
Gemini AI juga mampu menghasilkan imej realistik berdasarkan input korang. Korang boleh bagi dia prompt, dan dia akan hasilkan imej yang memang realistic gila. Kalau ikutkan image yang dihasilkan, memang kalah dah ChatGPT Plus punya gambar. Dengan keupayaan ni, korang boleh visualkan pelbagai idea korang dengan lebih jelas dan menarik.
Boleh akses feature baru
Kalau korang pengguna Gemini Advanced, korang akan dapat akses prioriti ke feature-feature baru dari Google. Korang dapat 2TB penyimpanan cloud dan boleh guna Gemini dalam aplikasi macam Gmail dan Google Docs. Memang best kalau korang jenis suka benda baru dan nak sentiasa up-to-date dengan teknologi terkini. Setiap kali ada update, korang yang dapat dulu!
Pemikiran lebih logik dan analisis
Gemini AI ni memang bijak dalam pemikiran logik dan analisis. Korang boleh selesaikan projek yang kompleks dengan lebih cepat dan mudah. Contohnya, kalau korang tengah buat analysis data atau projek kreatif, Gemini boleh jadi partner yang perfect. Dia boleh analisa data, buat graph, dan tolong korang buat keputusan yang tepat.
Mudah digunakan
Gemini AI ni memang user-friendly gila. Ada apps untuk korang guna dalam mobile. Senang je nak guna, korang boleh cari jawapan dari pelbagai sumber, dapat idea-idea baru, dan hasilkan gambar hanya dengan taip idea korang. Tak perlu nak pening kepala, semua jadi mudah dengan Gemini. Layout dia pun tak complicated, jadi korang tak perlu masa yang lama untuk belajar guna.
Kolaborasi kreatif
Satu lagi yang menarik pasal Gemini Advanced ni ialah kemampuan dia untuk kolaborasi dalam projek kreatif. Korang boleh brainstorm idea baru, buat skrip, atau bahkan design poster dengan bantuan Gemini. Dia boleh bagi idea-idea fresh yang korang tak terfikir pun. Memang best gila kalau korang jenis yang suka buat kerja kreatif.
Keselamatan dan privasi
Gemini AI juga sangat menitikberatkan soal keselamatan dan privasi korang. Semua data korang dilindungi dan hanya korang yang ada akses. Ini penting terutama sekali kalau korang bekerja dengan data sensitif. Korang boleh guna dengan yakin tanpa risau data korang bocor.
Support pelbagai bahasa
Kalau korang kerja dalam team yang pelbagai bahasa, tak perlu risau sebab Gemini Advanced menyokong pelbagai bahasa. Korang boleh berkomunikasi dan dapatkan jawapan dalam bahasa yang korang selesa guna. Ini memudahkan lagi kerja dalam pasukan antarabangsa.
Boleh guna untuk bantu pelbagai tugas
Kalau korang amik Gemini Advanced, memang semuanya serba boleh. Korang boleh guna dia untuk buat email, tulis artikel, dan macam-macam lagi. Memang sangat berguna untuk kerja harian. Tapi, satu kelemahan dia adalah dalam bab programming. Kadang-kadang dia kurang tepat dalam menulis kod atau menyelesaikan masalah teknikal yang kompleks. Tapi untuk kerja lain, memang tiptop.

Guna untuk improve bahasa English
Bagi korang yang nak improve bahasa Inggeris, Gemini Advanced memang boleh tolong gila. Korang boleh selalu bercakap dengan dia guna bahasa Inggeris, jadi lama-lama korang akan rasa lebih confident dan fasih. Macam ada tutor peribadi yang sentiasa ada untuk practice!
Free buat selamanya
Paling best sekali, Gemini AI ni ada plan yang korang boleh guna secara unlimited dan free buat selamanya. Lebih kurang sama macam ChatGPT, ada free dan ada paid version. Tapi, kalau korang nak lagi banyak feature dan kelebihan, korang boleh ambil yang advanced. Versi advanced ni boleh bagi akses kepada semua feature premium dengan keupayaan yang lebih powerful.
Kelemahan Gemini yang korang patut tahu
Walaupun Gemini Advanced ada banyak kelebihan, dia juga ada kelemahan yang korang perlu tahu.
Masalah mendengar arahan
Kadang-kadang, Gemini AI ni memang susah sikit nak faham arahan korang dengan tepat. Ini sebab teknologi AI ni sentiasa dalam proses pembelajaran dan peningkatan. Jadi, kadang-kadang dia tak dapat tangkap apa yang korang nak sampaikan dengan betul.
Kalau korang bagi arahan yang kompleks atau banyak arahan sekaligus, Gemini kadang-kadang boleh jadi keliru. Tapi, dengan input yang korang berikan, sistem ni akan terus belajar dan menjadi lebih baik dari masa ke masa.
Mudah lupa
Gemini ni kadang-kadang boleh terlupa arahan sebelum ni atau butiran yang penting. Ini sebab AI ni masih dalam proses belajar dan ada had memori yang boleh diingati pada satu-satu masa. Kalau korang bagi arahan yang panjang lebar, ada kemungkinan dia tak dapat ingat semua detail. Tapi, jangan risau. Dengan updates dan improvements yang berterusan, kami harap masalah ni akan semakin kurang dan Gemini akan jadi lebih efisien.
Tidak bagus untuk programming
Satu kelemahan Gemini adalah dalam bab programming. Kadang-kadang dia kurang tepat dalam menulis kod atau menyelesaikan masalah teknikal yang kompleks. Korang memang boleg generate code, tapi code yang dia bagi tu banyak salah.
Gemini AI pun kurang tepat dalam mencari bug atau bantu korang dengan coding issues yang rumit. Kalau korang perlukan bantuan yang mendalam dalam programming, Gemini mungkin bukan pilihan terbaik.
Support bahasa yang terhad
Gemini tak selalu support bahasa Malaysia dengan baik. Dia support bahasa Indonesia. Kalau korang guna Gemini untuk buat artikel bahasa Melayu, bahasa tu sangat baku dan boleh jadi bahasa Indonesia secara tiba tiba. Ini boleh jadi masalah kalau korang perlukan komunikasi yang tepat dalam bahasa Malaysia. Dia masih dalam proses belajar untuk lebih memahami dan menggunakan bahasa Malaysia dengan lebih baik.
Tak bagus untuk korang buat prompt panjang lebar
Gemini juga ada masalah bila berhadapan dengan prompt yang panjang lebar. Kadang-kadang, dia tak dengar arahan dengan baik atau tak dapat tangkap semua detail yang diberikan dalam prompt yang kompleks. Kalau korang bagi arahan yang terlalu panjang, ada kemungkinan dia akan terlepas beberapa detail penting.
Susah nak buat task yang spesifik dan complex
Kalau korang ada tugas yang sangat spesifik atau niche, Gemini mungkin ada kesukaran untuk memahami dan melaksanakannya dengan tepat. AI ni lebih cenderung untuk perform dengan baik dalam tugas yang lebih umum dan kurang kompleks. Jadi, untuk tugas yang sangat spesifik, korang mungkin perlukan bantuan tambahan.
Perlukan internet yang stabil
Untuk perform dengan baik, Gemini memerlukan sambungan internet yang stabil. Kalau internet korang slow atau tak stabil, prestasi Gemini pun akan terjejas. Ini boleh jadi masalah kalau korang berada di kawasan dengan sambungan internet yang lemah.
Keterbatasan dalam memahami konteks sosial dan emosional
Walaupun Gemini boleh memahami dan merespon banyak situasi, dia masih ada limit untuk fahamkan konteks sosial dan emosional yang kompleks. Kadang-kadang, dia mungkin tak dapat nak tangkap nuansa perbualan atau emosi yang korang cuba sampaikan. Sebab AI ni masih dalam proses belajar untuk lebih memahami aspek sosial dan emosional manusia.
Tidak ada plugin dan customization
Gemini AI tak ada plugin macam ChatGPT, yang membolehkan korang untuk customize experience korang. Ini mungkin jadi satu limitasi bagi mereka yang suka personalize experience mereka dengan AI. Tanpa plugin, keupayaan untuk tailor Gemini mengikut keperluan spesifik korang agak terhad.
Tak ada memori
Gemini tak ada memori yang berterusan untuk mengingat perbualan yang lepas. Setiap kali korang start sesi baru, Gemini akan bermula dari awal tanpa ingat perbualan yang sebelumnya. Ini mungkin menyusahkan kalau korang perlukan AI yang boleh follow up dari perbualan yang lepas.
Fix yang diperlukan
Ada beberapa aspek yang kami tahu perlu diperbaiki:
- Pemahaman konteks: Kadang-kadang, Gemini mungkin struggle untuk memahami konteks percakapan korang, terutama kalau banyak arahan yang berturut-turut.
- Ketepatan arahan: Gemini perlu lebih baik dalam memahami arahan yang kompleks dan memastikan output yang diberikan tepat dengan apa yang diminta.
- Memori jangka panjang: Kemampuan untuk mengingat perbualan yang lepas dan menggunakan maklumat tu untuk masa depan adalah satu bidang yang perlu ditingkatkan.
Gemini AI memang sentiasa dalam proses pembelajaran dan peningkatan. Dengan input korang, sistem ni akan terus belajar dan menjadi lebih baik dari masa ke masa.
Kesimpulan
Secara keseluruhan, Gemini AI ni memang pilihan yang sangat baik untuk korang yang nak kan AI yang boleh bantu bagi jawapan yang tepat macam fakta dan info. Tapi untuk buat task, setakat ni boleh run untuk task yang simple simple je la. Kalau terlalu complex dia jadi masalah dan tak tepat kat situ.
Dengan pelbagai feature canggih yang dia ada, Gemini Advanced boleh tolong korang dalam macam-macam tugas harian, dari buat research mendalam sampai interaksi personal.
Gemini Advanced memudahkan hidup korang dengan teknologi terkini dan keupayaan yang hebat. So, apa pendapat korang tentang Gemini Advanced ni? Ada feature yang korang rasa menarik tak?
Adakah artikel ini membantu?