Segalanya yang korang perlu tahu tentang GPT-4o

Dengan GPT-4o ni korang dah boleh bercakap secara direct melalui suara atau pun video call secara realtime dengan GPT-4o ni. Kiranya korang boleh bercakap macam korang bercakap dengan member lah dan paling best korang boleh buat video live yang mana GPT-4o ni boleh “melihat” korang.

Multimodal capabilities

GPT-4o (“o” for “omni”) ni adalah produk latest yang direleasekan oleh OpenAI. GPT-4o ni adalah variasi dari GPT 4 dalam ChatGPT.

Kalau nak ikutkan GPT-4o ni lagi power, sebab GPT-4o ni GPT yang lebih advanced daripada GPT 4 sebab GPT-4o ni dah boleh menerima input dalam bentuk gambar dan audio, plus di upgrade pulak dalam bentuk video then GPT ni pulak boleh keluarkan output dalam bentuk yang sama.

Ini bermakna, kalau korang nak tanya soalan sambil tunjuk gambar, tunjuk design yang korang buat, or tunjuk something, GPT-4o ni boleh melihat dan faham apa yang korang cuba sampaikan.

Bayangkan korang nak cari resepi kek, tapi korang tak tahu nama kek tu. So korang boleh je tunjuk terus gambar kek tu pada GPT-4o, nanti dia akan bagi korang resepi yang korang perlukan untuk korang buat kek tu.

Itulah level GPT-4o yang OpenAI develop.

OpenAI
Credit to YourStory.com

Real-time audio response

Dengan GPT-4o, korang tak perlu tunggu lama untuk dapatkan respons dari AI ni. Kalau dulu mungkin lah kena tunggu lama sikitkan, tapi untuk sekarang ni hampir tak ada delay tu. Cuma still masih improve dari masa kesemasa.

Benda ni sama je macam korang bercakap dengan member, jadi smooth je conversation tu. 

So benda ni akan buka satu lagi peluang baru untuk korang menggunakan AI dalam situasi yang korang perlukan respons pantas macam customer service, bantuan kecemasan dan translator.

Be My Eyes

GPT-4o ni dah boleh jadi pembantu korang dalam menilai sesuatu. GPT ni boleh nilai muka korang, boleh tahu mood korang dan korang juga boleh mintak pandangan dari GPT-4o tentang design or apa sahaja yang korang cuba tunjukkan padanya.

Paling best, kalau korang ada keluarga yang buta, GPT-4o ni boleh menjadi mata untuk keluarga korang yang mana GPT ni akan bantu keluarga korang untuk melibat & bagi tahu apa yang ada dihadapan diorang.

Faham segala bahasa

GPT-4o ni bukan setakat power dalam Bahasa Inggeris, tapi juga power juga dalam bahasa lain termasuklah Bahasa Melayu. Yes, dalam GPT 4 memang macam macam bahasa dah dia boleh cakap, cuma GPT-4o ni lagi advanced. Lebih memahami bahasa dengan lebih mendalam.

So bagi yang tak faham English tu tak payah susah susah nak belajar English. Korang boleh belajar direct dengan GPT 4o ni.

Benda ni penting sebab korang hidup dalam dunia yang pelbagai bahasa, dan AI pulak boleh faham pelbagai bahasa dan memang berguna untuk semua orang. 

Korang boleh berinteraksi dengan GPT-4o dalam bahasa yang korang selesa, dan dia akan paham apa yang korang nak sampaikan. Paling best, dia boleh tolong translate kan bahasa korang kepada bahasa apa sahaja yang korang nak GPT-4o ni translate kan.

Lepas ni dah mudah nak pergi luar negara.

Improved dalam bab gambar dan audio

GPT-4o ni juga lebih power dalam memahami content dalam bentuk visual dan audio. Kalau korang ada gambar yang susah nak dijelaskan dengan kata-kata, GPT-4o boleh tolong analisiskan untuk korang dan berikan info yang diperlukan. Sama juga dengan audio, GPT4o ni boleh kenal pasti dan mengesan bunyi yang korang rekod.

Teknologi AI

Pricing untuk gunakan GPT-4o

Ini yang paling gempak diantara yang tergempak. Price untuk korang gunakan GPT-4o ni adalah FREE. Sesiapa pun boleh gunakan GPT-4o. Cuma buat masa sekarang OpenAI masih dalam process untuk releasekan. So korang mungkin tak jumpa lagi buat masa sekarang.

Macam mana nak guna?

Untuk yang belum tahu tentang ChatGPT ni, korang boleh download app ChatGPT or terus ke website rasmi diorang. Korang boleh login dan gunakan GPT-4o ni.

Cuma buat sekarang korang hanya boleh gunakan GPT 3.5 untuk yang free version punya. Kalau nak access GPT-4 korang perlu subscribe. Macam mana pun untuk GPT-4o OpenAI bagi tahu akan jadi free pada semua orang.

Kesimpulannya

GPT-4o ni macam satu revolusi dalam dari GPT 4. Dengan kebolehan multimodal yang lebih advanced dan respons yang lagi pantas, benda ni akan buka banyak lagi kemungkinan baru dalam cara kita semua berinteraksi dengan teknologi. Sumber: Website Rasmi OpenAI.

Jom sharekan artikel ni kalau korang rasa artikel ni berguna pada yang lain.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Portal Hackers

Financial

Support