Security WhatsApp
WhatsApp menggunakan ‘end-to-end encryption’.
Maksudnya, hanya korang dan orang yang korang sembang dengan dia sahaja yang boleh baca mesej tu. Takkan ada orang lain yang boleh tengok, termasuk WhatsApp sendiri. Ini apa yang telah disampaikan oleh pihak WhatsApp sendiri.

Hack whatsApp melalui nombor telefon
Betul ke hacker boleh hack whatsapp korang hanya menggunakan nombor telefon? Siyes ah?
Short answer: Boleh. Tapi tak semudah yang disangka. Ramai scammer mengaku boleh tapi sebenarnya tak boleh pun.
Memang ramai scammer yang akan mengaku boleh hack WhatsApp orang lain. Lagi lagi yang ugut korang dengan hacking. Majoriti yang buat ugutan ni cuma cakap kosong je nak hack whatsapp korang, tapi sebenarnya tak boleh pun.
Apa yang hacker perlukan untuk hack WhatsApp
Nak hack whatsapp melalui no telefon ni memang boleh tapi tak semudah yang disangka sebab hacker mungkin perlukan lebih dari sekadar nombor telefon. Ada beberapa elemen yang mungkin diperlukan hacker untuk melakukan hacking.
IP Address
IP Address adalah alamat unik yang diberikan kepada setiap peranti yang terhubung ke Internet. Hacker mungkin akan mencuba menggunakan IP Address ini untuk mengakses maklumat korang.
WiFi yang korang guna
Hacker yang berpengalaman mungkin akan menyerang melalui WiFi yang korang guna. Dia akan connect pada Wifi yang sama dengan korang. Kalau korang connect pada public Wifi lagi lah tak selamat.
Telefon korang sendiri
Ya, korang, hacker akan perlukan akses ke telefon korang untuk menjalankan aktiviti hacking. Benda ni bukan sesuatu yang boleh dilakukan hanya dengan menggunakan nombor telefon korang je.
Code pengesahan
Hacker juga perlukan code pengesahan yang dihantar oleh WhatsApp so kalau takde code ni, dia akan jadi susah sikit.
Malware & Spyware
Ini adalah cara yang lebih realistik bagi seorang hacker ingin masuk kedalam devices korang. Dengan menghantar malware atau spyware ke alamat e-mel korang, hacker boleh copy “backup file” yang ada dalam whatsapp korang. Termasuk mesej mesej di WhatsApp in realtime. Biasanya yang buat kerja ni, hacker level advanced je.
Email Address
Alamat e-mel korang mungkin menjadi salah satu cara bagi hacker untuk menghantar malware. Jadi, jangan buka atau muat turun apa-apa daripada e-mel yang nampak mencurigakan!

Kesimpulan
Tiada sistem yang 100% selamat. Harap korang clear pasal ni.
Hacker boleh hack whatsapp hanya menggunakan no telefon tapi TAK MUDAH. Majoriti scammer je yang mengaku boleh. Lagi lagi yang offer servis hacking dengan harga yang murah. Sharekan artikel ni kalau korang rasa bermanfaat.
Adakah artikel ini membantu?