R00TK1T adalah SCAMMER!

Level untuk R00TK1T hacking sebenarnya NOTHING.

Dulu pernah kecoh pasal group hacker dari luar negara yang menggelarkan diri mereka sebagai R00TK1T.

R00TK1T ni kononnya pakar dalam bidang cybersecurity, sampaikan diorang ada team yang boleh hack apa-apa sahaja website atau sistem yang diorang nak.

Slogan mereka adalah “Security is just an Illusion, Privacy is just another illusion”

Tapi, korang tahu yang sebenarnya level untuk R00TK1T hacking ni biasa biasa sahaja.

Ya, R00TK1T ni TAK SEHEBAT yang diorang sendiri cakap. Diorang sebenarnya terlalu overclaim sebab diorang cuma script kiddies. Diorang bukan hacker macam yang diorang cakap. Perkataan yang disebut tu nampak macam serius dan menyebabkan orang awam yang tak tahu apa apa kan jadi risau dan tertanya tanya.

R00TK1T adalah SCAMMER!

R00TK1T memang tak tau apa-apa pasal system infrastruktur yang ada di Malaysia ni

Salah satu sebab kenapa kami kata kan R00TK1T tak boleh hack website kerana diorang belum membuktikan apa apa lagi tentang apa yang diorang nyatakan.

Group R00TK1T claim yang diorang dah hack sistem PADU, kemudian mencuri data sebesar 27TB dari LPPKN. Persoalannya betul ke? Kenapa hanya tunjuk screenshot semata? Kenapa tak share data data yang diorang dah collect?

Jawapan dia adalah PALSU. Semua benda yang diorang SHARE adalah palsu. Diorang cakap je platform tu PADU, tapi sebenarnya bukan PADU yang sebenar.

R00TK1T ni tak diketahui sama ada orang Malaysia atau luar negara. Cuma apa yang diorang buat ni sekadar untuk mendapatkan nama, followers dalam Telegram & portal news pulak selalu buat story tentang diorang. Ini menjadi kan diorang semakin semangat dan semakin agresif untuk menipu orang ramai.

R00TK1T sebenarnya guna tools hacking (iaitu tools yang dah ada) untuk attack website yang tak ada security yang kuat

Nak kata kan R00TK1T ni ZERO sepenuhnya tak juga. Diorang kan script kiddies, so diorang adalah basic untuk gunakan tools untuk buat attack. Diorang hanya boleh hack website yang tak ada security yang kuat.

Untuk website yang ada security mantap? Diorang BELUM MAMPU.

R00TK1T ni memang tak ada skill yang tinggi dalam bidang hacking. Diorang cuma guna tools hacking (iaitu tools yang dah ada) untuk masuk ke dalam website yang tak ada security yang kuat. Kalau pun diorang dapat masuk, itu sebab diorang guna sosial engineering.

Hanya website yang tak ada security atau tak di update oleh developer je diorang boleh pecah masuk. Diorang tak boleh hack pun website yang ada firewall, encryption, atau authentication yang power.

Setakat ni R00TK1T belum dapat buktikan lagi yang diorang betul betul dah collect data dari Malaysia

R00TK1T ni hanya bercakap besar je, tapi tak ada bukti yang solid untuk setiap kata-kata yang diorang keluarkan.

Jadi setakat ini, R00TK1T belum membuktikan lagi yang diorang dah hack website website penting dalam Malaysia ni macam website kerajaan, bank, atau syarikat yang besar.

Kebanyakan company menafikan yang portal mereka telah di hack. Diorang cuma hack website yang tak penting, macam website peribadi, blog, atau forum. Kemudian sharekan dalam Telegram.

R00TK1T cuma nak show off je, tapi sebenarnya tak ada apa-apa.

Apa yang R00TK1T claim tu sebenarnya syok sendiri

R00TK1T memang dari dulu lagi suka claim benda yang tak ada. R00TK1T kata diorang boleh hack apa-apa website atau sistem yang diorang nak, tapi sebenarnya diorang tak boleh buat apa-apa pun.

Buktinya sampai sekarang cakap kosong tanpa bukti yang jelas. Sebenarnya R00TK1T cuma nak cari glamour sahaja.

R00TK1T kata diorang ada ramai team. Sebenarnya tak ramai pun.

Tak tahu lah media mana yang cover pasal ni dulu. Sebenarnya kalau disebarkan lagi dia buat hal, sebab diorang cuma nak kan perhatian je.

R00TK1T tak buktikan lagi kesahihan hacking yang dijalankan

Semua yang R00TK1T claim setakat ni adalah PALSU. Diorang tak ada bukti yang kuat untuk di share kan dalam Telegram.

R00TK1T cuma guna screenshot, atau artikel yang R00TK1T edit sendiri. Group R00TK1T cuma nak menipu dan menipu je. Nak bagi gempak satu Malaysia. Korang pun jangan mudah terpedaya dengan geng geng yang menggelarkan diri diorang sebagai R00TK1T.

R00TK1T adalah SCAMMER!

Kesimpulan

Jadi, korang jangan tertipu dan jangan takut dengan hacker group yang dipanggil R00TK1T ni.

Kalau diorang power, cuma hack portal Hackers Malaysia.

Sebaliknya korang kena bijak dan berhati-hati dengan R00TK1T. Korang kena pastikan website korang ada security yang power, dan jangan percaya apa-apa yang R00TK1T kata. R00TK1T ni tak layak dipanggil hacker,R00TK1T adalah SCAMMER.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Portal Hackers

Financial

Support