Belajar jadi hacker dengan apps HackerX!

Apa tu hackerX?

App HackerX ni bukan alat untuk korang jadi penjenayah cyber tau. Ini aplikasi untuk korang belajar pasal hacking dari sudut positif dan etika. Jadi, kalau korang minat pasal dunia hacking, ini peluang baik untuk korang.

App ni korang boleh download di IOS & Android. Free je. Selebihnya ada yang pro version. Ni kalau korang nak belajar lebih advanced lagi. Murah je korang. 

Kenapa nak belajar hacking?

  • Pengenalan tentang Hacking. Korang yang tak tahu apa apa boleh jadi lepas belajar dari Apps ni. 
  • Korang boleh detect sistem yang lemah dan tahu cara nak securekan.
  • Boleh protect diri korang dan data korang dari serangan hacker.
  • Korang ada peluang untuk jadi ‘ethical hacker’ dan buat duit dari situ.
  • Kalau korang newbie apps ni memang sesuai untuk korang mula belajar pasal hacking ni. Simple kan. 

HackerX
Photo by Ashutosh Sonwani

Macam mana nak belajar gunakan hackerX?

Senang je, lepas korang install aplikasi HackerX, pilih je modul pembelajaran yang korang minat. Setiap modul ada penjelasan yang mudah difahami dan ada latihan untuk korang praktik.

Cuma korang kena pandai la baca bahasa English. Dalam dunia IT ofcourse semuanya mesti dengan English. 

Kelebihan hackerX

  • Ada pelbagai modul pembelajaran yang tersusun,
  • Cara belajar yang simple, mudah faham & fun.
  • Ada kuiz yang bantu korang untuk ingat & lebih faham. 
  • Ada sijil yang akan diberikan lepas korang dah complete course. Apps ni pelajaran basic je. 

Jom capai impian jadi hacker

Jadi, jangan malu untuk explore dunia hacking dengan cara yang betul dan beretika. 

Dengan aplikasi HackerX ni, korang boleh je nak capai impian jadi hacker yang baik dan beretika.

Penting untuk korang ingat, setiap ilmu ada gunanya asalkan digunakan dengan cara yang betul. So, jom kita belajar dan naik taraf skill kita dengan HackerX.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Portal Hackers

Financial

Support