Korang nak tak seorang cikgu yang boleh mengajar korang tentang programming pada bila bila masa je yang korang nak, dan boleh jawab semua soalan korang dengan sabar, yang boleh layan semua karenah pelik korang.
Yes, sebenarnya cikgu yang macam tu memang dah wujud, cikgu itu adalah ChatGPT.
ChatGPT ni boleh jadi cikgu programming untuk korang belajar macam macam benda pasal coding. ChatGPT ni bukan AI yang biasa biasa sebab ChatGPT ni powered by teknologi yang terkini dengan menggunakan model GPT 3.5 dan GPT 4, yang mana kalau korang guna GPT 4, korang akan dapat jawapan yang bernas dan tepat.
Bayangkan korang tengah coding, tiba-tiba stuck dan error, tapi bila nak cari bug tu bukan main payah lagi. Kadang tu ambil masa berjam jam hanya untuk mencari 1 bug tu je. Tapi sekarang sejak wujudnya ChatGPT ni, nak cari bug pun dah lain, copy paste je code korang dan bagi pada ChatGPT untuk analisis. Simple.

Mulakan dengan asas programming
Dalam dunia programming, asas tu macam tiang bangunan. Kalau kukuh, bangunan tu teguh. Kalau tak kukuh, berterabur la jadinya.
ChatGPT pula boleh bantu korang untuk bina asas programming korang bermula dari bawah sampailah korang dah betul betul mantap dalam programming language yang korang dah belajar.
Dari Python hingga ke JavaScript, semua benda ChatGPT boleh ajar.
Korang boleh je tanya, “ChatGPT, aku baru nak start belajar Python, apa yang perlu aku tahu?” Dan dia akan bagi korang info lengkap tentang features Python, best practices, dan resources website yang berguna untuk korang belajar.
Kiranya korang boleh jadikan ChatGPT ni sebagai platform untuk korang buat research dan ulang kaji tentang coding. Mudah ke tak mudah tu?


Praktik sampai perfect
Kata orang, practice makes perfect, kan? ChatGPT pun cakap setuju. Dia boleh bagi korang latihan dan challenges yang sesuai dengan level korang.
Contohnya, “ChatGPT, aku nak improve logic programming aku, ada tak exercises yang boleh aku buat?” Dan voila, korang akan dapat sederet exercises yang boleh bantu sharpenkan skill korang.
Lagi banyak exercises yang korang buat, lagi mantap cara korang buat coding.
Debugging tanpa stress
Part ni paling ramai suka. Debugging ni proses yang kadang-kadang boleh buat programmer rasa nak give up. Ramai kot yang alami tekanan hanya sebab nak mencari 1 bug je. Tapi dengan adanya ChatGPT, korang tak perlu stress lagi. Semua benda dah mudah.
ChatGPT ada feature untuk analisis code dan pinpointkan di mana exactly bugs tu berada. So, bila code korang ada masalah, just paste je code tu dan tanya, “ChatGPT, tolong check kenapa code aku ni error?”
Dan dia akan bantu korang step by step untuk solve masalah tu.
Buat projek sendiri dengan bantuan ChatGPT
Bila korang dah study dan rasa macam dah cukup skill, cuba test dengan buat projek sendiri. ChatGPT boleh jadi mentor korang.
Describe je projek yang korang nak buat, then ChatGPT akan guide korang dengan instructions yang clear dan precise. Dari planning sampai execution, ChatGPT sentiasa ada untuk support korang. So korang memang tak perlu risau kalau tak ada idea sangat.

Manfaatkan sumber pembelajaran tambahan
ChatGPT memang hebat, tapi dia juga encourage korang untuk explore resources lain. Dia boleh suggest websites, forums, dan online courses yang boleh bantu korang dive deeper into programming.
Just tanya, “ChatGPT, aku nak cari advanced tutorials untuk Python, ada cadangan?” Dan dia akan list downkan semua resources yang top-notch untuk korang. Tapi tu la, ChatGPT ni masih belum perfect, kadang kadang list down yang dia bagi tu merepek. So korang kena manual search.
Stay up-to-date dengan trend terkini
Dalam bidang yang cepat berubah macam programming ni, penting untuk keep yourself updated. ChatGPT boleh jadi newsfeed korang untuk semua yang latest dan greatest dalam dunia programming.
Tanya je macam ni, “ChatGPT, apa yang baru dalam dunia programming sekarang?”
Dan korang akan dapat semua info tentang trends terkini, updates, dan features baru yang hot. Tapi pastikan korang guna plugin browsing supaya ChatGPT boleh dapatkan info latest.

Join komuniti programming
Belajar sorang-sorang tu okay sebenarnya, tapi kadang-kadang lagi seronok kalau ada korang ada geng. ChatGPT boleh suggest komuniti programming yang sesuai dengan minat dan level korang.
So korang boleh je tanya, “ChatGPT, komuniti mana yang best untuk aku join untuk belajar programming?” Nanti dia akan suggest la.
Kesimpulan
Dengan semua features dan support yang ChatGPT tawarkan, belajar programming akan jadi lebih mudah dan menyeronokkan.
ChatGPT akan jadi cikgu personal yang sentiasa ada untuk korang, bantu korang grow dari zero to hero dalam programming. So, memang dah tak ada alasan korang nak cakap TAK PANDAI. Jom start coding journey korang dengan ChatGPT hari ni!
Adakah artikel ini membantu?