Belajar programming dengan W3Schools secara online

7 min read

Apa itu W3Schools?

W3Schools ni bukan calang-calang punya platform pembelajaran; W3Schools adalah 1 platform untuk korang yang nak menguasai pelbagai programming language terutama dalam dunia web development.

Bayangkan, W3Schools tu macam pusat latihan virtual yang buka 24/7, siap dengan segala jenis bahan pembelajaran yang korang perlukan untuk jadi master dalam bidang coding.

W3Schools ada terangkan dari asas HTML, CSS, sampai ke bahasa-bahasa programming yang kompleks macam JavaScript dan Python, semua benda lah dia cover.

Dan yang paling penting, platform W3Schools ni percuma untuk semua orang. Tak kira la korang ni pelajar sekolah, pelajar universiti, atau yang dah bekerja, W3Schools ni sesuai untuk semua orang yang ada minat dan semangat yang tinggi untuk belajar coding.

Kalau untuk orang malas, memang tak ada.

Apa yang W3Schools offer?

Bila korang masuk je ke website W3Schools, korang akan jumpa macam-macam tutorial yang ditulis dengan cara yang straightforward dan mudah difahami.

Tak cukup dengan tu, W3Schools juga bagi korang peluang untuk ‘try and error’ secara direct melalui editor online yang W3Schools dah sediakan. Ini bermakna korang boleh terus praktis coding dan tengok hasilnya secara real-time.

Tak perlu susah untuk korang download visual studio code pada PC.

Selain tu, ada banyak rujukan-rujukan yang lengkap, contoh-contoh kod yang berkesan, latihan interaktif, dan quiz untuk uji kemahiran korang.

Semua ni diprogramkan untuk memastikan korang BUKAN sekadar belajar teori, tapi juga dapat praktikkan dan apply apa yang korang belajar tu betul.

Programming language apa yang boleh korang belajar?

Dari A sampai Z, W3Schools cover hampir semua bahasa programming yang popular dan penting dalam industri sekarang. Antaranya adalah:

  • HTML: Untuk buat structure website.
  • CSS: Untuk style dan design website.
  • JavaScript: Untuk tambah interaktiviti pada website.
  • SQL: Untuk manage database.
  • PHP: Untuk server-side scripting.
  • Python: Untuk automation, data analysis, dan web development.
  • Java: Untuk aplikasi mobile dan enterprise level.
  • C++: Untuk software development dan game programming.
  • C#: Untuk develop aplikasi Microsoft dan game dengan Unity.
  • Ruby: Untuk web apps yang cepat dan easy to write.
  • Swift: Untuk develop iOS dan macOS apps.

Senang ke susah nak belajar kat sini?

W3Schools memang direka untuk memudahkan pembelajaran umum. Dengan pendekatan step-by-step dan penjelasan yang clear, korang akan rasa macam ada pengajar peribadi yang guide apa yang korang buat.

Plus, dengan adanya ‘Try It Yourself’ editor, korang boleh buat eksperimen dengan code dan tengok hasilnya secara langsung, yang mana ini sangat membantu dalam proses pembelajaran.

Jadi, tak kira la korang ni newbie atau dah ada asas dalam coding, W3Schools akan jadi satu platform yang user-friendly untuk korang.

Praktikal terus dengan platform ni

Kelebihan belajar dengan W3Schools adalah korang memang tak perlu pening kepala pasal setup development environment.

Semua yang korang perlukan ada dalam satu website. Korang boleh belajar, praktis, dan buat eksperimen dengan code korang semua dalam 1 browser.

Ini menjadikan proses pembelajaran korang akan jadi lebih mudah dan accessible, terutama untuk yang baru belajar programming.

Kalau stuck, boleh tanya AI macam ChatGPT atau Gemini

Dalam journey belajar programming ni, kadang-kadang korang akan jumpa dengan benda benda yang korang sendiri tak faham atau masalah yang susah korang nak selesaikan.

Tapi jangan risau, zaman sekarang zaman AI, AI yang akan bantu korang untuk belajar.

AI Advanced macam ChatGPT atau Gemini boleh menjadi sumber bantuan utama untuk korang bertanya.

AI ni boleh bagi korang nasihat, tunjuk cara nak debug masalah, atau siap bagi lagi contoh code yang boleh korang guna sebagai rujukan.

Benda ni semua membantu korang untuk terus IMPROVE dan tak give up walaupun korang hadapi banyak masalah dengan coding.

Semoga penerangan ni bantu korang untuk faham lebih jelas tentang W3Schools dan apa yang boleh korang dapat dengan platform ni. Ingat, untuk belajar coding, konsisten dan praktikal adalah kunci.

Jadi, gunakan semua sumber yang ada, dan jangan takut untuk minta bantuan bila perlu. Apa apa hal roger dalam group Hackers Malaysia Community di Facebook.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Portal Hackers

Financial