Cara buat website e Commerce ni tak mudah sebab ada banyak kerja yang korang perlu buat. Kalau upah orang buat eCommerce ni, harga boleh mencecah RM5K sehingga RM10k. Tapi untuk tahun 2024 ni dah ada banyak platform yang memudahkan korang untuk setup eCommerce korang sendiri. Paling best korang tak perlu belajar teknikal dan coding untuk buat benda ni. Ini antara platform yang korang kena tahu.

EasyStore
EasyStore ni adalah platform e-commerce yang memang paling famous kat Malaysia. Sesuai untuk korang yang baru nak start business online sebab dia memang user-friendly. Sangat mudah untuk korang uruskan produk hanya melalui app yang disediakan.
Kelebihan EasyStore:
- Mudah digunakan: Platform ni memang sesuai untuk beginner sebab dia punya interface simple dan senang nak faham.
- Pelbagai template: Korang boleh pilih macam-macam theme yang cantik dan responsive. Jadi, website korang nampak professional. Korang tak perlu design dari zero. Semua dah disiapkan.
- Support banyak payment gateway: EasyStore ada support payment gateway lokal macam MOLPay, SenangPay, FPX, Stripe dan banyak je lagi. Jadi, senang untuk pelanggan korang buat payment.
- All-in-One Solution: Semua benda ada kat satu tempat, dari inventory management sampai ke marketing tools.
- Pengurusan melalui App: Korang boleh uruskan produk korang sendiri melalui app mobile yang disediakan. Mudah dan cepat. Korang akan dapat notification kat situ bila ada orang buat pembelian.
Cara guna EasyStore:
- Sign up: First sekali, korang kena buat akaun kat EasyStore.
- Pilih theme: Lepas tu, korang pilih tema yang korang suka dari koleksi tema yang ada.
- Tambah Produk: Masukkan gambar, harga, dan description produk korang. Senang je, macam upload gambar kat Instagram.
- Set up Payment Gateway: Sambungkan akaun payment gateway korang untuk terima pembayaran.
- Publish: Bila semua dah ready, korang boleh publish website korang dan mula jual barang.
Shopify
Shopify ni salah satu platform e-commerce yang paling popular dekat dunia. Dia sesuai untuk semua jenis bisnes, dari small business sampai la ke enterprise level. Kalau korang bercadang nak berniaga secara global, kami cadangkan korang guna platform Shopify. Semua feature yang korang perlu kan dah ada dalam ni.
Kelebihan Shopify:
- Customization yang power: Korang boleh customize website korang sampai puas hati sebab banyak pilihan customization.
- Support yang bagus: Shopify ada customer service 24/7, so kalau ada masalah, korang boleh contact diorang bila-bila masa.
- Apps dan plugins: Banyak apps dan plugins yang korang boleh guna untuk tambah fungsi website korang. Dia lebih kurang macam Wordpress.
- Scalability: Kalau bisnes korang berkembang, Shopify boleh grow sekali dengan korang tanpa banyak masalah.
Cara guna Shopify:
- Sign up: Daftar kat Shopify.
- Pilih theme: Browse tema yang ada dan pilih yang korang suka. Banyak pilihan menarik.
- Tambah produk: Upload gambar produk, set harga, dan tulis description.
- Set up Payment dan Shipping: Sambungkan payment gateway dan set up options untuk shipping.
- Launch: Bila dah puas hati dengan semua setting, korang boleh launch website korang.

WooCommerce
WooCommerce ni adalah plugin e-commerce untuk WordPress. WooCommerce ni feature yang direka untuk Wordpress iaitu untuk korang yang nakkan full control keatas website korang sendiri. Jadi korang kena start bermula dari Wordpress. Setup semua memerlukan sedikit pengetahuan teknikal. Kalau korang dah biasa guna WordPress, WooCommerce memang pilihan yang tepat.
Kelebihan WooCommerce:
- Flexibility tinggi: Korang boleh customize level advanced dan hampir semua benda sebab WooCommerce ni open-source.
- Integrasi yang bagus: Senang nak integrate dengan tools lain macam Google Analytics, Mailchimp, dan lain-lain. Memang banyak tools memang compatible dengan WooCommerce.
- Community support: Banyak tutorial dan support dari community sebab ramai yang guna WooCommerce.
Cara guna WooCommerce:
- Install WordPress: First sekali, korang kena ada WordPress.
- Install WooCommerce: Download dan install plugin WooCommerce dari WordPress plugin repository.
- Set up store: Follow wizard untuk set up kedai korang. Simple dan straight forward.
- Tambah produk: Upload gambar produk, set harga, dan description.
- Configure payment dan shipping: Set up payment gateway dan shipping options.
- Custom page: Check semua page, build dan custom css jika perlu.
- Publish: Bila semua dah set, korang boleh publish website korang.
BigCommerce
BigCommerce ni adalah satu lagi platform e-commerce yang popular. Dia punya feature set lebih kurang sama macam Shopify, tapi ada beberapa kelebihan yang unik berbanding Shopify. Korang boleh gunakan BigCommerce kalau target market korang adalah global di seluruh dunia.
Kelebihan BigCommerce:
- No transaction fees: Takde transaction fees untuk setiap jualan, which is great untuk bisnes kecil.
- Advanced SEO features: BigCommerce ada tools SEO yang lebih advanced, so korang boleh optimize website korang untuk search engine.
- Multi-Channel Selling: Korang boleh jual produk kat platform lain macam eBay, Amazon, dan social media directly dari BigCommerce.
Cara guna BigCommerce:
- Sign up: Buat akaun kat BigCommerce.
- Pilih theme: Pilih tema yang korang suka dari koleksi tema BigCommerce.
- Tambah produk: Masukkan semua info pasal produk korang.
- Set up payment dan shipping: Configure payment gateway dan shipping options.
- Launch: Launch website korang bila semua dah siap.

Wix eCommerce
Wix ni lebih dikenali sebagai website builder, tapi dia ada juga e-commerce solution yang powerful. Sesuai untuk korang yang nak website yang cantik dan mudah dibina. Kalau korang tak ada masa nak belajar buat website dan nak run cepat bisnes korang, korang boleh terus run on Wix eCommerce.
Kelebihan Wix eCommerce:
- Drag-and-drop builder: Tak perlu tahu coding, korang boleh buat website dengan drag-and-drop je. Design semua ABC.
- Template cantik: Banyak template cantik yang korang boleh pilih dan customize.
- Built-in marketing tools: Ada tools marketing yang built-in macam email marketing, SEO, dan social media integration.
Cara guna Wix eCommerce:
- Sign up: Daftar kat Wix.
- Pilih Template: Pilih template yang korang suka dan customize ikut citarasa.
- Tambah Produk: Masukkan gambar, harga, dan description produk korang.
- Set up Payment Gateway: Configure payment options untuk website korang.
- Publish: Bila dah siap, korang boleh publish website korang.
Kesimpulan
So itulah dia antara platform yang memudahkan korang untuk buat website e Commerce. Pilihlah yang paling sesuai dengan keperluan dan budget korang. Yang penting, jangan takut untuk explore dan cuba-cuba sebab dunia e-commerce ni penuh dengan peluang. Sharekan artikel ni kalau korang rasa bermanfaat untuk orang lain.
Adakah artikel ini membantu?