Cara buat website simple dengan Canva

9 min read

Mungkin korang dah kenal Canva sebagai platform graphic design, tapi korang tahu tak, Canva ni boleh digunakan untuk buat website yang simple dan cun? Terutama untuk showcase dan portfolio.

Jom aku terangkan semua yang korang perlu tahu tentang Canva dan cara nak buat website dengan platform ni.

Canva itu apa?

Canva adalah platform design yang super friendly untuk semua orang, tak kira la korang ni pro designer ke atau baru je nak menceburi dunia design.

Dengan Canva, korang boleh create macam-macam design, dari social media posts, presentations, hingga ke website – semua tu korang boleh buat tanpa perlu ada skill design yang tinggi.

Feature yang ditawarkan oleh Canva

Canva offer berbagai feature menarik:

  • Template ready made: Ada beribu-ribu template yang cun melecun dan senang digunakan.
  • Drag and drop interface: Mudah gila nak guna. Pilih je apa yang korang nak, tarik dan lepas kat tempat yang korang suka.
  • Library photo dan Ilustrasi: Tak perlu pening kepala cari gambar cantik, semua dah ada dalam Canva. Semuanya free tapi ada juga yang pro version.
  • Collaboration tools: Boleh collaborate dengan team atau kawan-kawan dalam satu design. Senang kerja berpasukan.
  • AI magic: Canva pun dah integrate platform diorang dengan AI, so dengan adanya AI proses untuk korang design tu akan jadi lagi mudah.

Boleh ke buat website dengan Canva?

Yes, korang boleh buat website dengan Canva! Canva bukan sekadar design logo or resume, tapi korang boleh design untuk website korang sendiri.

Walaupun tak sekompleks website yang dibuat menggunakan coding or WordPress, website yang dibuat dengan Canva ni sesuai untuk korang yang nakkan website yang simple, cantik, dan cepat siap. Sesuai untuk portfolio, landing page, atau even untuk event tertentu.

Apa je ada kat website Canva ni?

Website yang korang buat dengan Canva akan ada:

  • Responsive design: Nampak perfect di semua device, sama ada desktop ke, tablet ke, atau smartphone. Semua ni auto by Canva.
  • Tak perlu coding: Tak perlu paham HTML, CSS, atau JavaScript. Semua drag and drop je. Design ikut suka hati korang la.
  • Banyak template: Banyak pilihan template yang menarik untuk dipilih. Hari hari boleh tukar tukar template ready made. Tak ada hal.

So, sebenarnya susah ke nak buat landing page or website dengan Canva ni

Dengan Canva, buat website itu dah jadi mudah gila.

Kalau korang boleh guna PowerPoint, korang definitely boleh guna Canva. Interface dia intuitive, so korang boleh buat eksperimen dengan design tanpa rasa stressed.

Dan paling best, bukan semua orang ada masa nak buat website dengan Canva ni, so korang boleh jadi kan platform ni sebagai platform buat duit. Korang boleh ambil upah RM200 – 300 untuk buatkan website untuk owner bisnes yang kecil kecilan.

Guna template ke macam mana?

Canva menawarkan banyak template website yang dah siap. Korang hanya perlu pilih template yang korang suka, customize ikut citarasa korang, dan publish.

Senang je doh. Cuma korang kena beli domain name untuk website korang. Anggaran domain name ni korang boleh beli dalam RM10 – RM60.

So berapa pembayaran untuk buat website Canva

Untuk buat website kat Canva ni FREE.

Nak buat design ni kat Canva ni memang free, cumanya ada limited sikit. Kalau korang nak guna full feature yang ada kat Canva, then korang boleh go to Canva Pro.

Harga dia reasonable, dan worth it untuk apa yang ditawarkan. Sebulan baru dalam RM29.90.

Step by step buat website di Canva

  • Daftar atau log masuk ke Canva: Pergi ke website Canva dan buat account atau log masuk kalau korang dah ada account.
  • Pilih template website: Klik pada ‘Create a design’ dan pilih ‘Website’. Lepas tu, browse through the templates dan pilih satu yang korang suka.
  • Customize design: Gunakan tools drag and drop untuk tambah atau ubah elemen pada template. Korang boleh tambah teks, gambar, atau apa saja yang korang nak.
  • Preview dan adjust: Bila dah puas hati dengan design, preview dulu. Pastikan semua nampak okay di semua device.
  • Publish: Bila semua dah set, publish website korang. Canva akan bagi pilihan untuk share link atau embed website korang di tempat lain.
Step 1: Korang pergi ke Canva, akan nampak search, taip website & click button “create a design.”
Step 2: Korang nampak template kat sebelah kiri korang, pilih je mana korang nak. Tarik dan dropkan ke sebelah kanan.
Step 3: Masa ni korang edit je apa apa, nak add page pun boleh. Tulis je apa yang korang nak tulis. Ingat benda ni landing page je.
Step 4: Dah siap edit, click button “Publish Website” nanti akan keluar benda ni. Ha pilih je nak free domain atau pun beli domain khas untuk website korang. Dah siap.

Apa yang korang perlu tahu tentang Website Canva

Kalau korang newbie, nak buat simple website menggunakan Canva, maka ini adalah jalan terbaik.

Kalau korang nak kan satu website yang complex macam booking, payment gateway, ada feature custom khusus untuk bisnes korang, search system dan sebagainya, maka Canva ni bukan lah platform yang sesuai untuk korang develop website.

Korang perlu gunakan platform lain macam wordpress, bubble io or build dengan code secara manual.

Kesimpulan

So, itulah dia cara paling simple untuk buat website dengan Canva. Tak perlu stress, tak perlu belajar coding, dan yang paling best, korang boleh dapatkan website yang cun dalam masa yang singkat. Cuba la, mesti korang suka!

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Portal Hackers

Financial