Cara buka akaun bank digital - Mungkin korang tak tahu

Bank digital adalah bank yang boleh dibuka tanpa korang perlu pergi ke mana mana cawangan. Semua urusan bank hanya melalui app sahaja. Benda ni memang memudahkan semua orang untuk tak perlu lagi susah payah membuat temujanji dan beratur.

Bank Digital yang ada di Malaysia

Dekat Malaysia dah ada 4 Bank Digital yang mendapat license dari Bank Negara Malaysia.

Ini bermaksud 4 Bank Digital ni memang selamat digunakan kerana berada dibawah pengawasan Bank Negara Malaysia. Bank Digital tu adalah GXBank, Aeon Bank, Boost Bank dan Be U By Bank Islam.

Download app Bank

Download app bank hanya melalui Google Play Store dan Apps Store. Tak ada kat tempat lain lagi selain 2 platform ni sahaja. Search dengan nama bank yang korang nak download.

Step by step buka akaun bank digital

Sebelum korang open akaun, korang mesti kena ada bank yang sedia ada macam Maybank, CIMB dan lain lain. Kalau korang tak pernah buka bank dimana mana cawangan, korang memang tak boleh buka.

Korang juga kena pastikan yang nama korang tidak di blacklistkan oleh Bank Negara Malaysia. Juga korang perlu sediakan deposit sebanyak RM20.

Credit to Sinar Harian

Langkah 1: Daftar akaun

Lepas download, macam biasa kasi open dan sign up dengan email atau no telefon korang. Bila dah settle korang boleh explore app tu dulu sebelum buat pengesahan identiti.

Langkah 2: Verify identity

Nak buka bank korang kena sahkan identity korang sebab bank perlu tahu siapa yang gunakan perkhidmatan diorang. Maklum lah benda ni untuk mengelakkan terjadinya kehilangan duit dan scam.

Untuk pengesahan biasanya diorang akan minta korang ambil gambar atau video muka bersama dengan IC. Kemudian muka korang perlu digelengkan ke atas bawah kiri dan kanan.

Kemudian korang boleh submit. Semua ni dah ada dalam app tu sendiri, so memang tak perlu susah susah buat video secara manual.

Langkah 3: Lengkapkan maklumat tambahan

Maklumat tambahan ni penting juga macam korang kerja apa, berapa gaji korang setahun, bidang apa kerjanya, dah berkahwin ke belum atau masih mak bapak tanggung dan sebagainya.

Langkah 4: Tunggu 5 – 10 minit

Bila semua maklumat dah disahkan app digital bank korang akan bagi notification yang akaun korang berjaya dibuka atau pun sebaliknya. Common berjaya dibuka lah sebab bank baru ni memang tengah cari customer so diorang memang tak letak rules banyak sangat kecuali yang memang dah kena blacklist dengan BNM.

Langkah 5: Apply Debit Card

Lepas akaun dah aktif korang kena explore lagi app tu untuk apply debit card korang sendiri. Untuk debit card ni ada yang free ada yang berbayar. Ikut bank. Biasanya bawah RM20 je. Isi alamat, bayar dan settle. So itu lah cara buka akaun bank digital yang mungkin korang rasa takut nak buka sebab tak pandai, lagi lagi golongan yang dah berusia.

Sharekan artikel ni kalau korang rasa bermanfaat.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Portal Hackers

Financial