Senarai pinjaman online yang selamat! Jangan sampai terkena scam

Pinjaman online ni memang senang dan pantas.

Korang cuma perlu download app dari syarikat pemberi pinjaman, isi maklumat yang diperlukan, dan duit akan masuk dalam masa 24 jam. Tapi, pastikan korang apply dengan syarikat yang betul betul selamat.

Macam mana nak tahu selamat? Korang kena pastikan yang syarikat tu mendapat lesen dari KPKT. Bila dikawal selia oleh KPKT, maka syarikat tu akan dianggap selamat.

Berhati-hati dengan E-Ah Long

Zaman sekarang ni yang paling korang kena berhati hati adalah dengan e-Ah Long.

Ah long biasanya akan gunakan app yang korang download untuk menawarkan pinjaman dengan bunga yang tinggi dan boleh ugut untuk viralkan korang kalau tak bayar. Ahlong akan gunakan app ni untuk collect & gunakan data peribadi dari smartphone korang.

Diorang akan gunakan info sensitif untuk ugut bila korang gagal bayar pinjaman yang dibuat. Biasanya app ahlong ni tiada dalam apps store, diorang akan suruh korang download app tu melalui link tertentu. Benda ni sangat sangat bahaya!

Macam mana nak elak scam?

Senang je, korang kena tahu ciri-ciri app pinjaman yang boleh dipercayai:

  • Wajib ada dalam Playstore dan Apps Store sahaja.
  • Pastikan syarikat tu ada lesen yang sah.
  • Baca reviews dan rating sebelum download app.
  • Jangan bagi maklumat peribadi macam contact list atau lokasi kepada app pinjaman. Jangan “allow to access” pada semua benda.

1. RinggitPlus

RinggitPlus adalah platform yang membandingkan pemberi pinjaman berlesen yang terbaik kepada pengguna. Dan paling best korang boleh apply pinjaman korang hanya melalui RinggitPlus. Bab keselamatan korang tak perlu bimbang kerana RinggitPlus hanya senaraikan pinjaman berlesen yang disahkan oleh KPKT sahaja.

Bagaimana nak apply melalui RinggitPlus?

Proses permohonan melalui RinggitPlus mudah dan cepat, hanya dalam masa kurang dari 10 minit, semuanya boleh dilakukan dari rumah. Korang akan dibantu melalui WhatsApp chatbot untuk mengisi maklumat yang diperlukan sebelum permohonan dihantar ke bank untuk tindakan selanjutnya.

Berminat boleh click disini!

Credit to FintechNews

2. GOpinjam by Touch N Go

GOpinjam adalah platform yang memberikan kemudahan untuk korang untuk buat pinjaman peribadi yang dikawal selia oleh pihak CIMB Bank sendiri. GoPinjam hanya ditawarkan kepada semua pengguna Touch N Go eWallet sahaja.

Dengan syarat pendapatan bulanan minimum RM800, korang boleh apply pinjaman peribadi start dari RM100 sampai ke RM10,000. Dan pinjaman ni korang boleh bayar secara ansurans sehingga 12 bulan.

Cara permohonan GOpinjam

Proses permohonan adalah digital sepenuhnya, dari penentuan kelayakan pinjaman hingga pengesahan permohonan, semuanya dilakukan melalui aplikasi eWallet Touch N Go.

3. Direct Lending

Direct Lending adalah platform perbandingan kewangan yang hampir sama dengan RinggitPlus. Sama macam RinggitPlus jugak, korang boleh apply terus pinjaman peribadi melalui Direct Lending dengan memilih pemberi pinjaman terbaik yang korang rasa sesuai dengan keperluan korang.

Macam mana nak memohon melalui Direct Lending?

Proses permohonan melalui Direct Lending ni mudah dan cepat, hanya dalam masa kurang dari 10 minit, semuanya boleh dilakukan dari rumah.

4. Sloan By Shopee

Sloan adalah pemberi pinjaman berlesen yang disediakan oleh SEA MONEY CAPITAL kepada pengguna Shopee yang terpilih. Kalau korang kaki shopping kat Shopee, korang mungkin akan ditawarkan dengan Sloan untuk membuat pinjaman peribadi direct terus ke bank.

Sloan ni ada dalam app Shopee, tapi kalau korang tak jumpa maknanya korang tak layak dapatkan pinjaman dari Sloan ni.

Macam mana nak apply pinjaman dari Sloan

Kalau korang nampak Sloan ni dalam app Shopee, bermaksud korang boleh activekan dengan buat verification. Bila korang dah submit, pihak Sloan akan review dan tetapkan jumlah yang korang boleh pinjam. Bila dah settle baru korang boleh apply untuk pinjaman. Nak verify pun mudah je, just perlukan IC dan muka korang.

5. Tambadana

Tambadana menawarkan pinjaman peribadi yang sesuai kalau korang memang memerlukan pinjaman peribadi. Platform Tambadana ni selamat kerana ada info syarikat yang jelas dan ada license dari KPKT. Ini bermaksud platform ni dikawal selia oleh KPKT supaya semuanya mengikut undang undang yang ditetapkan.

Macam mana nak apply?

Nak apply pinjaman peribadi korang boleh apply direct dengan website rasmi Tambadana atau korang boleh apply melalui RinggitPlus. Korang boleh buat kiraan interest melalui platform Tambadana sebab diorang ada feature calculator interest.

6. Adacash

Adacash lebih kurang sama macam Tambadana. Adacash menawarkan pinjaman peribadi sehingga RM5000 dan korang akan dapat pinjaman tu pada hari yang sama. Kalau korang memang urgent nak dapatkan pinjaman, korang boleh apply direct dengan website official Adacash. Di website Adacash ni lengkap dengan segala info berkaitan syarikat, dan paling penting diorang memang ada license dari KPKT.

7. ACOM

ACOM lebih kurang sama macam Tambadana dan Adacash. ACOM adalah pemberi pinjaman yang sah kerana mendapat lesen dari KPKT. Jadi kalau korang terjumpa iklan dari ACOM dan korang nak cuba buat pinjaman dari sini, jawapannya adalah boleh & selamat. Tak perlu risau untuk buat pinjaman dengan platform ACOM ni. Korang boleh apply direct di website official ACOM.

Cara nak tahu pinjaman online ni selamat ke tidak

Ada website official

Pastikan platform pinjaman yang korang nak guna tu mempunyai website rasmi.

Ini bukan sekadar tentang website online, tapi juga mengenai domain yang legitimate dan secure (biasanya bermula dengan HTTPS). Website pinjaman berlesen ni biasanya akan sertakan sekali info berkaitan syarikat, produk yang ditawarkan, dan tentunya nombor lesen yang diberikan oleh KPKT.

Tarikh operasi syarikat

Syarikat yang telah beroperasi untuk waktu yang lama biasanya lebih trusted dari syarikat yang baru buat. Ini sebab mereka telah melalui pelbagai situasi ekonomi dan masih lagi bertahan. Mereka juga akan lebih berpengalaman dalam mengendalikan isu-isu yang mungkin timbul sepanjang tempoh pinjaman korang. Review untuk syarikat ni pun mesti dah banyak.

Ada lesen dari KPKT

Ini salah satu benda penting yang korang kena tengok sebelum korang berurusan dengan mana mana platform pinjaman. Dengan lesen KPKT, korang boleh tenang sebab cara diorang dapatkan duit dari korang adalah dengan jalan undang undang. Bukan dengan jalan ugutan.

Ini untuk pastikan keselamatan korang dan keluarga sentiasa selamat. Kalau korang kena tipu tak apa lagi, tapi jangan sampai terkena ugutan dari ahlong yang tidak bertanggungjawab.

Mesti ada pejabat

Syarikat pemberi pinjaman berlesen mesti ada alamat pejabat dan alamat tu bukan AUTA. Tapi mesti ada pejabat diorang sendiri untuk customer datang dan berurusan dengan diorang. Kalau tak ada pejabat, itu boleh jadi satu perkara yang meragukan. Jadi sentiasa berhati hati.

Media sosial yang aktif

Media sosial adalah cara yang baik untuk menilai syarikat. Carilah syarikat yang mempunyai page dengan followers yang ramai dan sentiasa mengemaskini tentang servis mereka, tips kewangan, atau info berguna lain. Ini menunjukkan mereka prihatin tentang engagement dengan customer dan keinginan untuk mengekalkan reputasi yang baik.

Sentiasa update dan informasi terkini

Syarikat yang legit biasanya akan selalu update info terkini di media sosial sosial, selalu update artikel, dan maklumat produk. Ini menunjukkan yang diorang ni sangat komited untuk memberi info kepada pelanggan pada setiap masa.

Review customer

Sebelum korang berurusan dengan syarikat pemberi pinjaman, semestinya korang kena baca review dari pelanggan yang sudah menggunakan servis tersebut. Website seperti Google Reviews, Trustpilot, dan lain-lain boleh jadi sumber yang baik untuk korang menilai. Review yang jujur dari pengguna sebenar boleh memberi insight tentang pengalaman sebenar menggunakan servis pinjaman tersebut.

Populariti brand

Penjenamaan dan populariti syarikat juga penting. Syarikat yang lebih terkenal biasanya lebih dipercayai kerana mereka mempunyai reputasi untuk dipertahankan. Tapi, ini tidak bermakna korang patut mengabaikan syarikat yang baru atau kurang dikenali, asalkan mereka memenuhi kriteria keselamatan yang lain.

Terma dan Syarat

Syarikat yang selamat akan tunjukkan semua terma dan syarat dengan jelas. Tiada satu pun syarat yang tersembunyi. Ini termasuklah kadar interest yang dikenakan, fee, dan syarat lain yang berkaitan dengan pinjaman. Transparant ni penting untuk bantu korang buat keputusan yang lebih tepat.

Respons syarikat terhadap pertanyaan

Syarikat yang memberikan respons yang cepat dan membantu kepada pertanyaan pelanggan menunjukkan tahap perkhidmatan pelanggan yang baik. Ini adalah penting kerana ia menunjukkan syarikat itu mengambil berat tentang kepuasan pelanggan.

Kesimpulan

Hanya pinjaman dari syarikat yang berdaftar dengan KPKT sahaja yang akan dianggap selamat. Selamat dari segi keselamatan diri atau selamat dari kena scam. Nak buat pinjaman korang kena pastikan syarikat yang korang nak pinjam tu betul betul selamat dan bukan ahlong.

Ingat, pinjaman adalah komitmen jangka panjang dan korang tak nak tersangkut dengan syarikat yang tidak sah atau bermasalah. Selalu pastikan korang memilih syarikat yang transparent, bertanggungjawab, dan diiktiraf oleh pihak berkuasa.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Portal Hackers

Financial

Support