Dalam dunia pelaburan, memang susah sikit nak beza mana yang betul-betul selamat dengan yang menipu. Bila sembang bab pelaburan ni perlukan orang yang educated dalam bidang kewangan untuk jelaskan tentang pelaburan ni dengan lebih details.
Bukan semua orang boleh faham apa itu pelaburan, kerana bila sembang bab pelaburan ni penerangan dia boleh jadi sedikit complex. Dalam complex ni la scammer mengambil kesempatan untuk pusing pusing cakap atau manipulasi sehingga ramai yang tak sedar diorang sebenarnya dah kena tipu.
Korang mungkin pernah dengar kisah orang kena scam sebab terjebak dengan pelaburan yang nampak menarik tapi sebenarnya itu adalah perangkap. Jadi, macam mana nak tahu pelaburan tu selamat atau tak? Kami akan kongsikan beberapa tips yang boleh bantu korang buat keputusan dengan lebih bijak.
1. Pastikan pelaburan diselia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC Malaysia)
Kalau korang nak tahu pelaburan tu selamat atau tak, perkara pertama yang korang kena cek adakah syarikat pelaburan tu berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC Malaysia). Jika berdaftar dan disenaraikan dibawah SC Malaysia maka syarikat pelaburan tu adalah selamat.
SC Malaysia ni adalah badan yang ditugaskan untuk pantau dan kawal selia pasaran modal di Malaysia.
Kalau sesuatu pelaburan tu ada dalam senarai SC, maknanya ia telah melalui proses penilaian yang ketat dan memenuhi semua syarat yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.
Sebagai contoh, Unit Trusts atau Amanah Saham adalah salah satu jenis pelaburan yang diselia oleh SC Malaysia. Korang boleh rujuk laman web SC untuk senarai penuh produk pelaburan yang diiktiraf dan dikawal selia. Kalau pelaburan yang korang tengok tak ada dalam senarai SC, baik berhati-hati dan elakkan daripada melabur.

2. Elakkan pelaburan yang menggunakan platform Telegram
Syarikat yang menawarkan pelaburan tapi menggunakan platform seperti Telegram untuk berkomunikasi atau mempromosikan produk pelaburan adalah tanda bahwa syarikat itu sebenarnya SCAM.
Memang betul, ada je group yang guna Telegram untuk info sahih, tapi banyak juga yang guna platform ni sebab mudah untuk sembunyikan identiti dan senang nak lari dari pengawasan pihak berkuasa.
Kebanyakan pelaburan yang menggunakan Telegram ni biasanya beroperasi tanpa lesen yang sah, dan banyak laporan pasal penipuan yang berlaku melalui platform Telegram. Kalau korang perasan pelaburan tu aktif sangat di Telegram dan kurang info di platform yang lain, itu mungkin red flag yang besar.
3. Syarikat pelaburan yang jelas dan telus
Bila korang nak melabur, pastikan korang tahu betul-betul siapa yang menguruskan dana korang.
Syarikat pelaburan yang sah biasanya akan ada info yang jelas tentang syarikat mereka – siapa yang uruskan, berapa lama syarikat tu dah beroperasi, apa rekod pencapaian mereka, dan lain-lain.
Syarikat yang sah juga takkan segan untuk berkongsi maklumat kewangan mereka dan bagaimana dana korang akan diuruskan.
Contohnya, syarikat-syarikat besar seperti Public Mutual, Maybank Asset Management, dan CIMB-Principal Asset Management semuanya ada track record yang jelas dan dikawal selia oleh SC Malaysia. Mereka juga ada laman website rasmi yang lengkap dengan segala info yang korang perlukan untuk buat keputusan.
4. Semak rekod syarikat dan produk pelaburan
Selain dari mengenali syarikat pelaburan, korang juga kena semak rekod produk pelaburan yang ditawarkan. Pelaburan yang selamat biasanya akan ada rekod prestasi yang baik, dan maklumat tentang risiko yang terlibat akan dikongsi secara telus.
Jangan terpedaya dengan janji-janji keuntungan tinggi tanpa risiko yang logik.
Korang boleh semak rekod syarikat dan produk pelaburan melalui laman website rasmi SC Malaysia atau platform lain yang diiktiraf seperti Bursa Malaysia. Kalau pelaburan tu ada rekod prestasi yang baik, ia satu petanda positif. Tapi, kalau maklumat tentang produk tu susah nak dapat atau tak lengkap, lebih baik korang elakkan.
5. Elakkan skim cepat kaya
Skim cepat kaya atau “get-rich-quick schemes” ni memang selalu jadi perangkap bagi orang yang tak sabar nak kaya. Kalau korang ditawarkan pelaburan yang menjanjikan pulangan yang luar biasa tinggi dalam masa yang sangat singkat, itu sebenarnya SCAM.
Pelaburan yang sah dan selamat biasanya akan menawarkan pulangan yang munasabah dan tidak akan menjanjikan keuntungan dalam masa yang terlalu singkat.
Contohnya, Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau Fixed Deposit (FD) adalah jenis pelaburan yang selamat dengan pulangan yang stabil tapi taklah terlalu tinggi. Ini berbeza dengan pelaburan scam yang biasanya menjanjikan pulangan 20-30% sebulan yang tak masuk akal.
Yang cepat kena scam adalah..
Orang orang yang TAMAK & nak cepat kaya. Ingat, tiada jalan untuk korang CEPAT jadi kaya. Kawal ketamakan dalam diri supaya korang tak kena SCAM.
6. Pelaburan yang selamat: Contoh di Malaysia
Antara contoh pelaburan yang selamat di Malaysia termasuklah Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), pelaburan dalam Tabung Haji, dan Unit Trust yang diuruskan oleh syarikat-syarikat besar seperti Public Mutual dan CIMB-Principal. Semua pelaburan ini dikawal selia oleh SC Malaysia dan mempunyai rekod prestasi yang baik.
Selain itu, pelaburan dalam hartanah seperti membeli rumah atau tanah juga boleh dianggap selamat jika dilakukan dengan betul. Namun, penting untuk korang buat kajian dan pastikan semua dokumen dan proses pembelian adalah sah dan lengkap.

7. Jangan mudah terpengaruh dengan testimoni
Akhir sekali, jangan terpengaruh dengan testimoni yang syarikat pelaburan selalu tunjuk. Itu mungkin antara taktik untuk menyakinkan korang supaya korang melabur.
Penipu biasanya akan gunakan testimoni palsu untuk menarik korang melabur. Kalau testimoni tu nampak terlalu sempurna, mungkin itu bukanlah dari testimoni dari pelabur sebenar. Itu mungkin adalah testimoni yang dibuat buat.
Lebih baik korang bergantung pada kajian sendiri dan maklumat yang diperoleh dari sumber yang sahih.
Kesimpulan
Melabur memang boleh jadi cara yang baik untuk meningkatkan kekayaan korang, tapi penting untuk korang sentiasa berhati-hati dan pastikan korang tak terjebak dalam pelaburan yang tidak sah atau meragukan.
Pastikan pelaburan tu dikawal selia oleh SC Malaysia, elakkan dari platform yang mencurigakan seperti Telegram, dan pilih syarikat pelaburan yang jelas dan telus. Dengan buat kajian yang betul, korang boleh melabur dengan lebih yakin dan tenang.
Adakah artikel ini membantu?