Cara protect data korang dari Hacker

Jangan share email korang pada public

Jangan share email korang kepada public.

Contoh macam media sosial, forum atau pun website, korang sebenarnya sedang memudahkan lagi kerja kerja hacker untuk curi data korang.

Sebab tu, korang perlu elakkan share email personal korang kepada public. Korang perlu guna email yang berbeza untuk kerja, personal, dan untuk orang lain contact korang.

Kalau korang ada banyak urusan yang menggunakan email, maka create 1 email khas yang mana korang gunakan email ni hanya untuk berhubung dengan orang luar.

Jangan guna email personal korang yang mana email ni dah digunakan untuk login pada platform macam Bank, Youtube, Google, Media Sosial dan macam macam lagi.

Gunakan two step verification

Ni salah satu cara yang paling power untuk protect account korang dari Hacker.

Dengan adanya two step verification, walaupun hacker dapat password korang, hacker masih tak boleh login sebab ada layer security tambahan.

Hacker perlu dapatkan code pengesahan, dan benda ni memang menyusahkan hacker sebenarnya. Setiap platform digital memang akan ada feature ni, jadi pastikan korang aktifkan.

Kalau platform tu masih tiada feature two step verification ni, bermaksud data korang memang tak selamat kalau ada disitu. Tinggalkan platform yang tak ada security basic macam two step verification.

Kurangkan maklumat peribadi dalam media sosial

Ramai yang suka share tentang kehidupan masing masing secara online, tapi kadang-kadang ramai yang overshare tanpa sedar. Nama penuh, tempat tinggal, no IC, no telefon, kadang tu siap share no akaun bank

Benda ni semua akan buatkan korang menjadi target hacker. So, fikir dua kali sebelum korang post. Kalau korang ada ter post tu, tolong delete dan kurangkan.

Asingkan no telefon personal dan work

Jangan guna no phone korang untuk bisnes, kalau korang ada buat bisnes dan perlu share no secara public, maka gunakan no phone yang khas untuk bisnes.

No phone ni biasanya korang guna untuk register bank, email, dan banyak lagi platform yang lain. Kalau no ni kena hack, semua benda hacker boleh dapatkan.

Kalau korang guna no phone yang khas untuk bisnes, tak perlu risau kalau kena hack pun. Sebab no tu korang tak daftar bank or register platform yang penting. Kena pandai manage.

Kurangkan gambar dalam media sosial

Zaman sekarang zaman AI, hacker boleh gunakan AI untuk copy muka korang hanya melalui gambar yang ada di media sosial.

AI pula boleh detect location gambar korang berada dimana, so walaupun korang ambil gambar yang background dia mungkin orang tak dapat teka, tapi AI boleh teka melalui gambar yang korang share tu.

Benda ni akan menjadi satu petunjuk untuk hacker mendapatkan tempat tinggal korang. So hati hati.

Hide friend korang dalam Facebook

Tak semua orang perlu tau siapa kawan-kawan korang. Dalam Facebook, korang boleh set privacy supaya hanya korang je yang boleh nampak friend list korang.

Hacker zaman sekarang dah advanced, hacker boleh gunakan OSINT untuk menyiasat SIAPA KORANG YANG SEBENARNYA.

Diorang akan cari data tentang korang melalui kawan kawan, family dengan menggunakan list friend di Facebook sahaja. So, Jangan terkejut kalau hacker boleh tahu maklumat tentang keluarga dan kawan kawan korang.

Jangan click link yang mencurigakan

Ini rule yang paling penting: kalau korang nampak link yang pelik atau tak dikenali, lebih lebih lagi yang tak boleh dibaca ayatnya, jangan sesekali click. Banyak dah berlaku kes scam dan phishing bila korang start click link macam ni.

Kalau ada benda benda yang menarik perhatian korang macam video hot, gambar hot, korang kena jaga jaga dah, semua itu semua perangkap. Korang tekan, selamat jalan lah.

Pakai Truecaller untuk detect no scammer

Truecaller ni satu app yang boleh bantu korang detect sama ada no yang call korang tu no scammer ke tidak. App ni memang berguna, sebab korang boleh elakkan diri dari terkena scam.

Nak guna Truecaller ni FREE je, tapi ada juga options untuk upgrade kepada premium. Selain Truecaller ada macam macam app lagi korang boleh guna, contohnya macam GetContact dan Whoscall.

Jangan buat urus niaga dalam media sosial

Bila korang nak beli barang secara online, pastikan korang menggunakan platform yang selamat macam TikTok, Shopee, Lazada.

Sebab platform-platform ni ada sistem yang boleh protect buyer dan seller. Plus, kalau ada apa-apa masalah, korang boleh minta refund semudah ABC.

Jangan beli apa apa barang melalui media sosial, lagi lagi kalau melibatkan duit yang besar. Ramai orang buat pembelian dalam media sosial, tapi akhirnya rugi berpuluh ribu kerana di scam.

Install antivirus pada devices

Antivirus ni penting untuk protect devices korang kalau korang ni jenis banyak berurusan dengan orang luar, banyak terima file file penting melalui email, kerja yang melibatkan duit yang besar, maka antivirus ni satu benda yang penting untuk protect data korang.

Lagi besar bisnes yang korang jalankan, lagi besar juga risiko untuk korang menjadi target Hacker. Jadi untuk protect, perlukan antivirus supaya bertambah susah Hacker nak dapatkan data korang.

So itu sahaja perkongsian kali ini. Harap artikel ni membantu korang untuk lebih berjaga-jaga dalam dunia digital yang penuh dengan cabaran ni. Ingat, prevention is better than cure. Jaga data diri korang macam jaga harta karun.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Portal Hackers

Financial