Sebenarnya orang yang kaki sembang ni tak layak digelar hacker, cuma dalam artikel ni kita akan gunakan gelaran hacker sebab itulah anggapan masyarakat kepada puak puak yang kaki sembang macam ni.
Kalau korang selalu lepak dengan kawan-kawan yang suka cerita besar pasal teknologi, korang kena hati hati sikit sebab sekarang ni ramai je orang kaki sembang dan dia punya sembang tu memang kencang sampai pokok pun boleh tumbang. Sebenarnya dalam dunia hacker pun ada sisi gelap dia jugak. Antaranya diorang ni pandai buat cerita yang susah sikit orang educated nak percaya tapi cukup menarik untuk up dalam artikel ni. Jom tengok ciri ciri hacker kaki sembang ni.
1. Suka cakap besar
Hacker kaki sembang suka membesar-besarkan kemampuan diorang. Asyik cakap boleh hack semua benda, dari bank sampai la ke sistem kerajaan, tapi bukti tak pernah nak nampak. Biasanya orang macam ni akan terus menerus bercakap pasal kebolehan dan pencapaian yang kononnya luar biasa, walaupun tak ada bukti. Bila minta hack, macam macam alasan dia bagi.
Tiber busy la, tiber tak ada tools lengkap la, tiber macam macam hal. Kadang-kadang tu diorang ni suka cakap besar pasal benda benda yang tak logik langsung, tapi diorang tetap yakin orang lain akan percaya.
Diorang akan gunakan bahasa teknikal dan jargon untuk buat korang rasa kagum dan teruja dengan “kehebatan” diorang. Selalunya, diorang buat macam ni untuk cari perhatian dan dapat pengiktirafan daripada kawan-kawan atau komuniti diorang.

2. Suka up cerita yang tak masuk akal
Cerita yang diorang sampaikan ni kadang-kadang memang tak logik pun, tapi masalahnya ramai pulak yang masih percaya. Ada yang kata boleh hack satelit kat angkasa lepas, masuk sistem syarikat besar la, padahal takde bukti langsung. Diorang memang suka bercerita pasal kejayaan yang luar biasa tapi tak pernah share apa apa bukti. Katanya kalau share pun bukannya faham pun. Maklumlah kebanyakan teknikal dan code je. Kalau ada ciri ciri ni, korang kena faham faham la, orang macam ni sebenarnya mental.
3. Selalu mengaku kenal dengan orang berpengaruh
Hacker kaki sembang ni memang suka guna nama nama organisasi yang famous lepas tu diorang akan cakap kenal dengan semua nama nama tu, siap kawan lagi dengan pakar keselamatan siber untuk tambah lagi kredibiliti cerita-cerita yang diorang dah buat. Diorang akan klaim yang diorang ni berkawan rapat dengan tokoh-tokoh besar termasuk la menteri dalam dunia siber untuk nampakkan yang diorang ni WOW.
Padahal, diorang tak pernah pun jumpa pun dengan orang-orang yang diorang sebutkan tu. Biasanya diorang akan cuba buat korang percaya yang diorang ni betul betul pakar dalam bidang IT. Korang mungkin akan rasa kagum sekejap, tapi lama-lama mesti korang perasan yang semua tu cuma sembang kencang langit pun boleh runtuh.
4. Tak suka dikritik
Ini paling ketara, bila cerita diorang ni dipersoalkan atau dikritik, diorang cepat marah atau jadi defensif. Sebab diorang tahu cerita tu sebenarnya tak betul. Diorang tak suka bila orang lain mengkritik atau mempersoalkan kebolehan diorang. Diorang akan jadi sangat defensif dan cepat melenting jika ada yang cuba membuktikan cerita diorang tak betul. Lagi lagi kat dalam group whatsapp/telegram dan ada ramai user yang aktif membaca.
Benda macam ni jadi sebab diorang sedar yang cerita diorang tu sebenarnya takde asas yang kukuh. Jadi, bila ada yang cuba persoalkan atau kritik, diorang akan rasa terancam dan mula menyerang balik dengan alasan yang tak masuk akal atau menyerang peribadi orang yang kritik diorang.

5. Suka buat cerita SENSASI
Hacker kaki sembang suka buat dakwaan sensasi yang susah nak percaya, contohnya macam boleh diorang claim boleh kawal seluruh network internet atau ada akses kepada maklumat rahsia kerajaan. Diorang akan claim dan buat jadikan cerita hot untuk pastikan diorang sentiasa menjadi perhatian.
Walaupun dakwaan diorang ni tak boleh pakai, diorang akan bercerita dengan penuh keyakinan. Dia punya yakin tu sampai korang yang dengar pun akan jadi yakin. Tujuan dia buat adalah untuk buat korang rasa kagum dan teruja dengan kehebatan yang diorang ada. Kadang-kadang, cerita-cerita sensasi ni dibuat untuk menakut-nakutkan korang atau buat korang rasa yang diorang ni betul-betul hebat dan tak boleh dipersoalkan.
6. Berlagak macam pakar dalam semua bidang
Selain hacking, diorang ni biasa akan mengaku pakar dalam pelbagai bidang teknologi lain. Suka bagi nasihat yang tak diminta dalam topik yang diorang sendiri tak betul-betul mahir. Diorang berlagak macam diorang ni tahu segala-galanya tentang semua perkara teknikal. Diorang akan bercakap dengan keyakinan yang sangat tinggi tentang topik-topik yang diorang sendiri tak berapa nak faham.
Tujuannya diorang buat macam ni adalah untuk menonjolkan diri diorang sebagai seorang yang sangat berpengetahuan dan serba boleh. Tapi, bila korang mula tanya soalan yang lebih mendalam, diorang akan cepat kantoi sebab pengetahuan diorang sebenarnya sikit je. Sekadar benda benda basic boleh la jawab.
7. Suka show off apps dan tools yang advanced
Selalu screenshot dan tunjuk guna aplikasi dan tools canggih, siap ada code lagi kat dalam tu, konon konon macam tengah hack la, tapi sebenarnya diorang pun tak tahu. Contohnya macam terminal, ada banyak code yang complex, semua tu diorang nak tunjuk sebab nak bagi korang rasa kagum je. Padahal diorang sendiri tak tahu pun cara sebenar nak guna. Tools mahal, software pun nampak complex, dan semua tu memang diorang ada. Tapi hakikatnya, diorang hanya tahu permukaan je, tak tahu pun cara guna dan selok-belok yang sebenar.

8. Claim buat hack tapi sebenarnya kutip gambar Google je
Untuk tambah kredibiliti, diorang suka tunjuk gambar gambar hacking konon kononya itu adalah hasil diorang hack padahal gambar tu sebenarnya diorang ambil dari Google je, lepas tu claim tu hasil kerja diorang. Ini adalah cara mudah diorang untuk memperdayakan orang lain dan menambah kredibiliti pada cerita diorang.
Gambar-gambar yang diorang selalu share tu biasanya akan nampak professional dan impressive, tapi hakikatnya, tu semua bukan hasil kerja diorang. Diorang cuma ambil dari sumber lain dan klaim sebagai hak milik diorang untuk nampak hebat.
9. Suka mencelah perbualan
Suka sangat mencelah percakapan orang lain dan menguasai perbualan. Tak bagi peluang orang lain bercakap, konon diorang lebih tahu pasal IT. Diorang suka mencelah perbualan orang lain dan cuba menguasai perbualan dengan cerita-cerita diorang.
Diorang tak bagi peluang orang lain bercakap dan selalu cuba menunjukkan yang diorang lebih tahu tentang IT. Dengan menguasai perbualan, diorang rasa lebih berkuasa dan lebih dihormati. Tapi sebenarnya, sikap macam ni cuma buat orang lain rasa meluat dan annoyed je.
10. Baru belajar DDoS dah tapi dah mendongak ke langit
Baru je belajar cara buat DDoS, terus rasa diri tu dah jadi hacker sedunia. Padahal DDoS je pun. Diorang akan bercerita seolah-olah diorang ni dah boleh jatuhkan mana-mana website, padahal baru je belajar benda asas.
Diorang tak sedar yang DDoS ni hanyalah salah satu teknik dalam bidang hacking, dan bukannya sesuatu yang menunjukkan kebolehan hacking yang tinggi. Kalau korang nak tahu, DDoS ni adalah satu teknik yang paling bawah sekali dalam dunia hacking. Sesiapa pun boleh belajar DDoS ni dan NOTHING.
11. Baru belajar install terminal dah batak sembang satu alam
Ini adalah spesis jakun. Baru je belajar cara install terminal, terus batak nak cerita dekat satu dunia. Terus kecoh satu alam sampai semua benda nak dia nak cerita. Padahal baru je belajar terminal.
Diorang akan bercerita seolah-olah diorang dah lama dalam bidang ni dan dah jadi pakar dalam masa yang singkat, padahal baru belajar benda asas. Sikap macam ni menunjukkan yang diorang nak cepat dapat pengiktirafan tanpa diorang sendiri betul-betul faham apa yang diorang belajar dan buat. Korang mesti pernah jumpa orang yang baru belajar benda basic, tapi terus rasa diri tu dah pro.
12. Recode tools orang lain lepas tu claim tools sendiri tapi tak function
Biasanya hacker kaki sembang ni suka recode tools orang lain. Bukan sekadar recode tools orang lain, tapi juga akan claim tools tu dia yang buat, padahal apa yang diorang recode tu sebenarnya tak function pun. Lepas tu macam macam lagi diorang akan claim, contohnya dah ubah suai lah, dah improve tools tu bagi power la, tapi sebenarnya hampeh. Semua tak function. Kalau function pun, itu adalah feature yang memang sedia ada sebelum diorang recode lagi. So korang nampak tak? Diorang ni nak nampak hebat je, tapi ZERO.
13. Suka sailang webshell orang lain
Suka sailang webshell orang lain, padahal URL tu tak valid pun kalau nak dipostkan dekat mana-mana mirror. Diorang akan claim yang diorang yang buat kerja tu, walaupun sebenarnya diorang ni cuma ambil hasil kerja orang lain. Diorang ni tak lain tak bukan hanyalah orang yang suka menumpang kejayaan orang lain. Perbuatan ni bukan je tak jujur, tapi juga menunjukkan yang diorang takde integriti dan sanggup buat apa saja untuk nampak hebat.

14. Post website defacement dari hasil uploader orang lain
Diorang selalu post website defacement yang sebenarnya itu adalah hasil kerja dari uploader webshell orang lain. Diorang akan claim itu adalah hasil kerja diorang sendiri. Padahal auta je, sebab diorang akan cuba nak tunjuk yang diorang ni hebat dan berkemahiran tinggi. Semua tu sebab nak nama naik je. Perbuatan macam ni bukan je tak jujur, tapi juga menunjukkan satu perbuatan yang memang tak professional. Kalau korang jumpa orang macam ni, korang boleh kutip buat lauk.
15. Claim diri hacker tapi dedah personal info
Hacker sebenar takkan sesekali dedahkan info peribadi diorang pada public. Sebab kerja kerja hacking ni sebenarnya kerja yang berbahaya dan boleh dihukum penjara jika didapati bersalah. So korang sendiri tahu, yang hacker ni bukan benda yang main main, kalau betul hacker, confirm orang akan kutip untuk kerja dengan diorang. Tapi yang wujud adalah hacker yang sembang kencang boleh hack sana sini, lepas tu dengan bangganya perkenalkan diri kepada public. Nampak sangat nak nama.

16. Hack web kerajaan tak pakai VPN
Diorang biasanya suka hack web kerajaan tapi tak pakai VPN, sebab konon-kononnya diorang ni dah expert dan orang lain susah nak trace dan susah nak kena kutip. Diorang akan cerita macam mana diorang berjaya hack web kerajaan dengan mudah tanpa guna apa apa protection tapi tak kena tangkap pun. Padahal, apa yang diorang buat ni sangat berisiko dan boleh menyebabkan diorang ni dikesan dan ditangkap. Tapi diorang biasanya akan tetap nak tunjuk yang diorang ni hebat dan berani, walaupun apa yang diorang buat tu nampak bodo dan tak bertanggungjawab.
Adakah artikel ini membantu?