Elementor AI: Bantu korang menulis content website!

Ada berita baik ni!

Elementor adalah website builder paling power untuk WordPress, dah tambah feature AI secara native. 

Maksudnya, sekarang korang dah boleh guna AI untuk create dan improve teks & boleh generate code untuk (HTML, Custom Code, dan Custom CSS). 

Bukan tu je, Elementor pun dah start develop fasa seterusnya iaitu AI Image. Bermaksud korang boleh create image korang sendiri menggunakan AI Image. 

Macam mana Elementor AI boleh bantu?

Dengan Elementor AI, banyak perkara yang korang boleh buat untuk website korang:

  • Cepat dan efisien: AI writing assistant dalam Elementor boleh create teks asli untuk website korang dalam beberapa saat je. Jadi, korang boleh jimat masa dan tenaga dalam menulis content.
  • Betulkan kesilapan: Selain tu, korang boleh guna untuk betulkan kesilapan ejaan dan tatabahasa untuk pastikan website korang hantar mesej yang tepat dengan kualiti tinggi.
  • Website multilingual: Dengan Elementor AI, korang boleh translate website korang ke mana-mana bahasa. Ini membolehkan korang reach audience yang lebih luas dan tingkatkan pengalaman pengunjung untuk bahasa yang berbeza.
Elementor AI
Photo by Tranmautritam

AI Writing Assistant: Penulis draft untuk content

Elementor dah tambah AI writing assistant dalam area teks setiap elemen, yang membolehkan korang create teks original untuk website korang, di mana sahaja korang perlukan, AI Writing ni sentiasa ada. 

Korang boleh copy untuk website korang sendiri, propose teks untuk client, atau populate website yang korang bina untuk client dengan placeholder text yang memudahkan mereka visualisasikan projek yang dah siap. 

AI writing assistant ni boleh guna untuk create copy pendek dan panjang berdasarkan arahan yang korang beri.

Tingkatkan content website korang

Untuk jaga brand style yang konsisten sepanjang website korang, adjust content website korang dengan Elementor AI. 

Boleh buat teks pendek atau panjang untuk sesuai dengan setiap bahagian website. Korang boleh simplify style penulisan, atau buat lebih profesional ikut audience website korang. 

Selain tu, korang boleh guna untuk betulkan kesilapan ejaan dan tatabahasa untuk pastikan website korang hantar mesej yang tepat dengan kualiti tinggi.

Elementor AI
Photo by Negative Space

Harga Elementor AI

Sekarang, korang mesti nak tahu berapa harga untuk guna Elementor AI ni kan? Well, Elementor AI ni tak termasuk dalam pakej Elementor Pro, tapi kena beli yang lain. Harga dia ada tersendiri. 

Dari apa yang kita dapat tahu, harga untuk Elementor Pro AI ni adalah $2.99 sebulan atau $35.88 setahun. So, korang kena budgetkan duit korang elok-elok la kalau nak guna tool ni.

Tapi percayalah, dengan semua kelebihan yang korang dapat dari Elementor AI ni, harga tu memang berbaloi. 

Korang boleh create konten yang lebih baik dan lebih cepat, dan website korang pun akan nampak lebih profesional dan menarik. 

So, apa lagi? Jom try Elementor AI hari ni!

Artikel berkaitan

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Related Article..

Portal Hackers

Financial

Support