ChatGPT adalah Chatbot AI yang boleh bantu korang dalam banyak perkara. Terutama yang melibatkan kerja kerja digital. Maybe korang dah tahu tentang ChatGPT ni or maybe belum tahu banyak. Kami akan jelaskan feature yang ada pada ChatGPT. Ini adalah antara feature yang mungkin korang tak tahu.

ChatGPT adalah PERCUMA

Yang pertama adalah ChatGPT ni percuma sampai bila bila.

Apa yang percuma adalah ChatGPT ni korang boleh gunakan secara percuma unlimited dengan menggunakan model GPT 3.5 iaitu model yang akan membantu korang dalam urusan harian, pertanyaan basic, info umum dan sebagainya.

Lebih best, korang tak perlu register pun untuk gunakan ChatGPT ni. Korang cuma perlu download dan terus tanya soalan. Simple.

Memory (ingatan) yang awesome

ChatGPT dah ada feature memory.

Ini maksudnya ChatGPT akan ingat siapa korang. Dia akan tahu yang korang ni suka kerja yang macam mana, penulisan yang macam mana, apa yang tak suka dan sebagainya. Semua ni ChatGPT akan belajar semasa korang chat dengan ChatGPT.

Macam otak manusia jugak, ChatGPT boleh ingat benda-benda yang korang share sebelum ni.

Contohnya, kalau korang pernah cerita pasal minat korang dalam satu conversation, next time bila korang chat lagi, ChatGPT boleh relate balik dengan benda tu. So, korang boleh la continue conversation dari mana korang tinggalkan.

Tapi, korang kena ingat, ni semua bergantung pada setting privacy korang jugak. Kalau korang tak nak ChatGPT ingat apa-apa, korang boleh off memory feature tu.

Feature ChatGPT yang ramai tak tahu - Latest
Credit to LinkedIn

GPT-4o percuma

ChatGPT menggunakan model GPT 3.5 secara free dan unlimited. Tapi kalau korang nak upgrade kepada GPT 4 iaitu model yang lebih bijak dan complex dari GPT 3.5, korang kena upgrade kepada ChatGPT Plus untuk access ke model yang lebih advanced.

ChatGPT juga dah release model terbaru iaitu GPT 4o yang mana lagi advanced dan bijak dari model GPT 4. Yang best tentang GPT 4o ni, adalah korang boleh guna GPT 4o ni secara percuma tapi dengan limited request.

So kalau korang nak tahu, model GPT 4o ni bijak mana, korang boleh try je chat dengan ChatGPT sebelum korang decide untuk subscribe kepada ChatGPT Plus.

GPT-4o mini untuk semua

Ini paling latest, Open AI release satu lagi model yang sama, cuma lebih murah kosnya. Ini memang satu berita baik bagi semua developer yang ingin gunakan API dari model ni. So peluang untuk buat duit dengan app sendiri tu makin menguntungkan.

Boleh cipta gambar

ChatGPT mestilah boleh create kan gambar untuk korang. Gambar yang dia create adalah berdasarkan kepada prompt yang korang buat. Macam macam gambar yang korang boleh buat dan pastinya gambar yang dihasilkan oleh model GPT 4 ni sangat realistic. Untuk buat gambar, korang perlu subscribe kepada ChatGPT Plus.

Analisis dan create code

Kalau korang programmer atau tengah belajar coding, korang akan appreciate gila dengan feature ni. ChatGPT boleh tolong korang analisis code korang untuk cari error atau optimize performance. Korang just boleh paste code korang dan ChatGPT akan bagi feedback dan suggestions.

Bukan tu je, kalau korang stuck atau tak tahu nak start macam mana, ChatGPT boleh generate code dari scratch based on requirements korang. Korang bagitau je apa yang korang nak buat, dan ChatGPT akan bagi korang template code yang siap dengan explanation sekali.

Korang boleh je bina website dan app korang sendiri dengan bantuan ChatGPT. Semestinya menggunakan direct code!

Feature ChatGPT yang ramai tak tahu - Latest
Credit to God of Prompt (X platform)

GPT builder

GPT builder ni satu lagi tool yang menarik. Dengan GPT builder, korang boleh customize dan train model korang sendiri based on specific needs korang.

Contohnya, kalau korang ada business yang perlukan chatbot yang specialize dalam customer service, korang boleh guna GPT builder untuk train model yang specific kepada industry korang.

Korang boleh upload dataset korang dan configure model untuk match dengan requirements yang korang nak. Memang sesuai untuk business atau project yang perlukan customization.

Upload PDF untuk bagi dia faham

Kadang-kadang korang ada document yang panjang lebar macam PDF, dan korang nak extract information untuk bagi pada ChatGPT faham content tu. Benda macam ni leceh sebenarnya tapi disebabkan ChatGPT ada feature untuk upload PDF pada ChatGPT semuanya jadi mudah.

Korang upload je PDF tu dan ChatGPT boleh baca dan analyze content dalam PDF tu. Contohnya, korang ada research paper atau report yang korang nak summary, korang upload je PDF tu dan ChatGPT akan bagi korang summary yang concise dan comprehensive.

Kesimpulan

ChatGPT memang percuma sampai bila bila tapi kalau korang nak gunakan model yang lebih advanced korang boleh subscribe ChatGPT Plus dengan harga 20 USD sebulan. Lebih kurang dalam RM94 ringgit sebulan. Kalau beli melalui Google atau Apple, harga mungkin jadi lebih mahal sehingga RM98.

Sharekan artikel ni kalau korang rasa bermanfaat.

Tinggalkan Pendapat Anda