Chapter 2: Cara buat gambar yang realistic dengan ChatGPT

Korang mesti pernah nampak gambar AI yang tersebar di media sosial. Gambar tu nampak macam real tapi korang pun mesti tahu yang gambar tu edit je sebenarnya.

Lagi tepat sebenarnya gambar tu di generatekan oleh AI macam ChatGPT. So persoalan kat sini, macam mana nak gunakan AI untuk korang buat gambar yang realistic dan advanced macam tu? Jom baca lagi.

Tapi sebelum, artikel ni hanya untuk korang yang gunakan ChatGPT sahaja. Kalau korang tak tahu ChatGPT tu apa, boleh baca dari Chapter 1.

Perlu upgrade kepada ChatGPT Plus

Okay, first thing first, kalau korang nak hasilkan gambar AI yang nampak realistic ni, korang perlu upgrade akaun ChatGPT korang kepada ChatGPT Plus.

Sebab nak buat gambar AI ni tak FREE.

Untuk buat gambar ni ChatGPT perlu gunakan GPT 4. Harga untuk korang subscribe per month adalah dalam 20 USD (RM94+), tak mahal mana pun kalau nak banding dengan hasil yang korang akan dapat kan.

Boleh bayar guna kad debit

Tak perlu risau pasal macam mana nak bayar. Senang je, korang boleh guna kad debit. Just masukkan details kad debit korang bila korang nak upgrade kepada GPT 4, dan voila, semua set!

Adakah ChatGPT ni selamat?

Faham je ramai orang was was bila nak buat pembayaran online ni, mesti korang takut kena scam kan, Tapi, korang jangan risau. Pembayaran melalui ChatGPT ni selamat.

ChatGPT ni famous sampai satu dunia guna ChatGPT ni. Setakat ni tak ada report lagi pasal ChatGPT scam duit orang.

Kalau korang upgrade melalui app di smartphone, semua diuruskan melalui Google Pay or Apple Pay

Kalau korang lebih prefer buat semua benda guna smartphone, lagi senang. Bila korang upgrade melalui app, semua pembayaran akan diuruskan melalui Google Pay atau Apple Pay.

Senang, cepat, dan secure. Tak perlu masukkan kad debit kalau korang dah set di Google atau Apple.

Perlu setkan Customize ChatGPT

Lepas korang dah upgrade ke ChatGPT Plus, step seterusnya adalah korang perlu customize setting ChatGPT korang.

Benda ni penting untuk korang dapatkan gambar yang realistic, atau kalau korang prefer, korang boleh off feature customize ni dan korang boleh buat gambar melalui prompt secara manual je.

Buat gambar secara manual melalui prompt

Korang yang dah sampai kat sini mesti tahu prompt tu apa. Untuk buat gambar yang cantik, realistic, korang perlu tahu buat prompt yang details untuk korang dapatkan hasil yang baik.

Korang boleh buat prompt yang sangat details macam angle, mood, lighting, sampailah ke specific details macam texture atau expressions. So, jangan takut untuk buat eksperiment dan tengok apa yang korang boleh hasilkan.

Ada beza kalau gunakan Customize ChatGPT dengan tak guna, contoh nya kalau korang guna Customize ChatGPT, korang tak perlu detailskan lagi dalam Prompt korang berulang kali setiap kali nak generate image. Just cakap burung je.

Dia akan terus buat gambar burung dengan apa yang korang dah set kan di customize ChatGPT. Simple kan.

Study buat prompt dengan lebih details

Okay, step seterusnya yang korang kena belajar, macam mana nak generatekan gambar yang ultra-realistic. Dan paling penting ialah memahami dan menguasai seni dalam membuat prompt yang detailed.

Benda ni crucial gais, sebab cara korang craft prompt tu yang akan tentukan sejauh mana ke-realistic-an gambar yang akan dihasilkan. Pergh.

Kenali jenis prompt yang ada

Pertama sekali, korang kena faham yang ada berbagai jenis prompt. Ada yang simple, contoh macam ni “gambar kucing di taman”.

Tapi, kalau korang nak hasil yang lebih specific dan detailed, korang kena tambah details macam jenis kucing, waktu, cuaca, mood, dan banyak lagi. Semakin banyak detail, semakin real la gambar yang korang akan dapat.

Contohnya macam ni “Buatkan gambar kucing yang realistic, sedang berada di KL, naik skateboard. Gambar nak realistic, 4K photograph HDR, RTX, 3D rendering, ultra realistic, and more.”

Ini cuma contoh prompt, semua element dimasukkan.

Tak perlu pun masukkan semua element macam tu, tapi untuk korang faham saja dan perlu pilih element yang sesuai ikut pada gambar yang korang nak hasilkan.

Gunakan bahasa yang clear dan precise

Bila buat prompt, gunakan bahasa yang clear dan precise. Jangan guna bahasa short macam dalam WhatsApp or WeChat. Korang nak kena sampaikan apa yang AI faham.

Contoh, kalau korang nak gambar landscape yang calm dan peaceful, describe kan suasana tu dengan se-detail mungkin – adakah ada sungai? Gunung? Apa warna langit? Macam mana dengan cahaya matahari?

Semua ni penting untuk pastikan outcome tu exactly macam apa yang korang imagine.

Eksperimen dengan berbagai prompt

Jangan takut untuk buat eksperimen. Kadang-kadang, korang mungkin kena try banyak kali sebelum dapat exactly apa yang korang nak.

Variasikan prompt korang, ubah details, dan lihat macam mana hasilnya berubah. Ini cara terbaik untuk learn dan dapatkan insight tentang macam mana sistem AI ni bekerja dan respond kepada instructions korang.

Belajar dari community

Last but not least, manfaatkan community yang ada. Banyak forums dan groups di internet yang berkongsi tips dan tricks untuk buat prompt yang effective.

Korang boleh belajar banyak dari pengalaman orang lain. Plus, kadang-kadang korang akan jumpa inspirasi baru untuk try dalam projek korang sendiri.

Generate gambar UNLIMITED

So korang dah ready untuk unleash potensi penuh ChatGPT untuk hasilkan gambar yang tidak terhad.

Tapi, ada satu benda korang kena ingat – walaupun korang dah upgrade dan dah jadi master dalam buat prompt, GPT-4 ini ada limit usage untuk setiap session.

Fahamkan limit 3 jam dan 40 message

Untuk GPT-4, ada satu policy yang korang kena tau. Setiap 3 jam, korang hanya boleh hantar maksimum sebanyak 40 messages.

Ni termasuklah prompt untuk buat gambar. Jadi, korang kena plan betul-betul apa yang korang nak tanya atau buat dalam setiap session tu. Lepas 3 jam, baru la limit tu akan reset, dan korang boleh start guna balik dengan limit yang sama.

So itu lah cara untuk korang buat gambar yang realistic dan advanced dengan menggunakan ChatGPT. Korang patut study juga bab Microsoft Copilot kalau korang belum tahu.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Portal Hackers

Financial

Support