Chapter 1: Cara menggunakan ChatGPT - Ramai masih tak tahu

Kalau korang masih tak tahu nak gunakan ChatGPT ni macam mana, aku akan tulis dalam artikel ni untuk share dan bagi tahu macam mana nak gunakan ChatGPT ni dalam membantu kerja korang.

ChatGPT ni sesuai untuk korang yang bekerja sebagai Cikgu, Programmer, Penulis, Engineer & kerja kerja yang melibatkan PC. Kalau jenis kerja dekat luar mungkin ChatGPT ni tak berapa nak relevan untuk korang.

Tapi kalau korang seorang yang suka belajar benda benda baru, then ChatGPT ni sangat sesuai untuk korang. Sebab platform ni boleh jadi platform pembelajaran untuk korang study macam macam.

Download app ChatGPT atau direct ke website ChatGPT

Pertama sekali, korang kena download app ChatGPT dari Google Play Store atau Apple App Store. Korang boleh register terus melalui app dalam smartphone korang.

Kalau dekat laptop atau PC pulak, korang boleh terus pergi ke website rasmi ChatGPT. Tak perlu install apa-apa.

Korang jangan risau pasal cost sebab ChatGPT ni FREE forever.

Register dengan email korang. Boleh login terus dengan Google.

Bila dah buka app atau website, next step ialah register.

Senang je, korang cuma perlu gunakan email yang aktif. Nak lagi senang, boleh terus login guna Google account korang. Benda ni akan buat proses jadi lebih cepat dan mudah, tak payah ingat password baru. Simple.

Bila korang dah dapat access, boom. Semua dah ada dalam ChatGPT. Korang boleh tanya apa sahaja yang korang nak dalam bahasa English dan Melayu. Semua bahasa pun boleh. No problem.

Boleh register Email atau Continue with Google.

Pengenalan tentang Customize ChatGPT – detailskan

Ni part yang best, ChatGPT boleh di-customize ikut citarasa korang.

Contohnya, korang boleh setkan ChatGPT korang untuk dia jawab dengan respon yang korang nak, atau ikut gaya percakapan yang korang suka. Contoh korang boleh setkan pada ChatGPT ni untuk tuliskan email, draft, dalam format yang macam mana korang suka dan sebagainya.

Customize ChatGPT ni sebenarnya memudahkan korang untuk dapatkan respon or jawapan yang lebih tepat dari ChatGPT.

Customize ChatGPT

Apa itu Prompt

Prompt ni basically macam keyword atau soalan yang korang guna untuk berinteraksi dengan ChatGPT. Contoh, korang nak tahu pasal cara nak buat kek, korang boleh je type “Cara buat kek” sebagai prompt. Dari situ, ChatGPT akan paham apa yang korang nak dan dia akan cuba bagi jawapan yang terbaik.

Bab Prompt ni memang mudah untuk benda yang mudah.

Tapi bila masuk bab yang complex macam pertanyaan korang tentang code, medical dan lain lain, korang kena pandai BAGI PROMPT yang betul. Ringkasnya jawapan yang korang dapat based pada prompt yang korang bagi.

Lagi complex prompt korang, lagi complex la jawapan yang korang akan dapat. Simple. So korang perlu master bab prompt ni sebab dalam Chapter 2 kita akan belajar cara buat gambar AI melalui prompt.

Boleh tanya apa sahaja

Yang ni penting, korang boleh tanya apa saja dengan ChatGPT. Dari soalan akademik, nasihat peribadi, sampai benda-benda random macam trivia. ChatGPT ni macam kawan yang tahu banyak benda, ready je nak jawab apa saja pertanyaan korang.

Tapi ingat, ChatGPT ni ada juga limit dia. Kalau soalan terlalu kompleks atau spesifik sangat, mungkin dia akan struggle sikit nak bagi jawapan yang korang harapkan.

Pilih GPT 3.5 untuk everyday tasks

Kesimpulan

So, itulah dia cara-cara menggunakan ChatGPT yang aku rasa ramai yang belum tahu.

Dengan follow step ni, harapnya korang boleh start guna ChatGPT dengan untuk mudahkan kerja korang. Ingat, ChatGPT ni macam kawan korang. Lagi banyak korang bercakap dengan ChatGPT ni, lagi banyak ilmu yang korang boleh dapat. Jangan lupa try.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Portal Hackers

Financial

Support