Hati hati bila nak buat personal loan di Facebook

Majoriti adalah scam

Pertama sekali, korang perlu faham majoriti personal loan yang korang jumpa di Facebook adalah scam. Ini bermakna, daripada 10 personal loan yang korang jumpa, mungkin 9 daripadanya adalah scam. Yes, nak cari personal loan di Facebook memang banyak, tapi susah nak cari yang betul.

Scammer tahun 2024 ni menggunakan pelbagai taktik untuk menipu korang, dan salah satu caranya adalah melalui personal loan.

Diorang akan buatkan korang rasa seolah-olah yang korang boleh dapatkan pinjaman dengan mudah, tapi sebenarnya diorang hanya nak menipu korang je.

Personal loan tak perlu duit

Kedua, bila korang apply personal loan, korang sebenarnya tak perlu bayar apa-apa pun. Sebab, bila korang apply loan, korang sebenarnya sedang memohon untuk mendapatkan duit, bukan untuk membayar duit.

Jadi, kalau ada yang minta korang bayar, itu adalah tanda tanda yang jelas yang korang mungkin tengah kena scam. Jadi, jangan mudah percaya percaya dengan personal loan yang macam ni.

Yes, memang personal loan perlukan fee or stamp duty untuk korang bayar, tapi semua tu akan ditolak dari pinjaman yang korang mohon. Sekali lagi memang tak perlu bayar apa apa.

Jangan tekan link yang meragukan

Ketiga, bila korang apply personal loan, mungkin ada yang akan hantar link pada korang. Ingat, jangan tekan sebarang link yang nampak meragukan.

Bila korang tekan link tu, korang mungkin terkena scam. Scammer akan gunakan link tu untuk mencuri maklumat korang atau hack akaun peribadi korang. Jadi, jangan mudah untuk tekan sebarang link yang nampak meragukan.

Jangan isikan details bila diminta

Keempat, selain dari link, ada juga yang akan minta korang isikan details peribadi macam IC, no bank dan data sensitive. Contohnya macam TAC, Approval dari app, password bank dan sebagainya.

Ini adalah taktik yang biasa digunakan oleh scammer.

Diorang akan gunakan maklumat tu untuk mencuri duit korang atau untuk melakukan aktiviti haram. Jadi, jangan sesekali isi! Kalau nak isi nama tak apa, tapi jangan bagi details yang sensitive macam password or TAC. Kalau korang bagi jugak, korang mungkin kena scam.

RinggitPlus – Personal loan yang trusted

Korang pernah dengar pasal RinggitPlus?

RinggitPlus ni adalah salah satu platform yang boleh korang gunakan untuk apply personal loan. Ya, betul. Korang boleh cari personal loan yang sesuai dekat portal RinggitPlus!

RinggitPlus ni adalah platform yang memang confirm trusted. Maksudnya, korang tak perlu risau pasal kena scam bila korang buat personal loan kat sini.

RinggitPlus akan pastikan semua proses pinjaman korang berjalan dengan lancar dan selamat. Jadi, kalau korang nak buat personal loan, just check out di RinggitPlus.

Kesimpulan

Akhir sekali, korang kena ingat, bila korang nak apply personal loan, jangan mudah percaya dengan apa yang korang jumpa dekat Facebook.

Jangan tekan link yang meragukan dan jangan isikan details bila diminta. Ingat, korang tak perlu bayar apa-apa bila apply personal loan.

Kalau ada yang minta, maknanya korang dah pun kena scam. Sharekan artikel ni kalau korang rasa berguna untuk orang lain.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Portal Hackers

Financial