Perbezaan Script Kiddies dengan Hackers

9 min read

Apa itu Script Kiddies?

Korang mesti pernah dengar pasal “Script Kiddies” kan?

Dalam dunia cybersecurity, ni lah gelaran untuk satu group hacker yang newbie. Tapi group ni sebenarnya bukan Hacker, cuma orang awam je panggil Hacker. Jom aku terangkan lebih lanjut pasal Script Kiddies ni.

Gunakan tools yang sedia ada

Script Kiddies ni adalah orang yang menggunakan tools yang sedia ada untuk melakukan hacking. Bukan tools yang diorang cipta sendiri. Kiranya macam pakai cheat code dalam game lah. Cheat tu memang dah ada kat pada setiap games.

Biasanya diorang akan cari tools hacking yang free atau yang boleh didapati dengan mudah di internet, lepas tu diorang akan guna tanpa modify apa apa pada tools tu. Diorang just belajar dari panduan yang diberikan oleh developer asal.

Senang cerita, copy paste pro lah diorang ni.

Tak pandai dalam bidang programming

Script Kiddies ni tak pandai dalam bidang programming. Kadang-kadang, basic programming pun boleh jadi blur. Tapi, itu tak menghalang diorang ni dari mencuba hack systems menggunakan tools yang diorang jumpa.

Sekali kena hack dengan Script Kiddies ni sakit juga perginya. So still kena berhati hati. Script Kiddies boleh jadi baik dan boleh jadi Scammer.

Hanya tahu lumpuhkan system guna tools

Script Kiddies ni biasanya hanya tahu cara untuk lumpuhkan sistem, tapi tak tahu macam mana nak restore balik sistem tu kepada yang asal.

Contoh macam lumpuhkan sistem dengan menggunakan teknik DDoS attack, memang system tu akan jadi down tapi kalau suruh diorang repair atau solvekan masalah yang diorang dah buat tu, memang akan jadi blank.

Diorang ni lebih kepada nak tengok sistem hancur je, tanpa fikir pasal consequences atau cara nak settlekan balik. So bab bab repair ni owner system la yang kena fikir sendiri.

Majoriti dalam Malaysia adalah Script Kiddies yang menggunakan tools yang sedia ada. Terutama dalam bab bab Cyber War.

Sebagai support kepada Hackers sebenar

Script Kiddies ni sesuai untuk membantu Hacker sebenar dalam membuat hacking.

Walaupun skill diorang agak limited, tapi diorang masih boleh menjadi useful dalam terms of melakukan tugas-tugas yang lebih simple atau mass attacks yang tak memerlukan banyak skill. Macam dalam filem superhero, ada hero dan ada sidekick, gitu lah lebih kurang.

Majoriti adalah newbie yang ingin menjadi seorang Hacker

Kebanyakan Script Kiddies ni adalah mereka yang newbie dalam dunia cybersecurity.

Diorang ni kebanyakan masih muda dan teruja dengan idea untuk menjadi seorang hacker tanpa faham dengan betul apa itu tanggungjawab dan risiko.

Bagi diorang, hacking ni macam shortcut untuk jadi cool atau terkenal, tanpa perlu melalui proses belajar yang panjang dan susah.

Hacker sedang coding

Apa itu Hackers?

Okeh, sekarang korang dah faham apa itu Script Kiddies, jom baca bab Hacker pulak. So hacker ni apa pulak kalau compare dengan Script Kiddies? Haa Hackers ni adalah:

Orang yang faham tentang programming secara mendalam

Hackers ni, diorang ni lain macam sikit. Diorang ni sangat faham tentang programming. Bukan setakat reti buat website simple atau app yang kecik kecik, tapi lebih deep dalam bidang ni.

Hacker boleh create software diorang sendiri. Diorang boleh baca dan tulis code macam baca buku cerita. Level diorang ni, macam dah fuse dengan dunia digital dah.

Faham bagaimana network berfungsi

Hackers adalah orang yang sangat faham macam mana sebuah network tu berfungsi – dari yang basic macam Wi-Fi kat rumah korang, sampai la ke network besar macam yang digunakan oleh syarikat multinational. Dengan ilmu ni, diorang boleh masuk dan keluar sesuatu sistem tanpa ada banyak halangan.

Boleh create tools sendiri dari ZERO

Ni yang best, hackers ni bukan setakat guna tools orang lain je. Diorang ni kreatif, sebab diorang boleh buat tools sendiri dari scratch. Tools yang sedia ada pun diorang boleh modify.

So kalau ada masalah atau keperluan baru yang timbul, diorang tak tunggu orang lain untuk solve. Diorang angkat laptop, duduk, fikir, dan solve masalah tu sendiri. Simple.

Skill coding yang tinggi

Skill coding diorang ni, jangan cakap la. Memang dah tinggi levelnya. Hacker ni biasanya adalah orang yang dah menguasai lebih 3-5 programming language.

Dari automate tasks yang bosan, sampai la ke develop software yang kompleks. Skill coding diorang ni bukan calang-calang.

Pengetahuan dalam bidang Cyber Security yang tinggi

Dalam dunia cybersecurity, hackers ni macam encyclopedia berjalan.

Diorang bukan setakat tahu cara nak hack, tapi lebih penting, diorang tahu macam mana nak protect. Diorang ni ada pengetahuan yang luas dan dalam tentang cara-cara untuk menjaga sistem dari diserang.

Boleh create software sendiri untuk bantu hacking

Dengan skill yang ada, hackers boleh buat software sendiri untuk bantu diorang dalam hacking.

Ini termasuklah tools yang boleh digunakan untuk test kelemahan sistem, untuk monitor network traffic, dan macam-macam lagi.

Kalau korang ingat hacking ni macam dalam movie, klik sini klik sana terus masuk, realiti dia lebih kompleks dan memerlukan tools yang sangat advanced.

Dicari oleh syarikat besar

Last sekali, disebabkan skill set yang hackers ni ada, banyak company besar mencari Hacker yang power. Banyak syarikat yang hire hacker untuk protect sistem mereka dari serangan hacking. Dalam dunia yang semakin digital ni, peranan hacker ni dah jadi penting gila untuk pastikan data korang semua selamat.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Related Article..

Portal Hackers

Financial