Kesan jika nama blacklist dalam CTOS

Pinjaman bank jadi mimpi ngeri

Kalau korang tersenarai dalam blacklist CTOS, memang payah nak lulus pinjaman bank. Bank akan tengok rekod CTOS dan CCRIS korang dulu. Kalau ada tunggakan atau rekod tak cantik, memang straight away bank akan cakap ‘tak boleh bro’ pada permohonan pinjaman korang​

WiFi dan telco pun menjadi hal

Bila dah kena blacklist, nak apply untuk WiFi atau paket telco setiap bulan pun boleh jadi satu ujian. Syarikat telco pun akan check CTOS score korang. Kalau score tu kurang memuaskan, susah la nak dapatkan perkhidmatan yang korang nak tu

Rumah Idaman jadi angan-angan

Nak sewa rumah pun boleh jadi masalah kalau nama korang ada dalam blacklist CTOS. Biasanya, owner rumah atau agensi hartanah akan semak rekod CTOS korang dulu. Kalau rekod tu banyak songeh, besar kemungkinan dorang akan fikir dua kali sebelum sewakan rumah tu pada korang.

Kesan lain yang korang tak sangka

Blacklist ni bukan setakat kacau plan nak pinjam duit dengan bank atau sewa rumah je, tapi ia juga boleh kacau peluang korang untuk buka akaun bank baru atau dapat kerja tertentu. So, jaga-jaga la dengan rekod kredit korang tu​.

Korang kena pastikan bayar segala hutang atau bil tepat waktu, dan semak rekod CTOS korang selalu. Ini penting supaya hidup korang tak terjejas sebab masalah blacklist ni.

Bertanggungjawab dengan kewangan

Langkah paling bijak untuk elak masuk dalam senarai hitam CTOS ialah sentiasa bertanggungjawab dengan kewangan kita. Ini bermakna, korang kena pastikan semua hutang atau bil dibayar on time. Kalau ada masalah nak bayar, baik bincang dengan bank atau syarikat berkenaan sebelum ianya jadi lebih teruk.

Check dan balance rekod korang

Jangan lupa juga untuk selalu check rekod CTOS korang. Ada masa, kesilapan boleh berlaku dan korang yang tak bersalah boleh terkena tempiasnya. Jadi, dengan check rekod secara berkala, korang boleh ambil tindakan cepat kalau ada apa-apa yang tak kena.

Jangan biar jadi lebih buruk

Kalau dah terlanjur masuk senarai hitam, usaha untuk selesaikan masalah tu. Jangan biarkan ianya bertambah buruk sebab semakin lama korang biarkan, semakin susah untuk clear nama korang. Kadang-kadang, ada syarikat yang sedia bantu korang untuk uruskan masalah kredit ni, tapi pastikan korang buat research yang cukup sebelum deal dengan mana-mana syarikat.

Nak hidup senang tanpa was-was, kena la bijak urus kewangan. Rekod CTOS yang baik bukan saja untuk pinjaman bank, tapi untuk banyak perkara dalam hidup korang. Jaga baik-baik!

Artikel berkaitan

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Related Article..

Portal Hackers

Financial

Support