Apa itu Sloan?

Sloan adalah platform pemberi pinjaman yang sah dan bekerjasama dengan Shopee untuk memudahkan pinjaman kepada pengguna Shopee yang layak. Sloan adalah dibawah syarikat SEA MONEY CAPITAL iaitu pemberi pinjaman yang berdaftar dibawah KPKT. Nak dapatkan Sloan ni tak mudah sebenarnya sebab biasanya Shopee hanya bagi secara random sahaja. Diorang lebih fokus kepada penggunakan yang banyak berbelanja dalam Shopee sahaja. Ada banyak faktor yang Shopee akan tengok sebelum dia bagi Sloan pada korang.

Macam mana nak dapatkan Sloan?

Macam mana Shopee tentukan siapa yang dapat Sloan?

Aktiviti di Shopee

Sloan diberi adalah berdasarkan aktiviti korang didalam app Shopee. Lagi banyak korang shopping, lagi cerah peluang untuk korang dapatkan pinjaman dari Sloan. So kalau korang nak dapatkan Sloan, korang kena banyak berbelanja. Simple.

Pembelian korang

Shopee juga akan tengok pada sejarah pembelian korang. Kalau korang selalu beli barang dan tak pernah ada masalah seperti pembatalan order ke, komplain ke, korang punya peluang untuk dapat Sloan tu memang sangat tinggi lah.

Bayaran melalui SPayLater

Biasanya sebelum korang dapat Sloan, korang akan dapat SpayLater dulu. Benda ni pemberi pinjaman jugak tapi hanya boleh beli dalam Shopee sahaja. Kalau korang guna feature ni dan buat pembayaran cantik pada setiap bulan, peluang untuk korang dapatkan Sloan tu sangat cerah. Tapi kalau korang tak guna SpayLater, ada kemungkinan korang tak dapat Sloan ni.

Nama dalam CTOS adalah clear

Pastikan korang tak ada hutang dengan syarikat lain macam astro, unifi & lain lain yang berkaitan Pastikan korang bayar sentiasa cantik. Kalau korang dapat Sloan tapi CTOS tak tak berapa nak clear maknanya korang bernasib baik je tu. Mungkin pekerja shopee tak check betul betul. 

Macam mana nak dapatkan Sloan?

Tips & tricks untuk dapatkan Sloan

Jadi pengguna yang aktif

Senang je, korang kena aktif. Bukan setakat login je, tapi browse, klik, dan beli barang. Jangan lupa juga untuk join semua jenis permainan dan aktiviti yang Shopee anjurkan. Baru la dikira aktif. Janji shopee dapat duit. 

Bayar SPayLater on time

Kalau korang guna SPayLater, pastikan korang bayar on time. Takde tunggak atau apa, sebab Shopee suka kepada pengguna yang bayar secara on time. Lagi cantik rekod, lagi tinggi peluang.

Jangan buat masalah

Jangan buat masalah macam cancel order banyak kali ke, komplain tak tentu pasal ke, atau selalu cash out guna SpayLater ke, benda ni semua bahaya. Benda ni Shopee tak suka. Akaun korang berisiko kena suspend kalau buat cash out. Kalau shopee detect korang buat cash out, confirm kena suspend. 

Last but not least, bersabar!

Segala perkongsian tidak menjamin yang korang akan dapat Sloan. Apa pun semua keputusan dan penilaian memang akan ditentukan oleh pihak Shopee sendiri. Jadi, bersabar dan teruskan menjadi pengguna Shopee yang awesome! Harap korang dapatlah Sloan tu ya. Jangan lupa share artikel ni dengan member-member korang yang lain. Selamat mencuba!

Tinggalkan Pendapat Anda