Cara nak cash out SpayLater - Korang patut tahu!

Kenapa nak cash out SpayLater?

SpayLater tu konsepnya mudah je: Korang beli barang sekarang, bayar kemudian. Kalau korang belum ada SpayLater, baca disini dulu – Macam mana nak apply SpayLater!

Benda ni jadi sebab ada yang nak pakai duit tu untuk kegunaan lain, bukan untuk beli barang di Shopee. Ramai yang sibuk sibuk nak cash outkan untuk beli barang kat luar. So, jom kita fahamkan apa yang korang boleh dan tak boleh buat.

ShopeePay
Artwork by HackersMalaysia.com

Cara salah: Cash out melalui Touch N Go eWallet

Pertama sekali, korang jangan terpedaya sangat dengan cara ini. Ramai kot offer dengan jalan ni. Dan ada ramai yang kena scam dah pun.

Ada yang cakap korang boleh beli Touch N Go eWallet reload pin dari Shopee guna SpayLater, lepas tu redeem dalam eWallet korang. Benda ni betul, tapi sekarang, kalau perasan Shopee dah sekat benda ni.

Tak ada lagi yang jual pin untuk topup eWallet.  Korang dah tak boleh buat cara ni.

Kalau korang terbabit dalam aktiviti macam ni, jangan pelik kalau satu hari nanti akaun Shopee korang tetiba je kena suspend. Masa tu la korang nak mengelabah. 

Cara salah: Guna khidmat pihak ketiga

Tapi kalau dapat yang betul, biasanya diorang akan gunakan limit SpayLater korang untuk beli barang, konon konon macam beli barang lah, tapi sebenarnya tak pun dan bagi korang duit tunai. 

Lebih kurang macam tu la modus operandi dia.

Nak buat juga? Boleh. Tapi sangat berisiko untuk akaun korang kena suspend buat selama lamanya. Kalau korang kena tangkap buat macam ni, habislah cerita.

Cara betul: Ikut terma dan syarat

Sebenarnya, cara paling selamat untuk ‘cash out’ duit dari SpayLater adalah… jangan cash out langsung! Haha, serius weh. 

Kalau korang dapat SpayLater tolong ikut terma & syarat. Korang patut jaga kelebihan yang shopee bagi kat korang. Kalau pun korang nak beli barang kat luar, just gunakan QRPay dari shopee korang, korang boleh je pilih SpayLater dalam Shopee.

Macam mana nak buat pembayaran?

Bila korang pilih untuk bayar dengan Shopee, korang akan diberi pilihan sama ada nak bayar melalui ShopeePay atau pun SpayLater. Benda ni ada kat dalam app korang sendiri. So korang je yang boleh nampak. Bukan orang kedai. 

Kelebihan menggunakan SpayLater untuk beli barangan harian

Ini antara kelebihan paling ketara:

Lebih teratur: Dengan SpayLater, korang boleh track semua perbelanjaan korang dalam satu platform. Senang nak budget untuk bulan depan.

Kesimpulan

So, SpayLater tu bukan untuk cash out, tapi untuk korang beli di platform yang dah ditetapkan sahaja. 

Kalau korang guna dengan bijak, ia memang satu kemudahan yang sangat membantu dalam kehidupan sehari-hari korang. Ingat, ikut je terma dan syarat yang ditetapkan, dan korang tak akan ada masalah. Happy shopping, guys!

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Related Article..

Portal Hackers

Financial