Belajar untuk menjadi seorang Ethical Hacker

1. Fahamkan dulu apa Itu Hacking

Pertama sekali, korang kena faham apa sebenarnya itu hacking. Hacking bukan perkara yang main main. Hacking adalah satu aktiviti yang boleh membahayakan diri korang. Jadi korang kena tahu apa itu hacking sebelum korang menjadi seorang hacker.

Hacking adalah satu proses di mana seseorang tu dapat akses ke dalam sistem atau network yang tak sepatutnya dia akses. Kalau korang buat benda ni dengan mendapatkan kebenaran, korang selamat. Tapi kalau korang buat benda ni tanpa mendapatkan kebenaran dari pihak yang sepatutnya, korang dalam masalah besar.

Nak buat hacking, korang perlukan skill yang tinggi untuk bypass security system yang ada. Yang buat security tu adalah seorang engineer, software developer, berkelulusan cyber security dan sebagainya. Jadi korang kena jadi LAGI PANDAI dari orang yang buat security system tu.

Then baru lah korang boleh bypass system security yang diorang buat.

Nak jadi hacker, korang kena tahu jalan hacker yang macam mana yang korang nak.

  • Black Hat Hackers: Hacker yang melanggar undang undang, sebab dia gunakan skill yang ada untuk kepentingan diri sendiri contohnya untuk scam orang, dengki & tunjuk hebat.
  • White Hat Hackers: Ini adalah hacker yang bekerja dengan mengikut undang undang. White Hat Hacker hanya menjalankan pen testing dengan tujuan membuat report dan improve system security yang ada. Dan paling penting White Hat Hacker adalah orang yang mendapat kebenaran sebelum menjalankan pen testing pada system.
belajar jadi hacker

2. Belajar coding

Bila sebut pasal nak jadi hacker, satu benda yang korang tak boleh lari adalah berkaitan dengan coding

Why? Sebab most of the time, hacking involves a deep understanding tentang how systems and applications work, dan pemahaman ni korang boleh dapat melalui programming skills. Kalau korang tak pandai bab programming, korang boleh je belajar. Jangan pandai rendah pada diri sendiri okey. Semua orang pandai, rajin dengan malas je.

Ni aku list down some key points yang korang kena ingat bila nak belajar coding:

  • Pilih platform belajar yang sesuai: Ada banyak resources out there untuk belajar coding. Antara yang popular dan memang top-notch adalah Codecademy, Udacity, Udemy dan Coursera. Choose wisely!
  • Start dengan Python: Python ni adalah salah satu language yang selalu digunakan dalam cybersecurity sebab dia mudah difahami dan flexible. So, kalau korang baru start, this might be a good starting point.
  • Jangan takut untuk explore other languages: Bila korang dah ada asas yang kukuh dalam Python, korang boleh explore other languages macam JavaScript, C++, or even Assembly language, depending on apa yang korang nak specialize dalam field ethical hacking ni.
  • Buat praktikal: The more you code, the better you’ll get. Selain belajar, make sure korang banyak practice dan apply apa yang korang belajar dalam project or challenges. Websites macam HackerRank dan LeetCode ada banyak coding challenges yang boleh korang try. Simple.

Remember, dalam dunia hacking ni, knowledge is power. The more languages you know, the more tools you have dalam toolkit korang. Macam kata orang, “Learning to program is like learning a new superpower!” So, jangan malas, korang kena bersungguh untuk belajar coding hari ni!

3. Mastering networking

Lepas tu, jangan lupa belajar tentang networking. Sebab hacking banyak melibatkan network dan sistem. So, korang kena faham pasal TCP/IP, subnet, VPN, firewalls, dan lain-lain. Kalau tak faham bab ni susah la sikit nak buat hacking. 

Korang tak faham? Tak apa, korang boleh gunakan AI untuk bantu korang faham. Download app ChatGPT atau GEMINI untuk fahamkan korang tentang network. Tanya je apa apa yang korang tak faham. Semua akan dijawab dengan jelas.

4. Praktik secara ethikal

Lepas dah belajar, korang kena praktikkan skill yang korang ada secara ethical. Jangan main hack je apa yang korang nampak. Bahaya. Silap silap boleh masuk penjara. Ada banyak platform yang boleh korang guna untuk praktis skill hacking korang secara sah dan selamat, macam HackerOne atau Bugcrowd.

Ingat, jadi hacker ni bukan untuk jadi scammer, tapi lebih kepada nak membantu orang lain dan melindungi sistem korang sendiri dari serangan cyber. Kalau korang rasa nak jadi hacker, jangan segan-segan untuk belajar dan explore. Selagi ada usaha, pasti ada jalan.

belajar jadi hacker

5. Belajar melalui YouTube

Kalau korang tak tahu nak mula dari mana, jangan risau, ada YouTube. Banyak sangat channel YouTube yang boleh ajar korang macam mana nak jadi hacker. Cuma majoriti memang dalam bahasa English la. Search je “Ethical Hacker” dekat YouTube, confirm banyak video yang boleh korang belajar. Ada tutorial, ada tips, ada case study, semua lengkap! Tinggal masa korang je.

6. Kursus di Udemy

Lepas tu, kalau korang nak belajar dengan lebih tersusun, boleh cuba check out kursus bab hacking ni dekat Udemy. Yes, terlalu banyak kursus hacking yang ada di Udemy ni, dan yang bestnya, boleh belajar ikut masa korang sendiri. Tak kira la korang ni beginner ke, intermediate ke, atau expert, semua ada!

Harga course di Udemy ni sekali bayar je. Murah murah pulak tu bila ada promo.

7. Gunakan aplikasi HackerX

Next, kalau korang betul betul level zero dan baru je nak start bab hacking, dan tak faham sangat benda benda complex ni, korang boleh try download app HackerX.

App ni ada dekat both Android dan iOS, so takde alasan untuk korang tak boleh belajar, kan? App ni best sebab dia ajar korang benda benda simple macam mana nak jadi hacker secara step by step. App ni cuma ajar penerangan basic sahaja. Terutama untuk korang yang betul betul zero. Kalau youtube tu macam complex sikit, kalau Udemy memang ngam dan terbaik.

8. Coursera

Last but not least, ada Coursera. Ni bukan platform baru, kalau korang nak lebih structured learning, dapat professional certificate untuk cari kerja, korang boleh try Coursera. 

Ada banyak course yang boleh korang pilih, dan ada offer certificate lagi tu. Tapi sebelum tu, make sure korang check out review untuk course yang korang berminat, sebab platform ni berbayar tapi sangat berbaloi untuk korang yang memang serius dalam bidang ni.

Kesimpulan

Jadi, apa lagi yang korang tunggu? Korang kena start belajar hacking dan jadikan group HMC sebagai community yang akan bantu dan support jika korang ada soalan yang korang tak faham.  

Remember, the key to success dalam dunia ni adalah dedikasi dan minat yang kuat. Jadi, kalau korang betul-betul minat dalam bidang ni, go for it! Ingatlah, menjadi ethical hacker bukanlah tentang melakukan aktiviti yang tidak beretika atau melanggar undang-undang. Jangan sampai korang hidup didalam penjara.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Portal Hackers

Financial

Support