Masalah PADU: Ramai tak daftar, ini sebabnya

Aku nak kongsikan dengan korang pasal sistem PADU yang dilancarkan oleh kerajaan. Adakah PADU itu selamat? Baca dulu.

Sistem PADU ni sebenarnya dibangunkan untuk membantu rakyat Malaysia, supaya rakyat mudah mendapatkan bantuan dan subsidi yang bersasar dan adil.

Tapi, masalahnya ramai yang tak berminat nak daftar sistem ni. Apa sebabnya? Apa yang rakyat Malaysia rasa tentang sistem ni? Apa yang kerajaan perlu buat untuk dapatkan kepercayaan dan kesedaran rakyat Malaysia tentang sistem ni? Jom baca sikit.

Photo by Carlos Muza on Unsplash

Apa sebab rakyat Malaysia tak nak daftar PADU?

Walaupun proses pendaftaran PADU ni mudah dan cepat, ramai je yang masih tak nak daftar. Antara sebab-sebab yang mungkin:

  • Tak ada masa. Betul, ramai orang tak ada masa nak buat kerja kerja isi mengisi ni. Lagi lagi di waktu kerajaan sedang menaikkan harga semua benda.
  • Tak ada internet. Bukan semua orang ada internet, terutama yang duduk dikawasan pendalaman macam Sabah, Sarawak.
  • Media sibuk dengan R00TK1T: Media selalu upkan nama r00tk1t tentang apa yang diorang claim. Ini menyebabkan rakyat Malaysia yang tak tahu apa apa tentang IT menjadi risau, sekali gus takut nak isi data sendiri dalam PADU.
  • Takut data disalahgunakan. Ada yang risau tentang keselamatan data dalam sistem PADU ni. Memang ada beberapa isu yang timbul semasa proses pendaftaran, macam nombor kad pengenalan boleh digunakan untuk menukar password, nombor telefon boleh digunakan untuk daftar lebih dari satu akaun, dan byk lagi isu yang timbul.
  • Tak yakin dengan sistem PADU ni. Ada yang tak percaya dengan tujuan kenapa sistem PADU ni dibangunkan. Ada yang kata sistem ni sebenarnya ada konspirasi, ada yang kata sistem ni ada agenda tersembunyi, ada yang kata sistem ni sebenarnya nak pantau rakyat. Maybe ada betulnya juga. So ikutlah pada pandangan korang sendiri.
  • Banyak masalah teknikal. Ada ramai yang compaint tak boleh verify la, selalu error lah & macam macam lagi. Ni buatkan diorang semua jadi putus asal & akhirnya tak daftar pun. Kalau tak boleh daftar tu, try contact pihak PADU untuk bantu korang.
  • Tak suka dipantau kerajaan. Yes betul, privacy pada setiap orang tu berbeza beza. Tak sama. Bukan semua orang suka nak share share data pada agency tertentu. Lagi lagi orang yang banyak duit, lari dari income tax, so PADU ni boleh jadi satu platform phishing je sebenarnya.
  • Tiada akta perlindungan data peribadi 2010 – Yes, PADU tidak tertakluk kepada akta perlindungan data peribadi, ini bermaksud apa apa jadi kepada data korang, RISIKO tanggung sendiri.
  • Sebab tak wajib – Yes, PADU tak wajib untuk korang daftar. Kecuali kakitangan kerajaan.
  • Sebab tak perlukan bantuan – Kerajaan nyatakan yang PADU ini untuk mudahkan rakyat Malaysia untuk dapatkan bantuan, jadi hanya yang perlukan bantuan sahaja yang akan daftar.
Screenshot dari Berita Harian

Apa yang rakyat Malaysia rasa tentang sistem PADU ni?

Majoriti RAGU RAGU dengan PADU.

Ada yang setuju dengan sistem PADU ni, ada yang tak setuju, dan ada yang tak kisah pun. Privacy pada setiap orang tu kan tak sama.

Kalau ikut pendapat sendiri, aku rasa sistem PADU ni sebenarnya memang dijadikan untuk memudahkan rakyat Malaysia mengemaskini data peribadi pada satu platform saja. So tak payah la nak kena isi banyak di platform yang berbeza kan. Benda ni tujuannya untuk mudahkan kerajaan, siapa yang layak dan tak layak itu je.

Cuma tak boleh nak nafikan juga, MUNGKIN PLATFORM NI DIBANGUNKAN KERANA ADA UDANG DISEBALIK MEE.

Macam mana pun, sistem PADU ni bukanlah satu sistem yang sempurna. Ramai yang bimbang untuk isi PADU kerana isu security dan privacy policy yang di amalkan. Banyak persoalan sebenarnya.

Aku juga percaya, yang ramai kat luar sana tak selesa untuk berkongsi data diorang dengan kerajaan. Bukan semua benda yang rakyat Malaysia ni buat akan ada rekod dalam kerajaan.

Lagi lagi yang buat bisnes sendiri.

Kerajaan sebenarnya perlu ambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk menyelesaikan masalah ni. Cuma berharap, kerajaan akan berikan penjelasan yang lebih menyakinkan dan jelas tentang sistem PADU ni. Baru la rakyat Malaysia rasa yakin.

Kalau rakyat tak yakin, maknanya ada something wrong kat situ. Jangan main suruh isi je, tapi tak ada manfaat apa apa.

Apa yang kerajaan perlu buat untuk dapatkan kepercayaan rakyat Malaysia tentang sistem PADU ni?

Kerajaan perlu buat beberapa perkara untuk dapatkan kepercayaan dan kesedaran rakyat Malaysia tentang sistem PADU ni.

Antara perkara-perkara yang aku rasa perlu ialah:

  • Kerajaan perlu jelaskan TUJUAN SEBENAR berulang kali. Maybe sertakan sekali dengan bukti yang jelas. Contohnya siapa daftar dapat RM1000 ke. Sedap sikit orang nak daftar.
  • Tingkatkan kempen dan penerangan sistem PADU ni. Kerajaan perlu gunakan pelbagai saluran dan media untuk menyampaikan maklumat dan manfaat sistem PADU ni kepada rakyat Malaysia.
  • Tingkatkan kerjasama dan sokongan daripada pelbagai pihak. Kerajaan perlu bekerjasama dan mendapatkan sokongan daripada pelbagai pihak terutamanya media. Baru la viral.
  • Tingkatkan kualiti dan ketelusan sistem PADU ni. Kerajaan perlu memastikan sistem PADU ni berfungsi dengan baik dan selamat. Boleh jelaskan kepada rakyat, siapa yang boleh access, dengan siapa yang akan dikongsikan, digunakan untuk apa, bagaimana dan sebagainya.

If korang nak daftar, korang boleh daftar dan pastikan maklumat korang betul dan lengkap. Tapi kalau tak nak daftar pun tak apa sebenarnya sebab memang tak wajib.

Sistem PADU ni untuk kebaikan semua orang. Itu pun kalau korang percaya cakap kerajaan lah.

Kalau korang nak dapat bantuan dan perlindungan sosial, korang kena beri kerjasama dan sokongan kepada kerajaan madani.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Portal Hackers

Financial

Support