Adakah PADU selamat? - Ini yang korang perlu tahu

PADU atau Pangkalan Data Utama, adalah satu sistem baru yang kerajaan develop untuk mengumpul dan menguruskan data rakyat Malaysia.

PADU ni adalah satu platform khas yang dibuat untuk memastikan rakyat betul betul layak mendapatkan bantuan, subsidi, dan perlindungan sosial.

Platform PADU juga sebenarnya dibuat untuk menolong kerajaan untuk dalam membuat dasar yang lebih bagus dan berkesan untuk semua orang.

Apa yang PADU simpan tentang korang?

PADU hanya menyimpan data asas korang, contohnya macam nama penuh, IC, alamat, status perkahwinan, pendapatan, dan lain-lain. Data ni pula akan di share dengan agensi kerajaan yang berkaitan macam LHDN, JKM, KKM dan sebagainya.

Data ni akan digunakan untuk tengok sama ada korang ni layak atau tidak untuk dapatkan manfaat dari program yang kerajaan jalankan seperti BPR, BSH, dan Madani

Kenapa korang perlu daftar PADU?

Daftar PADU ni penting untuk korang, sebab memudahkan korang untuk dapatkan bantuan dari kerajaan.

Jadi bila ada bantuan dari kerajaan, korang tak payah susah susah isi borang banyak kali untuk setiap program yang dijalankan. Korang juga boleh update data korang secara online, dan tak perlu lagi pergi ke sana dan kesini.

Daftar PADU juga boleh bantu kerajaan kenal pasti rakyat yang memerlukan bantuan dengan lebih cepat dan tepat. Tak macam sebelum ni. Banyak je yang terlepas dan tak dapat tu. Kiranya kerajaan nak buat ALL IN ONE la. Gitu.

Adakah PADU selamat?

Setakat ni boleh dikatakan PADU ni selamat.

Setakat ni tiada bukti yang kuat tentang berlakunya kebocoran data sekali pun ada group hacker yang digelar R00TK1T claim sudah dapatkan data korang dari sistem PADU.

Sebenarnya kes R00TK1T ni ada unsur penipuan. Sebahagian ada yang betul, dan sebahagian lagi sebenarnya banyak yang palsu. Jadi susah nak dikatakan apa yang diaorang claim dan tunjuk tu adalah DATA YANG SEBENARNYA.

Data korang juga sebenarnya dijaga oleh pihak kerajaan sendiri, bukan orang lain atau company dari luar negara.

PADU juga menggunakan security yang terbaik macam encryption, firewall, dan pengesahan dua faktor, untuk elak data korang di copy atau di salah gunakan oleh orang lain.

Lagi satu, PADU ni hanya akan share data korang dengan agensi kerajaan yang memerlukan data tu untuk tujuan yang sah sahaja. Benda sama je macam korang serahkan data korang pada bank.

Tapi walau macam mana pun, korang yang tak nak daftar tu tak perlu risau sangat sebab PADU ni TAK WAJIB pun untuk korang daftar. Kalau korang rasa tak selesa untuk share data korang dengan kerajaan, maka jawapan dia korang tak perlu la isi. Simple.

Untuk yang kena paksa isi, MUNGKIN korang boleh pertikaikan semula apa yang dah ditulis dalam portal PADU. Data kita adalah hak kita.

Screenshot dari website official PADU – Tak wajib untuk korang daftar.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Portal Hackers

Financial

Support